surah

Listen to Quran

Ahad, 24 April 2011

kata-kata tanda dan kemalangan ...............

Hari jumaat lepas adalah titik hitam bagi aku kerana telibat dalam kemalangan.
  kemalangan yang menyebabkan aku dimasukan ke hospital. sakit jangan dikatalah hanya Allah sahaja 
yang tahu.
  kemalangan terjadi semasa aku hendak pergi kerja dekat Putrajaya. sepanjang perjalanan semua keadaan
elok sahaja tetapi di satu selekoh putrajaya yang menuju persint 2 rupanya ada minyak dijalan. aku yang mebawa motor dalam kelajuan 100-120km/j tidak dapat mengelak dan tayar depan aku mengelepar dan aku tidak dapat mengawalnya dan tayar belakang aku telah tegelincir.
  aku jatuh amat jauh dari masuk simpang hingga keluar dan motosikal ku hancur sebelah kanan.
tetapi aku bersyukur kerana aku selamat dan pakaian menungang aku dikirakan lengkap.
   tetapi selepas kemalangan aku terkenang sesuatu yang bagi aku selalu terjadi sebelum kemalangan 
antaranya sebelum hari kejadian aku bersungguh-sungguh nak lepak dengan kawan-kawan tetapi tak dibuat
dan aku ada hantar pesanan ringkas kepada kawan aku " esok aku takda lepak dah buat jangka lama "
  dan hari kemalangan aku bagai meningalkan semua keperluan aku seperti jam, cincin dan paling ketara 
minyak wangi pun aku tak pakai. semangat membawa moto kesayangan aku sahaja yang meluap dan bukan motor selalu aku pergi kerja.
  sekarang motor rosak nak kos baiki rm1000 pening nya........ handset pecah duit jugak tu.......
banyak betul nak guna duit gambar ada tapi dekat member kalau ada masa aku upload :( :( :( :(
 

Rabu, 20 April 2011

Sihat ke cara hidup K.I.T.A..................

Rakyat Malaysia ini berbilang bangsa berbilang agama.
 dengan itu negara ini memang unik dengan pelbagai jenis kebudayaan yang dapat dilihat
terutama dengan pemakanan seharian masing-masing.
  dan sejak 2-3 hari lepas aku ada melihat televisyen yang ada mengatakan sekolah dilarang menjual
nasi lemak kerana boleh menyebabkan obersiti dalam istilah lain kegemukan. bagi aku kenapa pekara ini baru hendak dibangkitkan? adakah nasi lemak sekarang lebih lemak dan nasinya adalah beras siam yang harganya murah dari nasi lemak dahulu atau pun nasi lemak dahulu memang tiada rasa lemak kerana mengunakan susu sejat tanpa lemak? semua ini bagi aku mengarut umpama satu benda digali tetapi tak dapat nak tutup gali yang lain.
   sekarang paling utama adalah ubah cara pemakanan bukan terus melarang jualan. nak makan boleh
tapi disertai dengan aktiviti yang boleh menyihatkan, zaman dahulu diikutkan kurang pasal kes obersiti sebab cara hidup sebenarnya, tak kira tua atau pun muda, cuma zaman sekarang makan cara zaman dahulu kerja pula duduk di depan meja pegang pen bukan seperti dulu pegang cangkul,
  Dan bukan itu sahaja sekarang bahan makanan penuh dengan bahan-bahan kimia yang
merbahaya seperti perwarna dan perasa boleh meyebabkan sakit

akhir kata pilih gaya hidup sihat kita akan sihat

nasi lemak cukup kenyang kalau makan baca bismillah

 

