surah

Listen to Quran

Rabu, 12 Disember 2012

Majlis persaraan Ketua kerani CC Herawati dan PAP Abg Man kueh..........

Hari ni ada majlis perpisahan bagi kakitangan pejabat yang aku kerja.......12/12/12
 majlis berlangsung bertempat di orizona cafe bangi....CC Herawati yang berkhidmat 39 tahun dan abg man dah berkhidmat 30 tahun... mereka dua akan pencen dah cukup berkhidmat pe2 pun aku mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana selama bekerja dengan mereka banyak mengajar aku dan diharapkan selepas ini mereka sihat selalu dan gembira ( mood sedih gak ni sapa CC aku nanti )
bawah ni ada gambar untuk tatapan dan sebagai kenang-kenangan

yang dirai....

CC Herawati bertudung biru

Abg Man kueh pakai jaket hitam

Ucapan dari CC Herawati

Ucapan dari Abg Man

Nampak mcm lapar kan heheheheh

antara menu jamuan
sekian terima kasih kepada semua

Ikan patin pancing titiwangsa..........11/12/12

salam semua fuhhh................... tiup habuk sikit lama tak update
  Bukan pasal apa xupdate ada story tapi jari malas nak menaip, tapi hari ni nak share skit gambar ikan yang berjaya dipancing ( nak riak skit tp xbanyak taw ) ikan patin 5 kg tasik titiwangsa


lebih dari singki tuuuuu

besar tak heheheheh.... tapi gambar kat umah masa mancing tak tangkap

Isnin, 29 Oktober 2012

Hobi baru bela ikan laga........

asalamualaikum semua....
hari ni nak up skit pasal hobi baru aku yang memang dulu hobi aku cuma xada masa skang ada masa skit buat la sikit2 nak hilang kan boring dan stress kalau ada kat umah......hobi bela ikan laga...
aku makin syok nak bela ikan ni sebab murah senang dan aku dah banyak membaca pasal nak membiakannya jd nanti ada masa aku nak biak kan.....hobi ni bukan aku sorg je tejebak adik aku pun sama kak cik dan adik bongsu aku,,,,, bawah ni rupa ikan yang aku beli cuma nak beli yang betina xjumpa lagi laaaaaaa

ni warna oren

ni purple

aku punya dua ekor sekali heheheheheh

Isnin, 15 Oktober 2012

Ada sambutan........ Thanks

semalam selepas ak update blog menyatakan sunyi xde kek hari jadi aku.......
   tiba2 dapat panggilan dari si dia.... mula2 ingat saja nak jumpa tak sangka ada juga yang sudi sambut
hari lahir aku tahun ini thanks sangat2
sedikit gambar kek tatapan untuk rakan2 dari si dia...........



pada si dia thanks sangat2 kerana sudi sambut my besday

Tarikh aku 15/10

asalamualaikum semua........
lama dah aku update blog ni dah besawang dah berhabuk dah belumut dn macam-macam lagi......
hari ini genap aku 26 tahun.... tua dah aku hehehehe..... tapi pe2 pun adakala walaupun umur ni meningkat pekara yang belaku disekeliling sunyi sungguh. banyak dugaan melanda tapi apa2 pun aku redha laa apa yang belaku cuma berdoa agar ada sinar kegembiraan bagi aku... dan terima kasih kepada kawan2 laman sosial yang ucap hari lahir untuk aku terubat juga rasa sunyi tuuu tapi laman sosial tanpa kek kan hehehehehe hadiah pun takde tp aku terima kasih lah sangat dari takda pe2 .....walaupun aku nampak gembira seronok dalam hati aku ni sedih jeeee tah kenapa harap tahun depan sempat aku jumpa umur 27 tahun dalam usia aku ni meningkat aku mengharapkan satu je semoga keluarga dan orang2 yang aku sayang aku sihat selalu dan selagi aku bernafas aku akan membantu mereka sampai aku tiada ( emo pulak aku sedar tak sedar mengalir gak setitis )  apa pun mak dan abah terima kasih jaga along nasihat along sampai sekarang walaupun along degil  dan taknak dengar cakap

Akhir aku nak ucapkan selamat hari lahir kepada diri aku Mohamad Hafiz Bin Abdul Hamid ulang tahun ke 26 moga diri aku dapat betahan dengan segala dugaan yang melanda dan semoga ALLAH memberkati kehidupan aku ni sehingga aku pejamkan mata................

dapat kek pisang pun xpalah tp xda huhuhuhuhuhuhuhu

Isnin, 17 September 2012

Majlis khawin saudara ku......

