surah

Listen to Quran

Ahad, 1 Disember 2013

majlis perkhawinan hidayah haris..... 16/11/13

asalamualaikum....
cuti-cuti sekolah ni banyak kawan-kawan aku yang kawin ada yang dapat hadir aku hadir yang tak dapat harap dimaafkan adakala ad halangan yang xdapat dielakkan jadi kali ni nak letak gambar kawan aku ni kawin mana lah tahu tiba2 dia ada terbuka blog aku ni dia senyum heheheh bukti aku datang tahu dengan pasangan aku tapi gambar dia aku kena rahsiakan sebab biarlah rahsia heheheheh

pengatin menuju masuk kedewan


dua merpatu sejoli di persandingan indah

para tetamu menjamu selera

apa-apa pun pada hidayah haris moga berbahgia sampai ke anak cucu bersama pasangan pada kawan-kawan yang lain yang nak kawin tu jemput-jemput la ye... bab aku inshaallah tahun depan : )

Khamis, 7 November 2013

Menerima Cinta.....

Asalamualaikum....
 apakahbar pembaca blog saya yang tak seberapa ini... hari ni tajuk blog aku ni amat jiwang ketegori karat sampai tahap hampir reput.... ( hahahaha ) xnak panjang citer aku nak berkongsi rasa dan perasaan aku sekarang yang amat gembira walaupun ada sulaman kesedihan sebab abah masuk hospital diserang penyakit stroke.. tapi dengan itu aku dihadirkan seorang perempuan yang amat memahami keadaan aku dan aku amat menghargainya.... dulu pernah aku berkata, aku tak mampu menerima cinta lagi kerana terlalu pedih tapi kali ini ia amat berbeza pekenalan yang amat singkat dan dengan cara tidak disangka pada mulanya ketika aku gundah gulana mencari ketenangan aku selalu mendoakan kebahgian rakan-rakan di fb dalam cari jodoh malaysia ( siapa yang serius nak mencari jodoh aku sugest p la usyar2 klu nak main2 xpayah ) ketika aku kerap mendoakan orang lain bahgia... ada satu hari aku telah ditambah menjadi seorang rakan perempuan agak terkejut sebab kat fb aku ni jarang ada org luar add dan aku ni tak berapa nak add orang ( bukan sombong taw tp ni lah perangai aku ) jadi mula lah satu persahabatan yang agak pada mulanya rakan biasa tapi lama kelamaan aku terasa sesuatu tapi jiwa kental xnak kecewa jd aku layan biasa je tp akhirnya dia telah bertanya dan aku menerimanya ( agak menarik bila perempuan mengorat ) tapi sebenarnya bagi aku tidak salah perempuan mengorat mungkin hatinya perlu memilih bukan sahaja lelaki memilih.. perempuan boleh kawin sekali xboleh bermadu macam lelaki jd dia kena pilih yang betul2..... kali ini aku mengharapkan aku dan dia akan menjadi pasangan yang sah kerana hati ini berkata pilih la dia............ cuma mengharap doa dari rakan2 semua dan pembaca blog ini heeheheheheheheh

Isnin, 7 Oktober 2013

Apa yang aku rasa...........