Isnin, 18 April 2011

PLKN memori indah..............KISANA BEACH RESORT SIRI SATU 2004

Tengah lepak-lepak kat pejabat ni kerja kurang teringat pula zaman PLKN dulu.
  seronok pun ada yelah walaupun dah 6 tahun tinggalkan memori tu masih lagi aku simpan.
masa mula-mula nak pergi tu memang malas, mana tak nya dah la aku kena campak dekat kelantan member pun tak ada, dan lepas sekolah kira dah gila nak start cari kerja nak merasa ada duit sendiri .
tapi apa-apa pun aku rela pergi tapi hari pertma je naik bas aku dah dapat kawan sebab satu kepala
ayat pertama yang dia tanya ada lighter aku pulak tanya dia ada rokok dengan itu berkawan hahahahaha kira jahat jugak lah masa tu.
  dah penat seharian dalam perjalanan sampai la dekat kem dulu kem tak macam sekarang pakai katil lipat
askar je, almari tak ada pakai laci je dia kasi tidur bukan dalam bangunan tapi dalam khemah askar klu time hujan lebat memang best konpom khemah bergoyang lagi satu kem kisana ni dekat pantai memang terbaek la kalau waktu hujan,
  dan lagi terbaik aku ni dicampak dalam kumpulan c ( chalie ) kumpulan yang bermasalah hahahaha
lambat bangun, aktiviti tak hadir dan macam-macam lagi tapi tak bestnya aku kena PLKN kat kelantan tak dapat campur dengan perempuan dapat tengok pun jauh-jauh. nak minat pun tak kesampaian hahahah biasa lah budak-budak masa tu. ada je hati nak mengorat nak bercinta hahahaha tapi apa-apa pun aku happy dekat kem.
     tapi dulu lain kem 1 bulan 1/2 dekat pengajian tinggi pulak 1 bulan 1/2 jugak aku kena dekat UITM SHAH ALAM tu duduk dalam bilik ada katil cuma kat sana ramai la brader-brader kononnya jaga budak-budak PLKN belagak tapi takpa sebab diorang merasakan tua kot sebab tu belagak.

     Kepada rakan-rakan yang terbaca BLOG ini aku harapkan heppy selalu dengan hidup sekarang
kenangan dahulu menjadi kenangan geng-geng yang kenal aku dengan panggilan ultraman,feimau dan hafiz
gambar nanti aku cari balik :)

Ahad, 17 April 2011

Kiamat permulaan ( kecil ) ditunjukkan marilah kita sedar ..........

Kiamat kecil telah banyak belaku tetapi ramai yang masih buat tak tahu.
  lebih lagi kepada umat islam mari kita lihat pekara Kiamat kecil yang telah berlaku supaya kita
sedar dunia ini bukan akan kekal selama-lamanya................

1- Penaklukan baitulmaqaddis
2-  Zina bermaharajalela  
3- Pemimpin yang terdiri dari orang yang fasik dan jahil
4- Bermaharajalela alat muzik 
5- Menghias masjid dan membanggakannya 
6- Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
7- Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
8- Ramai orang soleh meninggal dunia 
9- Orang hina mendapat kedudukan terhormat
10- Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalinya sahaja
11- Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
12- Bulan sabit kelihatan besar
13- Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
14- Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
15- Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
16- Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkatan biasa
17- Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
18- Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
19- Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk 
      rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.                                         
20- Akan terdapat banyak pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam   
      masyarakat.
21- Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan 
      dengan yang rapat dan disayangi
22- Orang akan melakukan homoseksual.
23- Akan terdapat ramai anak luar nikah.
24- Berkurangnya sifat amanah
25- Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
26- Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
27- Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
28- Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
29- Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
30- Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
31- Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
32- Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
33- Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
34- Memandang rendah kepada darah
35- Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih 
      besar)
36- Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
37- Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
38- Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
39- Banyaknya berlaku gempa Bumi
40- Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
41- Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
42- Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
43- Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat

semua pekara yang telah dicatatkan telah berlaku tetapi ramai yang belum menyedari atau mungkin sudah menyedari tetapi membuat tidak tahu ingat lah walaupun sedetik tiada siapa dapat mengelak dari kematian dan kiamat...............................