Pada 15/9/2012 saudara aku telah melangsungkan perkhawinan di IPOH jd aku pun p kesana untuk memeriahkan majlis dan menjadi videoman untuk majlis perkhawinan saudara aku walaupun letih, panas tp puas hati sebab semua bejalan lancar tapi dlm aku sibuk menjadi videoman ni aku telupa plak nak jd cameraman utk nsett aku letakkan dalam blog ni tp adik aku pegang nset aku ni jd dia pun tangkap gambar aku plak lebih... gambar pengantin xda jd nak syok2 nak letak gak gambar aku lah
hehehehehhe
ni bukan pengatin yeee ( bujang lagi )

pelamin yang indah disinggah sana ( teringin gak ni )


adik2 aku ngan sedara aku
ni yg terbaik tua wat kerja muda relek saje

letih rest duduk jap

possing jap

beta merenung masa hadapan dapat tak beta khawin hahahahahah
rasanya setakat ni cukuplah kang letak bnyk2 pun bukan ramai nak tengok pun
pe2 pun sebenarnya ada sambungan malam bbq plak tp tgk laa klu rajin ada laa di up di blog ni

Ahad, 9 September 2012

Menjejak kaki di highland tower.............

Hari ni nak update sikit lah blog yang dah berabuk ni...
  Pada hari sabtu lepas aku dengan kawan2 aku membuat xtvt yg pelik dr xtvt biasa iaitu pergi ke
highland tower yang runtuh pada tahun 1993 sebelum tu pergi hisap shisha dulu dekat babylon jln ampang sapa taw p laaaa.masa mula nak betolak p sana aku rasa berat hati tapi pasal dorg nak aku teman aku on jeeee xkesah laa tp tiba2 lah hari yg cerah boleh plak hujan rintik.. makin berat lah hati aku tp pasal tgk yg lain semangat aku on jee lah pergi kesana dari ampang xlama pun dlm masa 10 minit jeee...
  setiba disana aku rasa makin berat hati tah tak taw mengapa tp aku tenangkan lagi dengan isap beberapa batang rokok kawasan tempat berhenti itu betul2 sebelah banglo kosong jd aku mula memerhati dari luar tak semena2 aku nampak kelibat putih dri rumah itu tegamam gak tp aku diam jee xnak yg lain tekejut.....
  yang member2 lain dah sampai ada yg mcm nak pegi tp xnak pegi ada yg tadi xnak pegi nak masuk sgt
aku dah mula pening tengok gelagat dorg jd aku wat la keputusan jom naik... sebelum tu aku tanya ada lampu suluh tak? dorg ckap ada ... ok laa senang skit tp tiba2 dengar ada satu jeeee ,,,,,,, cet tak guna nak pergi tempat gelap tp bawak satu je lampu suluh untuk 6 org naik ....sorg lagi xnak naik takut sgt jd oklah dia pun bleh jaga motor...
  nak pergi kesana nak kena lalu denai kawasan runtuh semak samun time lalu aku teringat nset aku pun ada lampu jd aku tgk nset aku tp pelik nset aku bateri yg ada 50% dah abis jd xda laa lampu jalan2 kedepan aku punya mata pandang kiri kanan sampai satu tempat ada pokok kecil aku ada ternampak sekor lagi tp ni ngeri beristifar aku tekejut punya pasal. pastu masuk bangunan block b rasanya tp aku xsangka pulak ye lantai tanah merah dekat basement tu berlecak basah jeee time tu mula laa naik tp hati aku bedegup kencang sebab entah laa mata aku nampak macam2 tp dari mula takut aku jd sayu plak sebab aku rasakan keadaan umpama roh tidak tenteram bnyk berkeliaran aku jalan sampai tingkat 3 je sebab member aku yang kat tunggu kat motor cakap ada polis soh blah jd aku pun turun laaa ngan yang lain2 tp dorg tekejut tgk aku sebab mata aku merah sangat kat situ......tapi apa2 pun semua slamat sampai kerumah
   maaf laa yeee gambar xda sebab xdapat tangkap gambar nset abis batri tiba2

