surah

Listen to Quran

Ahad, 30 Januari 2011

Kesedihan dan Kebahagiaan.........

Dua pekara yang ada dalam hidup manusia Kesedihan dan Kebahagiaan....
 tetapi pekara ini hanya dapat dirasai oleh tuan empunya badan sahaja. kesedihan ini berpunca adalah dari perasaan marah dan benci manakala kebahagiaan datang daripada kegembiraan,kesenangan dan perasaan bebas daripada masalah.
 kesedihan bagi aku adalah pekara yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa berbanding kebahagiaan, ini
disebabkan jika seseorang itu nampak gembira kita tidak tahu perasaan dalamannya mungkin kerana ada yang berpendapat kesedihan tidak patut dikongsi oleh sesiapa termasuk aku yang tidak suka kongsi kesedihan.
 oleh itu janganlah menilai seseorang itu bahagia atau sedih dari pandangan kerana orang yang gembira 
atau pun bahagia hanya mungkin luaran dan tidak dalaman 

  
 

Khamis, 27 Januari 2011

Mengulit kenangan zaman persekolahan

Bila terkenang rasa macam semalam baru tinggalkan alam persekolahan
  tapi rupanya dah hampir 10 tahun aku tinggal kan, kadang-kadang teringat masa tu.
banyak pengalaman yang ada, ya lah aku ni bukan Nya jenis orang yang baik sangat dekat sekolah, aku ni
kategori nakal tapi masih lagi hormat cikgu tak macam sekarang cikgu pun kena belasah dengan anak murid.
  aku ni masa dekat sekolah memang jenis seronok je tak fikir lain tapi dalam prinsip aku masa dari darjah 1
sampai form 5 walaupun main-main dalam sekolah kerja sekolah kena disiapkan tak kira salah ke tak itu lain  cerita janji siap cikgu tak marah hehehehe.dan aku bangga dengan orang tua aku yang telah pesan kepada  cikgu-cikgu aku jika aku salah cikgu pukul lah dia. WAA masa tu bila fikir masak la aku ni sebab aku nakal tapi
rupa benda ini mengajar aku hormat pada cikgu dan tak diketegorikan jahat dalam sekolah.
 tapi menyesal pun ada belajar tak betul-betul jadi kerja pon tak seberapa cukup-cukup untuk hidup
tapi pernah gak miss. aku mengharap kan kepada semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku maafkan aku,
jika aku ada salah dan silap...................

p/s: aku mintak maaf sebab ada cikgu yang aku tak sempat jumpa masa last sekolah 

lambang lencana sekolah aku dan tarikh aku bersekolah disana

SEKOLAH REN. KEB BANGSAR 1993-1998
SEKOLAH MEN. KEB. SRI PANTAI DARI 1999-2003

  SEMUA ADALAH KENANGAN KU

Rabu, 26 Januari 2011

CINTA jarak JAUH....

Tengah rehat-rehat kerja pun tak ada rasa nak ceritakan pengalaman CINTA JARAK JAUH..
 sebab ini adalah antara pengalaman aku, dan bagi aku ia amat manis dalam hidup ini....
dulu ramai cakap boleh kekal ke cinta jarak jauh ini? bagi aku ia boleh kekal jika setiap seseorang ada jiwa yang ikhlas dan jujur dalam hubungan pada masa yang sama pekara paling penting adalah kepercayaan tanpa kepercayaan ia tidak akan menjadi. 
 semasa bercinta jarak jauh semestinya banyak halangan antaranya adalah komunikasi, perasaan rindu
dan perselisihan paham tapi pekara ini boleh dielakkan dengan masing-masing munasabah diri mencari kebahagiaan 
dalam bercinta jarak jauh ini. hati kena kental dari dugaan dan godaan dari mana-mana makhluk yang ingin menggoda dan utama ialah berdoa supaya perhubungan dicari mendapat keredhaan darinya . tapi dalam dugaan ini ada manisnya juga antara pengalaman aku adalah semasa berlaku perselisihan 
faham bersama pasangan,
  kerana masing-masing akan tunjuk ego tak nak berhubung tetapi dalam hati hanya tuhan yang tahu bertapa peritnya dan yang indah apabila seseorang mengalah dan cuba memujuk, rasa sungguh gembira dan tidak dpt digambarkan bertapa lebih gembira dapat berjumpa walaupun mungkin dalam setahun sekali kerana jarak masih menjadi penghalang. dengan itu kepada sesiapa yang mempunyai hubungan cinta jarak jauh jangan menganggap ia sebagai sa beban dalam kehidupan kerana dugaan dan halangan yang kita lalui dalam hidup akan mengajar kita untuk lebih matang dari sekarang

 

Tanya sama HATI

Salam Khamis yang indah hari ini aku nak menulis blog tanya sama hati.....
  mungkin yang membaca akan memikir dua tiga kali apa yang aku tulis ni sebab mungkin merapu mungkin
betul aku pun bukan nya ahli falsafah pun untuk buat tajuk ini cuma suka-suka dan ini luahan hati..
 peribahasa dulu ada mengatakan ikut rasa binasa ikut hati mati, habis sekarang nak ikut mana? oleh itu bagi aku apa kata kita tanya dulu sama hati sebab hati ini adalah sebahagian dari dalam hidup kita. kadang-kadang apa  yang tersimpan dalam hati kita tak dapat luah kan dengan kata-kata.
  jadi kita tanya sama hati dengan akal pemikiran kita elok ke tak apa yang nak dilakukan
bagi aku dalam hati lah yang mengeluarkan perasaan kalau tidak tak kan lah kalau orang bercinta simbol nya adalah hati ( love ). ia juga mengeluarkan perasaan marah dan macam-macam lagi.
  tapi sebenar-benarnya kalau kita tanya hati betul-betul dan pujuk hati kita ia sebenar hanya meluahkan perasaan sayang, percaya atau tak? contoh yang hendak aku beri ialah bila kita memarahi seseorang yang salah sebenarnya bila difikirkan kita sayang orang itu sebab itu kita marah tak nak ia melakukan kesalahan dia berulang dan bila sesuatu barang kita hilang kita akan marah dan sakit hati kepada pencuri kerana hati kita sayang pada barang yang hak milik kita dicuri. sekian nak diringkaskan bahwasanya bila kita tanya sama hati itulah sayang
 sekian