Rabu, 13 April 2011

Pantang larang orang dulu-dulu dan maksudnya.........

Dalam hidup orang melayu ada sahaja pantang larang kadang-kadang maksud lain tapi orang dulu punya 
  ayat bukan main mengerikan sampai putus jari laa. pasal kematian laa dan banyak lagi hari ni sahaja nak kongsi 10 pantang larang.............
apa salahnya hepy2 sikit

1- Jangan menyanyi masa memasak nanti kahwin orang tua-- hahaha tak sanggup aku tapi sebenar  
     yang dimaksudkan jangan menyanyi  masa memasak adalah  supaya masa menyanyi air liur tu tak la 
      menyembur dalam masakan ........
2-  Jangan duduk atas bantal nanti bisul  - pergh sakit tu bisul kalau kena kat buntut susah nak duduk
      tetapi sebenarnya tak elok duduk atas bantal sebab kita baring atas bantal mana la tau tengah duduk 
      kentut pula lepas tu baring tak naya bau kentut dekat kepala hahahah
3-  Jangan tunjuk pelangi nanti putus jari- ini betul-betul ngeri tunjuk pelangi pakai jari pun boleh putus 
     jari bahaya tapi bila difikirkan ini sebenarnya menasihat kan anak supaya tak keluar rumah kerana pelangi        selalu terjadi bila hujan panas nanti demam siapa yang susah.....
4- Jangan makan banyak tempat duduk nanti kawin banyak- waaaa ni best bagi lelaki kalau 
     perempuan aku  tak tahu best ke tak tp kalau betul cantik. hahahah saja gurau makan banyak tempat ni    
     tak elok sebab  kalau la jenis makan terabur macam budak-budak tak ke letih nak kemas kan tempat 
     yang dia pindah
5- Makan nasi sampai habis kalau tak menangis nasi tu- pekara ini sebenarnya untuk kita jangan
    membazir bukan semua orang mampu makan nasi setiap hari tapi kalau nasi tu betul-betul nangis aku terus
    tak makan hahahahah 
6- Nasi kat bibir besepah nak dapat anak tiri- ni dah kira pakej ni hahahahah ni untuk penampilan
     tak kan la nak makan sampai nasi penuh kat bibir nampak sangat tak pernah makan hahahahah
7- Jangan potong kuku waktu malam nanti kuku rosak- pekara ini sebenarnya ada betul juga tetapi 
    ramai yang potong kuku waktu malam kerana tiada masa tetapi orang dulu tidak benarkan sebab dulu 
    risau potong waktu malam sebab mata kita malam tak terang, lagi pun dulu ada tempat tak ada lampu mana
    la tahu masa potong kuku potong sekali isi-isi yang ada
8- Mandi dulu baru makan kalau tak jadi kerbau- ini ayat memang kasar cakap jadi kerbau hahahaha 
    tapi ayat yang terselindung di sebalik kata-kata tu adalah bila kita makan lepas tu mandi selalunya mesti  
    lapar dan perangai tu sama je macam kerbau jadi segar kan badan mandi lepas tu makan.....hehehhe  
    jangan jadi kerbau..................
9- Perempuan mengandung dilarang lalu bawah ampaian nanti anak gagap- bab anak gagap ni aku
     no komen tapi kita pun tahu ampaian pakaian bukan tinggi pun manalah tahu tersangkut leher kat
     tali ampaian tak kan susah ini semua soal keselamatan
10- Anak dara jangan nak melawa waktu malam nanti tiada seri- ini aku sokong anak dara buat apa 
      malam lawa-lawa? malam nak tidur kalau malam pun nak pakai cantik-cantik buat apa ni mesti ada benda 
      baik ni hahahahahahah

semua di atas ini adalah antara yang aku pernah dengar dan bila difikirkan ada betulnya walaupun kadang ayat yang diberikan ngeri...........
ini pantang jumpa buah hehehehehhe

Isnin, 11 April 2011

Lelaki tempatan VS Lelaki asing.............mana pilihan Perempuan?