Ahad, 26 Ogos 2012

Selamat Hari Raya

asalamualaikum....
  walaupun sekarang masa aku menaip ucapan selamat hari raya ini ketegori lewat dah masuk raya ke9
disini saya Mohamad Hafiz Bin Abdul Hamid sekeluarga memohon ampun dan maaf zahir batin jika saya ada melakukan kesalahan teguris,terhiris,terluka dan mcm2 lagi secara sengaja atau pun secara tidak sedar, saya mohon ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki halal kan makan minum yeeee

dan apa yang belaku diharapkan menjadi 0-0 balik yeeeee

xda gambar tp aku letak gambar anak buah sedara aku yg amat baik

Jumaat, 20 Julai 2012

Selamat datang bulan ramadhan..........

hari ni 20/7/2012 jumaat  hari terakhir bulan syaban sebelum masuk ke bulan ramadhan..... sedar tak sedar sudah kembali semula bulan ramadhan yang penuh berkat ini.. tahun ni aku mengharapkan semoga permudahlah segala urusan yg ingin dilakukan dan sihar semoga aku dpt menjalani ibadat puasa dengan lebih sempurna berbanding tahun sebelumnya.... pada semua rakan2 marilah kita memperbnykan amalan ibadah dlm bulan ramadhan ini kerana tahun hadapan masih lg atau tidak kita akan berjumpa dengan bulan ramadhan ini....
dikesempatan ini sy Mohamad Hafiz Bin Abdul Hamid ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan semoga kita diberkati olehnya ... dan mohon maaf jika ada tekasar bahasa atau salah selama ini sy menaip di blog ini. dan jgn lupa puasa dulu baru raya yeeeee xpuasa xleh raya taw hehehehhe

Jumaat, 13 Julai 2012

Tahniah kepada dua rakan dpt kerja tetap...........

hari ni betul makin rasa keseorang yelah sorang lg member dah dapat kerja tetap, bulan lepas sorng p FELDA ni lg sorg p MPS tp semua rezki masing2 ape2 aku ucapkan tahniah dulu dari 10 org skang tinggal 2 orng ....walaupun hati rasa sedih sebab aku masih tahap mcm ni tp hidup perlu diteruskan dan maybe ada rezki lain...
jika pk kenangan bersama dlm tempoh enam tahun bnyk suka dan duka apa2 semua akan menjadi kenangan manis

selamat berjaya ......... ada masa kita jumpa semua kembali : (

pergi tak kembali ke opis ni dan p ke felda...... yuti
ijai selamat ke MPS lepas ni jln kaki je p kerja
paling penting nanti nak kawin antar laa ye kad jemputan blh rasa nasi minyak........

Ahad, 8 Julai 2012

gambar perangai adik bongsu aku ......

ni nak letak gambar sikit pasal adik aku ni .... dia ni lain mcm kadang2 wat lawak xboleh blah pastu ayat manis dri mana dia menuntut pun aku tak taw paling xbleh blah klu dia nak smart2 mcm org dulu2
ni gambar dia.........cuma satu je bila rambut dia kering dah mcm sabut kelapa hehehehehe

nampak mcm mat jais muda2 plak hahahahahahah tak taw aku dia pandang apa
skuad renang pasukan argentina mcm mana la dia tahan nafas atas darat
time jogging siap cover prot lg tuuuu