asalamualaikum....
 Hari isnin ni nak luahkan lah apa yang hati aku ni rasa sekarang yang terpendam ( pendam lama-lama sakit kang) .. membabitkan kawan-kawan , keluarga , kerja dan macam-macam lagi... bab kawan ni aku tak tahu lah nak cakap macam mana.. kat kawasan rumah aku memang aku tak ada kawan kalau aku kat rumah aku akan pergi jumpa kawan di tasik Titiwangsa sebab ada kawan aku meniaga kedai makan di sana dan kat sana aku tenang sebab aku boleh la bermain dengan anak dia umur 2 tahun ( aku memang minat budak kecil ),, kawan karib pula dulu ada tapi aku rasa dia menipu aku terlalu banyak aku tak tahu apa yang dia nak?.. nak kaya sangat atau apa.. dulu susah sama-sama sekarang menipu menyusahkan orang.. di pejabat kawan semata kawan tak ada apa pun lepas habis kerja balik rumah masing-masing...dan ada yang pernah berkawan dengan aku semata-mata nak ambil kesempatan lepas tu guna nama aku petik macam-macam kes...  ( semak dalam berkawan jika ada kawan makan kawan ).. bab keluarga pulak aku tah la kadang-kadang rasa terpinggir dan adakala aku rasa berat mungkin sebab aku ni anak sulung dan aku seorang je yang bekerja...kat pejabat pula aku terus terang aku xda jiwa nak bekerja.. dulu aku rasa seronok bekerja ini disebabkan dulu ramai kawan-kawan yang setaraf pangkat kerja dengan aku iaitu pekerja sambilan kerajaan tapi rezki mereka lebih luas mereka dah dapat tawaran lain.. kerja tetap manakala aku pula termenung lagi dekat pejabat ni dengan taraf baru kontrak... dan kat opis ni ramai yang dah kahwin.. aku ni bujang je.. tah sampai bila mungkin sampai mati agaknya,,, dalam perhubungan cinta aku ni seorang yang gagal serius aku gagal.. pada sesiapa perempuan yang minat kat aku ni lupakan je lah ( mcm laa ada yang minat ) aku ni tak mampu nak bahgiakan sesiapa pun.. dan dalam sudut kecil hati aku ni aku tak berani dah nak bercinta sebab sakitnya yang terkena pada aku boleh membawa kenangan itu sampai mati..... tak sanggup terkena lagi..... walaupun perasaan cemburu lihat orang lain berkasih sayang aku kena rela..... ( mulut cakap rela dalam hati macam wresling bergaduh ) cuma sekarang aku doa moga ku dapat habiskan baki-baki hidup aku ni dengan lebih berguna........( malas nak taip panjang airmata dah mengalir ngantuk nak tido )

Rabu, 2 Oktober 2013

pantun duka... dari jiwa

asalamualaikum dan salam sejahtera....
  hari ni aku nak taip pantun duka aku yang ada tak banyak tapi boleh laaa,,,,,,,,
( klu banyak kang jadi buku ) karang pantun ni original dari hati takda tiru punya mana-mana sasterawan yang ada dimalaysia,,,, ( harap ada yang paham )


Pergi kekedai membeli jala...
Jala diguna menangkap ikan...
Aku berdoa kau berbahagia...
diketika kau dihari persandingan...

Menangis sendiri berteman sepi..
Hidup melarat jiwa merana....
Engkau tiada galang ganti...
Tapi engkau bukan ku punya...

Persingahan cinta telah terjadi...
Dikau pergi mencari penganti...
Aku dulu puas menanti...
Sehingga jiwa terasa dihati...

Hidup setia aku merana...
Merana diri mengejar mimpi...
Ingin jua aku bahgia...
Apakan daya belum lagi....

Rumput hijau diragut lembu...
Lembu ditambat ditepi parit,,
Banyak persoalan telah diaju...
Memang cinta itu perit....
 
Kuala lumpur ke kuala nerang...
Pergi kesana jumpa pasangan...
Ku ingat kekal berpanjangan...
Rupanya ia hanya kenangan.......

Airmata mengalir disalah habuk..
Tapi ia soal hati..
bagai hati telah ditebuk..
maratap diri umpama mati...

Kenangan indah kita bersama...
Tidak abang akan lupa...
Semoga dirimu kekal bahgia...
jangan dikisah abang derita.....

ok lah yee malas nak taip banyak-banyak pantun duka ni banyak habuk masuk mata ( paham-paham je lah ) kalau ada permintaan aku taip lagi hahahahah





Isnin, 30 September 2013

catatan hati.....

Asalamualaikum semua.....
harap sihat-sihat selalu, sebenarnya aku tak ada idea nak taip apa-apa cuma aku terasa sedih dengan apa yang berlaku atas diri aku... ( sedih memanjang je kan ) biasalah soal hati semuanya tersimpan tanggung sendiri...... tak lama lagi umur aku cukup 27 tahun dan tahun ini banyak mengajar aku erti kedukaan dan kesedihan yang menimpa diri aku.... adakala posting dulu-dulu aku ni nampak macam aku ni periang........( periang lah sangat ) tapi banyak dalam ketegori lakonan untuk mengawal kesedihan dihati...
  untuk mengawal kesedihan ini aku cuba melawati dalam memori indah zaman sebelumnya.. rasa amat indah
bagai ingin kembali balik kepada zaman itu.. tapi yang lepas tetap akan pergi.. ada bahgia dan ada yang derita.. sekarang aku rasa derita itu tapi kena kuat lah jugak sebab aku ni anak sulung dan banyak lagi tanggungjawab ( kuat-kuat masuk habuk jugak mata aku ni )....... tapi walau bagaimana pun aku sorok rasa sedih ni, ada juga yang perasan dan nasihat.. yang selalu aku dengar nasihat mereka adalah setiap penderitaan itu pasti akan datang bahgia........ cuma tak tahu bila ( ermmm aku terima je lah ).. tapi sejak dua-menjak ni walaupun hati ni merana aku boleh pula banyak idea berpantun.... tapi semua duka-duka je lah antaranya yang aku buat sendiri

Teluka hati tiada berdarah...
Terluka tubuh boleh dilihat...
Jiwa hati terasa parah....
Diri mengharap mendapat berkat..