Hari ni aku terdetik nak taip pasal tajuk diatas pasal aku ada terbaca dalam surat kabar
  berkenaan kes ini, dan ada ramai perempuan sokong mengatakan lelaki tempatan kurang baik dari lelaki asing.
Wahhhhhhhhhhhh hebat sangat ke lelaki asing sehingga ada perempuan tempatan sanggup cakap macam tu?
ape yang hebat cer citer....cer citer?..nak jugak teman tau.
   ramai sangat ke lelaki asing yang hebat ? betul ke hebat ? sebenarnya aku nak kata tak kisah ada jugak
kisahnya sebab aku tak nak la kawin dengan orang asing kalau boleh orang tempatan.sebab salah satu nya kalau lah time raya takkan aku nak kawin dengan orang eskimo jauh tu nak balik raya time dia. hahahahaha..........mau tiap2 tahun masa time balik kampung dia aku kena bakor kena bakor..hahahha..
  bagi aku lah serius ni hehehe kalau nak kawin dengan orang asing pun pandai-pandai lah pilih pasangan..
dalam agama pun tak marah klu nak kawin orang asing cuma seagama laa ye jangan pulak agama lain-lain tu bahaya...lagi satu jangan lah memandang rendah lelaki tempatan memang tak dapat disangkalkan perempuan lebih ramai pandai sekarang cuma pandai sahaja dalam diri tak guna kalau tak pandai mengawal diri.
  jangan percaya 100% lelaki asing sahaja boleh mebawa kebahgiaan kita tengok berapa ramai yang dulu gila
dengan lelaki asing lari kenegara mereka akhirnya merayu nak pulang balik.. sebab hidup sana teramat lah bahgia sampai nak balik kan hahahaha dan jangan pula suka yang muka ala-ala pelakon hindustan nampok bebenor pengaruh dvd hahahahahah...........apa-apa pun hak anda perempuan yang aku baca menyokong lelaki asing selamat mencuba ( jgn kawin lari penat )..................nak cari pasangan pilih lah betul2 sebab manusia macam-macam ada memang bebaloi kadang-hampagas..............

lepas ni minat makhluk asing pulak hahahahhahaha

Ahad, 10 April 2011

Sakit mata.................:(

HUH.................pening kepala aku,
  sakit mata... serabut tu tapi bukan sakit mata pasal apa ni semua punca main futsal hari jumaat lepas
main futsal macam main bola pandang rembat kuat-kuat akhirnya singgah dekat mata tak berpusing mata ke belakang dibuatnya,
   datang kerja kene pakai spek mata sebab tak boleh tgk cahaya terang keluar malam pun pakai spek
kadang-kadang rasa macam orang gila pun ada tap apa boleh buat nak baik kena la macam ni tapi aku bila pakai spek mata hitam ni satu je masalah rasa cepat ngantuk yelah pandangan kelam-kelam gelap mendung je mana tak ngantuk...ni pun kuyu mata aku menaip rasa nak tidur pejabat pulak sejuk dengan aircond waaa tambah ngantuk aku harap cepat la baik mata aku ni semoga senang kerja nak di buat.................

Ini mata ada kuasa hahahahahhaha

Selasa, 5 April 2011

Tidur atau Membuta.....................