Malam Bintang MOF

sebenarnya benda ni dah lama jugaklah dlm sebulan baru nak upload..gambor xde skang baru dapat cedok2 skit bintang MOF senang citer mcm bintang karaoke laa... aku join jd pelakon tambahan je untuk sorng rakan opis je goyang gak nak naik pentas walaupun kejap heheheheheh bawah ni ada skit gambar untuk tatapan....

penyokong.....
ni la pelakon dia herman tiyes ngam bad nano heheheh
mesti tak nampak bezakan sapa artis hahahahahahah

Rabu, 4 Julai 2012

suka2 di tasik putrajaya......

salam semua dah lama tak jengah blog ni dah behabuk besawang dan mcm2 lagi lah hari baru nak upload apa yg aku buat masa cuti hari tu walaupun aku kerja putrajaya tp bukan semua tempat aku jelajah jd aku bawak adik aku Helmi utk teman aku bejalan ye lah xda sapa yg sudi nak jalan besamakan jd aku bwak laa dia. mula2 xde pun perancangan nak p mana tiba2 nak p solat kat masjid putra bawak dia jd on lah p sana jumpa seseorang kat sana yg kerja kat putrajaya crusie jd dapat tiket nak crusie dan nak bnyk lg lah bawah ni sedikit gambar tatapan dar nst aku heheheheheh

adik aku yg kurang pandai possing hehehehehe
gambar aku dan adik aku
macam model adik aku ni hahahahah
gambar kenangan bersama kapten heheh mcm nak p australia plak
belumba sampai hujung taw heheheh
akhirnya tumpas sbb tebabas tu laa soh diet taknak
aku rasa cukuplah gambar bnyk ni sbb ada lg gambar tp rasa kang melimpah2 gambar heheheheh
terima kasih sharimah belanja : )

Isnin, 14 Mei 2012

Telepon baru aku.............

Dah lama aku mengidam nset touchscreen baru tahun ni aku dapat........tapi nampaknye bulan ni duit keras skit laa kena jimat2.. nset baru ni satu je masalah bagi aku sbb aku tak tahu guna lg huhuhuh.........tp xpelah aku belajar dulu nanti mesti terer lah  aku beli nset  Sony Ericsson live walkman tp ada juga kata nset ni dipanggil xperia live...tp pe2 pun aku hepy lah dpt guna cuma belum khatam lg pasal android..........

ni lah model nset aku

Rabu, 2 Mei 2012

paranormal............diopis

Saja nak shared pengalaman bleh kata seram2 sejuk skit laa kat opis. tp pada yg takut tu tak payah takut baca jeee xngeri pun... sejak beberapa tahun aku kerja ni bnyk pekara paranormal belaku di opis aku mana taknya aku pun balik lewat sebab ot. time ramai org xda pun nak kacau atau pun mungkin perasaan tp apa yg aku nampak atau aku dengar  xmungkin perasaan .antara pekara petama yg aku goyang skit adalah dulu sbb betul melintas depan aku mcm perempuan baju putih ranbut panjang masa tu aku berdua tp nak buat pe relek je laaa kwn aku pun dulu ckp jln jee sebab kita berdua,paranormal kedua pula time sorang2 dengar loceng dan dengar org main keybord komputer,tu bg aku dah biasalah tp pada hari isnin sebelum hari pekerja terjadi satu lg pekara kalini aku saja nak lewat skit balik sbb esknya cuti tp mcm kena halau lepas sahaja kawan aku punch kad balik aku pergi kemaja aku balik nak layan internet laa tiba2 , terdengar bunyi mcm satu benda hidup bernafas penat garau macam rimau pun ada tp memang horor laa bunyi tu bleh tahan kuat..... aku angkat skit kepala tgk keliling tak nampak apa. hati pun dah goyang skit tp relek dulu aku bgn kemas meja tutup pintu koridor pastu terasa angin kuat masuk plak aku plak rasa sejuk.. aku pandang belakang xnampak pe...aku pun melangkah laa pelahan2 pergi lif belakang lagi satu dugaan pula timbul. celah rak2 fail aku dengar org belari2 tak ke gila rasa dah laaa kat area tu dulu aku jumpa yg mcm perempuan ni plak lari dengan pantas aku bukak pintu belakang tunggu lif rasa lama plak.................... tp apa2 pun aku tabah je laaaa cuma aku semat satu jee jgn takut kang makan diri plak tahan jeeee............

sekian maybe lepas ni ada lg kot tp harap2 jgn laaaa

Khamis, 5 April 2012

Kunci yang perlu ada sebelum berkhawin................

