surah

Listen to Quran

Ahad, 15 Februari 2015

cerita baru hidup ku.........

Asalaumalaikum
  wah gempak pula tajuk ni bukan apa saja je nak kasi ramai-ramai tiup blog ni punya habuk yg dah penuh berkilo-kilo ( hahahah ) apa khabar semua sorry pada yang baca blog yang tak aktif sangat bukan sebab apa sibuk sikit dan pula ditambah kemalasan jadi tak sempat nak menaip dalam hati ni banyak yang terpendam tapi tak terluah  mungkin atas pembawakan kot ( ops hheheheh biarlah rahsia )
   aku sekarang kurang berjalan sangat pasal sibuk dan adakala sesak jugak ( paham2 sudah )
cuma adalah buat hobi yang tak tahu ada faedah ke tak antaranya jeng2222222 banyak no 2 tapi jangan sebut sampai raya tak habis... lihat gambar dibawah

simpan duit yang tak berapa nak lama
membela ikan

makan buah feveret aku skang

memasak hobi lama yg makin menganas kembali
ada lagi gambar tapi aku tak tahu kenapa tak boleh nak diluahkan kedalam komputer ni cukup lah sampai sini dulu byeeeeeeeee

Khamis, 25 September 2014

port dickson mengidam goreng pisang naik motor buruk...... memisang aku...

Ni lagi satu cerita menarik sejak dua menjak bini aku ni kerap benda teringin ada hari tu nak pergi port dickson nak jalan-jalan tapi oleh kerana ada beberapa pekara tak dapat laa nak pergi tapi sekali dapat pergi banyak benda teringin sampai meleleh air liur maybe pasal pembawakan baby dalm perut tuu... ( baby dalam perut tu aku panggil aby nyut2 setiap kali nak apa2 nyut2 je dalam perut mak dia tu heheheh ) ni gambar masa pergi sana gambar goreng pisang jangan tanya tak sempat nak sejuk dah setel..... hahahahah apa pun syukur laa naik motor buruk pun sampai pergi dan balik

kuda tunggangan ku ni je mampu tapi sampai gak....
ramai orang kat teluk kemang ni hari cuti
pantai portdickson air xcanti sangat
suami isteri selfie......
orang yang paling happy



honeymoon di terengganu... sambil kenal keluarga belah isteri...

asalamualaikum... walaupun lewat sangat update tapi tak kisahkan
  bz skit bulan ni nak tahu kenapa... nanti la aku tulis... panjang ceritanya nak pendekaan pun tak boleh hahahaha bebalik pada kisah aku ni ... ni kira kali pertama aku p terengganu dan tido di sana selalunya klu pergi pun lalu jee...tengok-tengok balik hahahahah nak cerita panjang pun mesti bosan tengok lah gambar yang aku letak sikit sebab bnyk sgt letak jemu kang nak baca dan lagi 1 kapsyen aku tak tahu nak letak apa sebab aku taingat nama mak sedara isteri aku ..... hahahahahha
hari pertama sampai apa lg sotong celup tepung laaa








sebenarnya banyak lagi tempat aku pergi tapi malas nak buat slot2 macam samarinda gambar ni je aku letak

Ahad, 7 September 2014

Jalan2 dan honeymoon......

Asalamualaikum sejak beberapa bulan ni blog ni makin menyepi ye lah bz kan ( mengalahkan menteri )
  ni saja nak selit aktivit yang belaku aku bersama isteri ku selama 6 bulan kami bersama .... ( indah perkhawinan jika ada persefahaman ) bawah ni nak selit gambar yg ada

1. ni gambar pergi pantai remis 

pasangan sweet hahahahha

sapa tangkap gambar sapa?

pemandangan yang tenang

kusyuk layan nset



tanda pergi naik motor jeee

2. ni pula dekat je nampak je macam jauh kat pullman putrajaya dalam seingat aku hari raya ke 3

macam kat langkawi plak hahahha

orang takut goyang2

penampakkan aku makin membesar

model kesayangan ku.....

ok la ni je wat masa sekarang ada masa nanti aku update gambar masa kat terengganu plak chow dulu ada tugas penting

Ahad, 22 Jun 2014

Kehilangan yang amat dirasai tetapi ada pengajaran disebaliknya............