Setiap manusia yang hidup mesti akan tidur. tetapi ada juga yang selalu tidur....
  nak kata pelik tak la sebab dah biasa tengok :) aku pun suka tidur . tapi dalam banyak-banyak tidur la satu je aku marah tidur sambil menyusahkan orang.. macam mana orang yang tidur menyusahkan orang? bukan tidur bedengkur sebab itu aku tak kisah sangat mungkin dia letih atau berpenyakit. ini tidur masa kerja. 
  Hello sesiapa yang tidur bangun kalau datang kerja bukan datang nak tidur mata kena celik ini bukan hotel,
kalau nak tidur balik, dan aku pelik dan musykil kenapa orang yang bila tidur dekat pejabat bila ditanya kenapa tidur alasan mudah je sebab malam tak tidur keluar jalan-jalan, wahhh seronok betul alasan tu nanti bila dunia makin maju buat macam ini sahajalah sesiapa yang tak tidur malam pergi kerja waktu malam. sebab bila siang tak guna sesiapa yang tido siang datang kerja nanti tidur macam dah mati.
  Kalau alasan kerja malam agak-agak la jugak dengan masa kerja dipejabat supaya diri terurus dan sihat selalu
dan paling penting kalau kaki tidur jugak( itu pun kalau aku BOS mana-mana syarikat besar )nak tidur boleh kerja kasi habis dulu ini bukan kerja tak habis membuta suruh orang lain pula buat banyak gemuk gaji kau dapat aku dapat apa sekali-sekala tak apa kalau hari-hari bill gates pun boleh jadi mapiow hahahahaha

ok lah pada yang nak tidur selamat tidur tapi jangan lah tidur sampai tak ingat dunia kang tak bangun terus selama-lamanya dah ken buat kenduri meninggalkan dunia heheheheh dengan itu tidur elok-elok hidup sekejap takan nak penuh masa tidur sahaja................................
ngantuk sangat hahahahah

Ahad, 3 April 2011

Mana Hak Lelaki Sekarang???

Selalu aku dengar berkenaan hak-hak wanita,
 tetapi bila difikirkan mana hak lelaki sekarang? sekarang semua pekara banyak berkaitan wanita
bab lelaki semua macam kurang, kenapa benda ini terjadi? adakah kerana wanita mengangapkan mereka sekarang lebih hebat? adakah ingin menunjukkan "woman power".
  bila difikirkan macam-macam hak wanita telah diperbaharui mengikut masa dan zaman, tetapi hak
lelaki bagai diketepikan, contoh sekarang pemimpin setempat pun sekarang wanita, bila sekarang lelaki cuba bersuara wanita akan lebih dari lelaki kenapa ini terjadi? adakah kerana ramai wanita lebih bijak dan berkerjaya dari lelaki. dan setiap tahun ada sahaja sambutan hari wanita sedunia, tetapi lelaki pula macam mana? aku dengar ada pada 19 nov tetapi bersamaan hari tandas sedunia apa punya malang lah hari.
  pernah juga ada kes aku baca perempuan jadi imam didalam sebuah masjid. ini kira betul-betul nak
kuasa, dan bab pekerjaan pula sekarang penuh didominasi wanita sahaja lelaki semakin tipis peluang pekerjaan  apalah nasib lelaki.
 dan baru-baru ini pula ada pula kes apabila lelaki menyatakan wanita membawa kenderaan merbahaya tetapi telah dimarahi oleh wanita kerana lelaki lebih bahaya, bagi aku sama je tetapi sekarang pemandu wanita lebih advance dengan apa yang pernah aku hadapi selama aku menungang motor antaranya bawa di lorong laju tetapi pelahan.................................. 

malas nak taip panjang-panjang sebab aku tahu wanita di dunia ini sekarang dah berkuasa, siapa lah aku karang kena marah pula  tetapi satu sahaja lah kepada wanita islam di dunia jangan terlalu mementing kan hak di dunia sahaja sebab ada antara negara yang ingin kebebasan sehingga ingin membuka aurat dan hak-hak yang ada jangan lah sampai mengabaikan anak-anak bagi mereka yang sudah bekhawin. paling penting bagi yang islam jangan lah keluarkan perkataan ini

TIADA PEREMPUAN TIADA LELAKI KERANA LELAKI DILAHIRKAN PEREMPUAN

fikirkan lah siapa yang dicipta dahulu oleh yang MAHA ESA



Jangan lah mencari HAK wanita SEHINGGA bergini