Tajuk kat atas ni sebenarnya peringatan bagi aku dan sesiapa sahajalah kalau nak khawin terutama lelaki tetapi perempuan kena lah tahu jugak yeee dan tgk pasangan anda dia ada tak kunci ini ....
 kunci yang perlu ada sebelum berkhawin. klu xda kunci2 ni rasanya simpan lah dulu hasrat nak khawin
sebab benda ini patut dalam kehidupan sebelum ingin berpasangan..............

1. Kunci pejabat - maksudnya adakah anda bekerja? klu tak kerja mcm mana nak khawin? dan mana nak dapat duitkan? jadi kerja.. dan perempuan pulak nak ke lelaki xde kerja?
2. Kunci kenderaan- semua paham maksud kenderaan kan? klu tak paham tak tahulah nak ckp mcm mana.. tak kisah anda ada motor atau kereta tapi klu ada kedua2nya terbaik sebagai pengankutan hendak kemana2
3. kunci rumah - klu dah kawin mesti nak duduk kat rumah tak kan nak duduk bawah jambatan kan.....dan tak kisah besar atau kecil rumah itu sewa atau beli janji ada rumah ...........

Tiga pekara diatas adalah kunci yang pelu lelaki ada sebelum berkhawin dan perempuan pun tgk juga pasangan anda dia ada tak 3 kunci tu.......
  Dan paling penting sebelum tiga pekara ini cari dulu kunci diri sebab klu 3 kat atas ni ada tp kunci diri xde useless, dan apakah kunci diri itu . iaitu persediaan yang membolehkan kita menjadi sebagai ketua keluarga dan dapat membentuk sebuah keluarga ke jalan ALLAH

Khamis, 29 Mac 2012

Didik anak ke Jalan ALLAH...........

Asalamualaikum....
  hari ni aku ingin coretkan sedikit pekara yang ramai orang beragama islam yang lupa tuntutan
agama dalam mendidik anak.
  Walaupun aku ini masih lagi bujang aku ingin mengingatkan diri aku dan sesiapa yang membaca blog ini.
ramai antara yang mempunyai anak inginkan mereka berjaya, senang dalam kehidupan dan dapat membantu mereka dalam kehidupan, tapi sebenarnya adakah kita berfikir dapatkah mereka membantu kita menghadapi kematian? dan alam kematian kita?
  Cuba renungkan disaat kematian kita, Kita mempunyai anak tetapi tidak tahu membaca YASSIN mahupun
AL-FATIHAH........... apa yang mungkin kita rasakan? mungkin anak kita kaya boleh memberi duit kepada orang supaya dapat membaca tetapi sampai bila? Dan apabila kita mahu disolat jenazah.. Tapi anak kita tidak dididik bagaimana solat macam mana hendak dilakukan? cuba kita selami perasaan ini kita ditempat jenazah
adakah kita gembira? atau sedih ?....
  Tetapi jika kita mendidik mereka dengan sebaik-baiknya dunia dan akhirat INSYAALLAH kita akan lebih tenang diakhirat kelak dan paling terbaik pernah aku dengari adalah jika kita meninggal dan mempunyai anak seelok2nya anak menguruskan jenazah kita...........
   sekadar renungan jika ada kesalah mohon maaf dipinta


Isnin, 26 Mac 2012

Jangan sedih SPM gagal..............