Selasa, 25 Januari 2011

Kecantikan rupa paras wanita untuk C.I.N.T.A lelaki

Pagi ni terdetik dekat hati nak tulis blog pasal tajuk ini
  pekara ini memang terjadi sejak dulu-dulu lagi termasuk aku hehehe..........
tetapi ini aku nak mengolah pendapat isi hati aku sebagai seorang lelaki pasal benda ini selalu ada kawan bertanya pada aku tidak kira lelaki atau perempuan menyatakan mereka tak cantik dan tak kacak untuk mencari cinta..
aku bila mendengar luahan macam ini rasa nak tergelak pon ada kesian pon ada sebab mereka umpama tidak
melihat dan tidak bersyukur atas pemberian dari tuhan..
  disini aku ingin kata kan kepada perempuan yang ingin mencari cinta dari lelaki tetapi menyatakan mereka tidak.
layak mendapat cinta sebab tidak cantik (sebab aku lelaki jadi ini luahan hati lelaki perempuan aku tak tahu? ). sebenarnya kepada perempuan jangan lah terlalu risau untuk memikirkannya
kerana paras rupa seseorang yang dipandang tidak dapat dinilaikan dengan pandangan seorang sahaja.
pernah tak anda melihat yang dikatakan umpama bumi dan langit,pipit dengan enggang? seorang cantik/handsome dan seorang lagi dikatakan boleh mematahkan selera kalau dipandang? tetapi kenapa mereka nampak bahagia?
  bagi aku seorang lelaki. mata dan fikiran sendiri yang boleh menilai kan kecantikan seseorang wanita walaupun ia berbeza dengan pendapat orang lain kerana sebagai manusia kita mempunyai hati yang berbeza-beza tak sama. dan bila anda fikirkan sebenarnya seorang manusia sungguh indah ciptaannya. dan kepada perempuan diluar sana yang mencari cinta jangan terlalu memikirkan kerana setiap manusia ada jodoh nya cuma awal atau lambat sahaja
  dan kecantikan rupa paras luaran sahaja tidak akan cantik jika anda tidak mencantik kan dalaman diri anda
dan kepada perempuan yang mebaca blog saya ini cinta yang dicari bukan untuk sementara tapi untuk selamanya
dan paling penting cinta pada pencipta kita

Isnin, 24 Januari 2011

K.A.W.A.N

asalamualaikum dan salam sejahtera
 blog aku ni nak dimulakan dengan tajuk KAWAN. apakah maksud kawan? aku pun tidak berapa paham benda ini mcm satu kebetulan atau ia memang wujud dalam kejadian manusia sejak dulu lagi.KAWAN pulak banyak jenis bagi aku yang ada dalam muka bumi ini antaranya....
1. Kawan yang boleh sampai mati berkawan
2. Kawan yang kata kau mati dulu
3. Kawan yang membawa mati
di sini aku ingin bertanya kenapa manusia sekarang yang berkawan, bersahabat tidak menjaganya sebaik-baik mungkin? kenapa mesti ada kawan makan kawan? kawan tikam kawan?
dan paling susah adalah untuk mencari kawan susah sama susah, senang sama senang?

kepada sesiapa yang merasakan diri itu telah menipu kejujuran dalam hidup berkawan ia lebih baik berubah
kerana hidup begitu umpama penyakit yang tiada ubat jika tidak berubah dan boleh merosakkan kehidupan dalam diri. jika boleh dan  tidak salah kiranya kita mengambil tidak banyak sedikit pun cukup sifat-sifat sahabat Nabi

antara hadis yang menyebutkan indah berkawan ( rakan/sahabat )

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

dengan itu faktor memilih kawan amat penting islam pun mengalakannya kerana ia akan membentuk personaliti seseorang individu dan mencoraknya ke pada arah yang baik dan buruk. kawan biar beribu cinta biar satu tetapi dalam biar ia menjadi sikit kerana dalam beribu bukan semua elok perlu dicari terlebih dahulu sekian wasalam semua yang baik datang darinya yg buruk datang dari dalam diri

Pengenalan dari hati luahan ke jari.........

asalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi membaca blog ini
   sebenarnya blog ini ditulis bukan kerana apa-apa cuma sebagai tempat untuk meluahkan apa rasa hati
kesunyian,kegembiraan dan mungkin juga ia akan bersikap negatif sedikit......
sebab saya sebagai manusia tidak pernah merasakan kepuasan hidup yang dicari
   dan Blog DARI HATI LUAHAN KE JARI. bagi saya selalunya dari hati susah hendak dituturkan dengan
kata-kata. dan ia akan tersimpan sahaja di dalam hati oleh itu tidak salah rasanya mengunakan jari sebagai penghantar kata untuk hati.......
  sekian wasalamualaikum