surah

Listen to Quran

Selasa, 13 Disember 2011

Sendiri lagi..................

Sudah berapa lama hubungan aku terputus dengan pasangan aku............. aku rasa dia marah sangat dengan aku dan benci pada aku kerana perangai aku yang tidak menentu dan ada kala mementing kan diri dan tidak mengambil berat tentang dia sehinggakan satu balasan masage pun tidak dibalas, tapi takpalah aku terima segalanya ini sebab aku tidaklah sesempurna yang di inginkan, aku mengharap kan dia sihat dan bahagia selalu. apa-apa pun aku ingin ucapkan terima kasih kerana dahulu berjaya membuka hati aku untuk bercinta kembali dan tahniah juga dapat menutup serapat-rapat pintu hati ku untuk menerima cinta, dahulu aku takut untuk menerima sesiapa menjadi cinta hati ku kerana aku sedar diri aku tidak seelok orang lain diluar sana yang mempunyai apa yang diingginkan, dan sekarang bila hati ku dibuka dan ditutup kembali mungkin aku rasa aku akan terus hidup aku dengan cara yang amat berbeza dari sekarang, apa-apa pun hidup aku yang sedih ini aku akan lalui dengan tabah biarlah apa yang belaku aku rela , bukan aku tidak mahu membuat keputusan tetapi ada kala keputusan itu harus lah orang lain tentukan kerana setiap keputusan yang dilakukan ada baik dan ada buruknya..................aku akan menyendiri dan teruskan hidup yang masih ada ini untuk ahli keluarga aku selagi aku bernyawa didunia ini..............

Rabu, 7 Disember 2011

Sedih mengenang nasib hidup..................

Sudah bertahun hidup tetapi masih lagi merasakan banyak kekurangan hidup yang dilalui....... perasaan sedih selalu hadir dalam hati yang kecil ini adakala peneman kesedihan adalah air mata sahaja,  hendak diluah tidak tahu pada seiapa, banyak pekara yang difikirkan antaranya kerja, jodoh dan bagaimana hendak meneruskan kehidupan ini, perasaan cemburu dan marah ada sahaja terlintas dihati tika melihat rakan sekerja lain mempunyai jawatan yang tetap, gaji yang dinaikan dan pelbagai kesenangan yang dikecapi mereka tetapi bagi menghalang perasaan itu aku akan berfikir bahawa itu rezeki mereka mungkin aku akan dapat pada suatu hari nanti, walaupun dalam hati meronta2 mengatakan tidak, berkenaan jodoh aku sudah tidak lagi menaruh harapan kerana aku sedar diri aku bukan lah seorang yang elok utk dijadikan pasangan aku tak punyai apa2  yang ramai wanita lain hendakkan aku tidak punyai harta, rupa paras yang menarik dan pelbagai lagi kekurangan pada diri aku , kerja, kerja dan kerja adakala bagai tidak dihargai melakukan kerja yang hanya mampu untuk makan sahaja pekara lain tidak mampu, ada juga teringin hendak membuat pekara yang mendatangkan wang dengan banyak tetapi tidak tahu cara, dan aku risau jika cara yang diambil adalah pekara yang boleh membawa pekara dosa, sebab aku memikirkan umur yang tidak tahu panjang atau pendek ini menampung dosa sebagaimana rupa tak kan aku ingin menambahkan nya lagi jika hendak meluahkan lagi aku rasa amat panjang biarlah tamat disini...........................................

Selasa, 6 Disember 2011

Masa jangan rugikan..............

Semakin kita lama hidup semakin banyak masa yang pernah kita lalui kita tinggalkan adakala masa yang kita tinggalkan itu penuh bermakna adakala ia tidak membawa faedah. tetapi sedarkah kita masa yang kita lalui itu menunjukan masa kita hidup di dunia ini semakin singkat, kita sebagai manusia banyak membuang masa dengan pekara tidak berfaedah, tapi ramai antara kita tidak fikir perlunya masa yang ada untuk kita, jangan lah kita berfikir semasa muda adalah masa untuk besuka ria sahaja dan masa tua adalah masa membuat amal kebaikkan sesungguhnya dalam surah AL"ASR ada memberi tahu berkenaan masa


 Demi masa,Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.

jadi kita sebagai manusia hendaklah kita mengunakan masa itu dengan sebaik2nya yang diberi kepada kita.........