Lama tak update tapi hari ni nak tulis sikit lah pasal SPM ni. baru2 ni keputusan SPM dah dikeluarkan kepada yang berjaya tahniah, tapi kepada yang kurang berjaya tu tak payah laa sedih2 dan tak payah la menyesal benda sudah lepas teruskan pada masa hadapan banyak lagi yang boleh dilakukan cuma jangan malas dan buat pekara yang boleh mebawa kepada kebaikan itu sahaja.
   aku ni pun bukan lah seorang yang berjaya dalam SPM , semua keputusan aku hancus dan aku ni lagi malu
sebab aku ni dalam banyak sedara-mara aku adalah yang paling teruk. bila balik kg jee mesti kena bambu baik punya sampai malas laa nak balik kg tp satu hari mak aku cakap " tak payah sedih2 dulu xnak belajar skang rasakan lah cuma satu jee klu kita kena bambu pun ckp mcm ni jee klu semua orang pandai semua berjaya nak jadi bos siapa nak jadi kuli " dengan kata2 itu aku mula rasakan xpalah apa yang terjadi tetap terjadi jadi teruskanlah dengan masa hadapan....
 Paling penting walau apa pun terjadi kita perlu berubah kepada kebaikan... ingat pada ALLAH.
dan INSYAALLAH setiap yang berlaku ada hikmahnya cuma kita kena berusaha kepada yang lebih baik.......

Jumaat, 17 Februari 2012

pengalaman aku berbekam darah...................

Pada 16/02/2012 adalah pengalaman pertama aku berbekam darah..... kenapa aku bekam darah? ni nak cerita
  aku dah rasa badan aku kurang memuaskan letih memanjang, nak pergi urut tak tahu nak ke mana ( rumah urut bnyk tp kurang pasti urut betul atau sebaliknya hahahaha ) jadi nak di pendek kan cerita aku ni sorang ahli forum komuniti permotoran laa kat malaysia dalam forum tu ada mcam2 pekara yang disembangkan bukan sekadar pasal motor. aku selak pasal kesihatan ternampaklah khidmat berbekam dari seorang rakan didalam forum tersebut setelah baca dengan tekun aku pun tekad lah pergi bebekam tp amik masa sebulan gak memikir nak tak nak, akhir sekali aku nekad pergi.
  rawatan bebekam ni elok sebenarnya cuma ramai orang tak tahu ada yang kata bekam ni untuk org
migrain tp sebenarnya bukan ada 93 penyakit boleh dihindarkan dan berbekam adalah sunah dari NABI kita NABI MUHAMMAD nak cerita panjang2 tak tahu sgt anda boleh baca dekat blog sahabat aku ini

http://viobekam.blogspot.com/

dibawah sedikit gambaran aku bebekam ( seksi skit hehehehehe )

ni port bahagian badan sebenarnya ada lg kat kaki
darah aku hahahaha kat bahgian bahu ni ketegori sihat dan suci sbb tak pekat
bawah ni bahgian pinggang pekat sikit sbb bnyk toksik hahahaha
 atas ni je lah gambar aku tunjuk
sahabat aku ni lelaki jd lelaki lah sahaja klu perempuan nak ada gak tp org lain................

Ahad, 12 Februari 2012

Nasib aku kakitangan sambilan kerajaan........................

Hari ni aku terlampau tertekan dengan hidup ni,,,,,,,,,, mana taknya gaji tak masuk, lagi2 dah laa aku ni kakitangan sambilan kerajaan brapa sen laaa sangat aku dapat, makan gaji hari pulak tu. walaupun datang penuh gaji aku tak sampai rm1000 cuma jika buat overtime jee sampai... adakala aku terfikir kenapa ini terjadi? adakah pihak orang atasan tidak mempunyai perasaan sebagai seorang manusia? Nak diserapkan tetap tu semua penipuan dah bnyak pegawai yang berjanji dahulu tapi semua TIPU kerana nak kerja cepat siap dan sambilan dijanjikan pelbagai pekara yang manis akhirnya tekena jugak pekerja sambilan..................
 Ada aku baca dibeberapa tempat menyatakan hasrat supaya pekerja sambilan/kontrak ditetapkan
tetapi banyak juga manusia yang memandang sinis kepada mereka yang mengutuk dan mencerca jawatan seperti aku... ingin aku bertanya kepada mereka adakah berdosa jika pekerja kontrak atau sambilan menyatakan hasrat supaya mereka ditetapkan? adakah tergangu periuk nasi mereka yang ditetapkan? adakah anak2 pekerja tetap akan kebuluran? fikirkan lah kami juga manusia jangan lah dicerca atau dikutuk lagi....... jika anda ditempat kami mungkin anda akan rasa keperitannya........ lebih2 lagi hidup di bandar........
 Aku tahu aku hanya menulis apa yang diluahkan didalam hati sahaja kerana perasaan tertekan aku sudah
tidak tertahan lagi