Asalamualaikum semua pembaca blog aku yang tak seberapa ni...
  aku sebenarnya sekarang amat sedih sangat sekarang menaip ni pun menitik airmata... mana taknya masih lagi mengenangkan pemergian ayahanda tercinta pada tarikh 15/6/2014...  perginya tidak kusangka bagai angin lalu menyapa diri ku... pada 14/5/2014 sempat juga aku melawat di hospital bertanya khabar abah ku dia menyatakan hanya penat dan masih tak kuat tetapi keesokannya dia pergi tanpa sebarang kata-kata .. dalam pemergian dia baru aku tahu apa guna hidupku sebagai anak dalam hidupnya walaupun bagi ku tugas ini amat menyayat hati tetapi aku terus dengan memandikan jasad terakhir abah ku solatkan dan sehinggalah ke liang lahad,, ( adakala aku terfikir jika tiada anak yang melakukan apakah akan terjadi ? ) dan sekarang aku telah menjadi ketua keluarga tugas yang selama ini digalas oleh abah ku.... amat terasa sukar untuk digalas tetapi dengan semangat dan darah yang mengalir dalam hidup ini adalah darah daging gabungan mak dan abah aku teruskan jua... sekarang ku hanya mampu berdoa moga roh abah diletakkan dikalangan orang yang beriman dan soleh hanya al-fatihah menjadi sedekah kepada abah ku anak mu amat menyayangi mu doa ku sentiasa bersama mu......
abah senyum mu selalu diingatan.........

Khamis, 12 Jun 2014

sukan kementerian kewangan 7/6/2014 ( tarik tali )

Asalamualaikum dan salam sejahtera lama sudah aku tidak menaip selepas menjadi suami ni....
  munkin kerana ada sifat malas dan perut aku pun makin kedepan hahahahahah..( takpa nanti aku kurang makan bnyk2 baru kau taw ) ni nak letak aktiviti sukan kementerian yang berlangsung hari tu... tapi gambar sukan tarik tali je lah yeee ( sebab aku masuk aku up  )  kekuatan seorang badang yang lemau dah ni traning sehari jeeeeee ( mana nak kuat traning pun xsampai sejam ) malas nak ngomel ni tgk gambar yang diambil oleh PA aku ( puan besar ) tapi gambar dia tak da sebab dia blekang kamera hahahahahaha

sampai-sampai dah kena panaskan badan


salam sebelum lawan


peraturan yang susah untuk tahun ini




team lelaki semua serabai dah ni

jadi lah no 3

poyo mcm juara hahahahah

team lelaki dan perempuan


ok lah ni jeee yg nak aku citer hari ni esok-esok aku tak taw lagi bila nak update.........

Isnin, 7 April 2014

Majlis perkhawinan ku.....

Asalamualaikum dan salam sejahtera...
  mesti ada yang rindu nak baca blog aku ni ( hahahahah amat perasan aku ni ) dah lama tak update biasa la,,, malas melanda dan baru pas khawin banyak benda nak diuruskan pada 28/03/2014 selesai sudah aku menikahi seorang wanita bernama noorsahida bt abd rahman di masjid al-azim pandan indah.... dan 30/3/2014 majlis makan-makan telah dibuat dirumah aku di flat sri sabah... ( buat ringkas je tak da sanding pun ) majlis dianggarkan hadir dalam 300 orang ( pada yang hadir terima kasih diucapkan ) dari banyak aku nak menaip ni baik aku letak gambar ( sebenarnya kepala aku ni blank pening2 lalat tah kenapa aku pun tak tahu ) ok lihat lah gambar dibawah....

possing hari terakhir bujang ku hahahah

menunggu tok kadi ( steady lg tuu )

bila sampai tunduk goyang ( tapi selafaz je taw )

antara saudara-mara yang hadir.. sebelah aku mak aku yeee... yg lain belakang kamera

no komen ... hahahahah

possing di rumah perempuan selepas nikah
atas ni gambar nikah tema putih ringkas dan senang............

bawah ni pulak gambar majlis aku kat dewan umah aku,,,,,,,,,

nampak sangat aku xreti nak bergambar

romantik la pulak

sweet... hahahahha

ku nampak yg patut ku nampak

adik aku mendoakan permulaan makan


makan suap menyuap

apa-apa motor tak boleh lari

pic hantaran aku kat bawah ni patutnya 9 balas 11 tp aku terkurang satu ( jgn bagi taw sape2 xda yang perasan )

aku punya je dari rumah

atas tu dari pihak perempuan yg bawah aku punya

ok lah ini je coretan aku dapat buat terima kasih pada yang sudi baca.......... : )