surah

Listen to Quran

Jumaat, 17 Februari 2012

pengalaman aku berbekam darah...................

Pada 16/02/2012 adalah pengalaman pertama aku berbekam darah..... kenapa aku bekam darah? ni nak cerita
  aku dah rasa badan aku kurang memuaskan letih memanjang, nak pergi urut tak tahu nak ke mana ( rumah urut bnyk tp kurang pasti urut betul atau sebaliknya hahahaha ) jadi nak di pendek kan cerita aku ni sorang ahli forum komuniti permotoran laa kat malaysia dalam forum tu ada mcam2 pekara yang disembangkan bukan sekadar pasal motor. aku selak pasal kesihatan ternampaklah khidmat berbekam dari seorang rakan didalam forum tersebut setelah baca dengan tekun aku pun tekad lah pergi bebekam tp amik masa sebulan gak memikir nak tak nak, akhir sekali aku nekad pergi.
  rawatan bebekam ni elok sebenarnya cuma ramai orang tak tahu ada yang kata bekam ni untuk org
migrain tp sebenarnya bukan ada 93 penyakit boleh dihindarkan dan berbekam adalah sunah dari NABI kita NABI MUHAMMAD nak cerita panjang2 tak tahu sgt anda boleh baca dekat blog sahabat aku ini

http://viobekam.blogspot.com/

dibawah sedikit gambaran aku bebekam ( seksi skit hehehehehe )

ni port bahagian badan sebenarnya ada lg kat kaki
darah aku hahahaha kat bahgian bahu ni ketegori sihat dan suci sbb tak pekat
bawah ni bahgian pinggang pekat sikit sbb bnyk toksik hahahaha
 atas ni je lah gambar aku tunjuk
sahabat aku ni lelaki jd lelaki lah sahaja klu perempuan nak ada gak tp org lain................

Ahad, 12 Februari 2012

Nasib aku kakitangan sambilan kerajaan........................

Hari ni aku terlampau tertekan dengan hidup ni,,,,,,,,,, mana taknya gaji tak masuk, lagi2 dah laa aku ni kakitangan sambilan kerajaan brapa sen laaa sangat aku dapat, makan gaji hari pulak tu. walaupun datang penuh gaji aku tak sampai rm1000 cuma jika buat overtime jee sampai... adakala aku terfikir kenapa ini terjadi? adakah pihak orang atasan tidak mempunyai perasaan sebagai seorang manusia? Nak diserapkan tetap tu semua penipuan dah bnyak pegawai yang berjanji dahulu tapi semua TIPU kerana nak kerja cepat siap dan sambilan dijanjikan pelbagai pekara yang manis akhirnya tekena jugak pekerja sambilan..................
 Ada aku baca dibeberapa tempat menyatakan hasrat supaya pekerja sambilan/kontrak ditetapkan
tetapi banyak juga manusia yang memandang sinis kepada mereka yang mengutuk dan mencerca jawatan seperti aku... ingin aku bertanya kepada mereka adakah berdosa jika pekerja kontrak atau sambilan menyatakan hasrat supaya mereka ditetapkan? adakah tergangu periuk nasi mereka yang ditetapkan? adakah anak2 pekerja tetap akan kebuluran? fikirkan lah kami juga manusia jangan lah dicerca atau dikutuk lagi....... jika anda ditempat kami mungkin anda akan rasa keperitannya........ lebih2 lagi hidup di bandar........
 Aku tahu aku hanya menulis apa yang diluahkan didalam hati sahaja kerana perasaan tertekan aku sudah
tidak tertahan lagi

Khamis, 2 Februari 2012

Bila aku tidak berkata /bersuara....................

Adakala berdiam diri lebih baik dari bersuara, itulah yang aku pegang tak kira sesiapa sahaja yg aku berdiam tak bertegur sapa semua mesti ada sebab. antara sebab aku tidak betegur adalah kerana seseorang yang aku kenal itu merasakan dirinya baik sehungga mempertikai apa yang aku buat..... sedangkan aku tak mengangu pun periuk nasi sesiapa pun..... dan ada lagi beberapa sebab aku tidak betegur adalah jika seseorang itu yang mula aku kenal itu mementingkan diri, apa guna jika aku mempunyai kawan yang mementingkan kemahuan diri sendiri sahaja tidak memikirkan keadaan sekeliling antara contoh semasa bergembira bersama masa susah atau melakukan kerja tak nak bersama............ itu bukan namanya kawan itu haiwan..... ( marah betul ni ) dan paling teruk kaki kenceng ( penipu ) klu sekali dua menipu aku maafkan tp klu dah tak terkira kerap pulak tu memang malas laa aku nak tegur atau nak bercakap........... tp aku ni bila tak berkata ni sebenarnya sifat adalah selamanya selagi orang yang buat hal tu tak tegur atau ckp ngan aku, aku tak ckp trus sampai org yang aku tak tegur itu ckp semula ngan aku.... bukan niat nak putus silaturahim tp apa guna aku nak berkata atau betegur jika dia seorang yg pentingkan diri? dia merasakan dirinya lebih baik dari aku jadi biarlah dia ngan kehidupan dia......... orang yang betul kenal aku dan yg menjadi kawan rapat aku akan tahu aku bagaimana masa senang boleh sama2 susah pun boleh sama cuma jika yang susah tu jika melibatkan wang ringgit bukan tak boleh bantu diri sendiri pun sesak..................tp jika nak luahkan kesusahan aku sedia dengar dan jika aku ada nasihat aku akan bg tahu walaupun adakala situasi nasihat tu tak bleh pakai heheheheh..........