Khamis, 2 Februari 2012

Bila aku tidak berkata /bersuara....................

Adakala berdiam diri lebih baik dari bersuara, itulah yang aku pegang tak kira sesiapa sahaja yg aku berdiam tak bertegur sapa semua mesti ada sebab. antara sebab aku tidak betegur adalah kerana seseorang yang aku kenal itu merasakan dirinya baik sehungga mempertikai apa yang aku buat..... sedangkan aku tak mengangu pun periuk nasi sesiapa pun..... dan ada lagi beberapa sebab aku tidak betegur adalah jika seseorang itu yang mula aku kenal itu mementingkan diri, apa guna jika aku mempunyai kawan yang mementingkan kemahuan diri sendiri sahaja tidak memikirkan keadaan sekeliling antara contoh semasa bergembira bersama masa susah atau melakukan kerja tak nak bersama............ itu bukan namanya kawan itu haiwan..... ( marah betul ni ) dan paling teruk kaki kenceng ( penipu ) klu sekali dua menipu aku maafkan tp klu dah tak terkira kerap pulak tu memang malas laa aku nak tegur atau nak bercakap........... tp aku ni bila tak berkata ni sebenarnya sifat adalah selamanya selagi orang yang buat hal tu tak tegur atau ckp ngan aku, aku tak ckp trus sampai org yang aku tak tegur itu ckp semula ngan aku.... bukan niat nak putus silaturahim tp apa guna aku nak berkata atau betegur jika dia seorang yg pentingkan diri? dia merasakan dirinya lebih baik dari aku jadi biarlah dia ngan kehidupan dia......... orang yang betul kenal aku dan yg menjadi kawan rapat aku akan tahu aku bagaimana masa senang boleh sama2 susah pun boleh sama cuma jika yang susah tu jika melibatkan wang ringgit bukan tak boleh bantu diri sendiri pun sesak..................tp jika nak luahkan kesusahan aku sedia dengar dan jika aku ada nasihat aku akan bg tahu walaupun adakala situasi nasihat tu tak bleh pakai heheheheh..........


Rabu, 18 Januari 2012

STORY Cepat, Lambat, Elok dan Berkat ..........Rezki.............

Hari ni khamis boring2. Kerja dah setel kepala pening2 lalat skit.. hari ni nak share pekara berkaitan rezki yang kita dapat tak kira lah kesihatan keperluan dan macam2 lagi lah.
 Semua manusia dalam dunia ini nak rezki yang murah senang dan sihat. tapi adakala rezki yang kita dapat
tak cepat. lambat atau pun cepat habis tanpa kita sedar. ni sebab tak berkat apa yang kita buat kot ni hati aku rasa laa. Sejak dua menjak ni aku ada merasakan pekara sesuatu berkenaan rezki 

1. aku sedar kenapa bila aku tak sihat mcm rasa lambat sihat ini kerana masa sihat semua pekara yang elok patut dilakukan dilambat-lambat kan contoh solat zohor dalam pukul 1 buat pukul 3 ( cuba kita fikir kita buat lambat2 boleh tapi pekara lain yang wajib kita buat lewat ).
2. berkenaan duit dulu aku ni hujung bulan je sesak peringkat petala langit, duit ada tapi cepat je habis tak sedar buat apa, skang baru aku sedar sebab dulu kerja bnyk mengular mana nak berkat rezki tu kiranya pe yang kita dapat adalah kerja yang kita buat sahaja contoh kerja 8 jam tp kita kerja 2 jam dapat laa gaji yang berkat 2 jam jeee yang lain hangus.........( jadi kerja rajin2 matlamat aku )
3 kawin ni aku masih kelam tp ada rezki ada jodoh kawin laa klu tak kawin jadilah makhluk purba kala wakakakaka ( sedih sebenarnya )
4 ni berkaitan duit juga tp sikit lain duit kerja hasil yang halal klu ada tak bnyk pun kasi lah sikit kat keluarga insyaallah ad jugak rezki kita dapat balik
5 paling penting pekara yang dilakukan HALAL.

Sebenarnya banyak lagi list tp buat yang penting aku rasa jeee, supaya kita saling ingat -mengingati dan sebenarnya pekara berkaitan rezki, jodoh, ajal dah ditentukan sabar je apa yang penting jangan kita lupakan YANG MAHA BESAR

Rezki jgn ditolak jemput makan hahahahahah

Pantang........... setiap manusia memlikinya

Dah lama tak update blog ni..... hari ni saja nak bercerita sikit berkenaan pantang. setiap manusia ada pantang nya. pantang ini dimaksudkan benda yang tak disukai atau tidak boleh oleh seseorang yang mungkin ia ada kaitan mistik atau pekara yang tak boleh dilakukan mahu pun dilihat contoh ( ambil aku punya pantang laaa ).
aku tak boleh bau bunga melur klu aku bau aku sesak nafas ngan pening ( tak tau sebab ), bab makan pulak aku pantang dengan makanan yang tak boleh dimakan penghidap penyakit G6PD contoh halia mentah ngan kacang parang klu makan boleh membawa maut...........persekitaran sekeliling pula aku amat pantang jika kawasan yang bersih dikotorkan tapi peliknya aku akan lawan mengotorkannya lagi ( ni aku rasa perbuatan aku yang teruk hahahha ) dan didalam persahabatan pula aku amat pantang jika seseorang itu jenis nak menang jeee (bukan maksud aku tak nak mengalah tetapi kita kena fikir hebat sangat ke kita ramai lagi hebat dan jenis mcm ni ramai yang menipu ) aku suka berkawan jenis yang serdehana, sempoi, releks dan paling aku pantang , benci dan rasa keji jika seseorang memainkan pekara berkaitan agama.... woooo agak2 laa hidup xseberapa dosa dah bnyk agama plak nak dimainkan. 
 Jangan jadi cerita P ramlee dalam tajuk ibu mertua ku............. PANTANG NENEK MOYANG AKU KAWIN DENGAN AHLI MUZIK heheheheheh

Khamis, 5 Januari 2012

Sakit gigi......................

Sakitnya gigi aku dah dua hari tahan sakit paling teruk mlm semalam terus xboleh tido tangkap kepala pening campur sakit = terbaiklah.......... pagi tadi lepas punchcard masuk opis terus aku p klinik kesihatan putrajaya persint 9.. ingat tak laa lama rupanya lama boleh ketegori tunggu bulan jatuh keriba dah laa tengah sakit biasa laa orang sakit gigi ni cepat marah, mula2 amik nombor p daftar, tu kira ok laa dia suh tunggu dekat sejam setengah ,MA panggil aku pun masuk laa dia tanya sakit apa aku cakap lah sakit gigi dengan senang kata p kat dalam klinik pergigian ............cet panas aku tunggu semata2 nak suh dia cakap p dalam klu suh p dlam masa daftar tu ckp laaa p laaa dalam takyah aku tunggu lama2 nasib laa aku ni makin jadi penyabar klu tak dah lama aku menjerit, masuk dalam pulak serabut nak menunggu, ramai pulak manusia sakit gigi maybe rakyat malaysia ni gigi tak kuat ( bukan aku yee aku sakit gigi sebab gusi bengkak semua di bahgian bawah hari2 gosok gigi )......apa2 pun dah mkn ubat rasa selesa skirt cuma aku bleh makan benda yang lembik2 jee huhuhuhuhuhu patah selera harap cepat laa elok..................