Ketika sayang tidak ditinggal...
Bila benci diri dimaki...
Bagai jasad roh ditanggal,,,
Tiada hati bagai mati....

Menangis keluar air mata,,,
Sedih terasa tidak terhingga,,,
Tiada ucapan selain kata...
semoga diri mu berbahgia,,,,

Dalam hati ada taman...
Taman dihati tidak dijaga..
Masa lalu sudah berzaman...
tinggal sendiri tiada bersapa,,,,,

sebenarnya banyak lagi cuma malas nak keluarkan kalau keluar boleh buat buku heheheheh ( konpom tak laku )......... apa-apa pun aku sekarang cuma nak tenangkan diri sebelum aku pergi... hahahaha..
ok lah malas nak mengarut lagi
 waalaikumusalam.......

Jumaat, 6 September 2013

Harga minyak petrol naik hati aku terasa dan ku luah dengan jari menaip di blog......

Asalamualaikum semua...
  hahahah agak panjang pula tajuk entri aku hari ni... bukan apa cuma luahan je apa yang aku terasa,,
pasal minyak naik 20sen ..... orang kata 20sen jeee bukan 50sen pun.. orang yang cakap macam ni sebenarnya amat kurang bijak... 20sen seliter bukan maksud harga tu kalau kita isi minyak rm10 cuma tambah 20sen.. dan kerana minyak petrol ni naik harga barang pun aku terasa naik antaranya teh ais dulu rm1.80 sekarang rm2 punah rasanya.. gaji aku bukan banyak pun.. walaupun aku ni kerja kerajaan tapi aku ni kontrak gaji cuma dalam rm1060.00 bawah paras kemiskinan tu dah berkhidmat 7 tahun.... ( ermm... kejap aku fikir apa nak taip lagi,,, ) ..........pada manusia yang tidak merokok jangan pula marah pada perokok.. jika perokok marah pasal minyak petrol naik... dengan ayat " beli rokok boleh isi minyak tak boleh " alasan  aku jangan marah kerana bila hargo rokok naik tak melibatkan dengan kenaikan harga makanan dan macam-macam lagi pekara yang perlu dibayar... pernah ke dengar harga ayam naik kerana rokok harga naik? tak pernah kan.......... dan rokok yang dihisap tak tentu semua hisap mahal ada yang hisap rokok seludup cuma pesan aku jaga kesihatan kalau boleh berhenti merokok ( termasuk aku hahahah ) sekarang nak pergi kerja.. naik ex5 isi penuh minyak kalau betul-betul kosong rm8 dari dulu rm6 amat terasa...

p/s: amaran pada MLM jangan pasal entri aku ni nak suruh aku join aku tak berminat penipu hahahahahah geng-geng MLM pun menyalak pasal minyak dan ini jadi modal kau tarik perhatian orang yang buta hati nak kaya



Isnin, 2 September 2013

gambar sepupu aku khawin 31/08/2013 ..... Ipoh perak

hari ni nak share sikit gambar sepupu aku kahwin yang belangsung pada 31/08/2013
    semoga mereka berbahgia ke anak cucu.... asyikin dan faridul.......












ni je lah gambar yang aku dapat ditangkap

Khamis, 22 Ogos 2013

Sambut besday angah...........

Asalamulaikum semua pembaca blog yang rindu pada saya...... ( perasan plak aku heheh )
  dah lama aku tak update cerita dalam blog aku ni kira hati tu tak luah kejari dengan update blog..
hari ni aku nak update sikit kisah sambut besday adik aku kedua @ angah laaaa.. walaupun simple kira ok laa aku ni pun abg yang biasa jee nak kata tak sayang adik beradik tu namanya gila.. aku sayang cuma adakala aku hanya memerhati gaya mereka sebab mereka dah besar klu salah kena gak marah... dan adik beradik perempuan pulak tu berbanding adik bongsu aku lelaki yg memang tempat ketegori rapat.. nak taip panjang2 pun aku xbarapa nak reti cerita jd dua gambar sebagai kenangan

kek hari jadi dari seorang abang

adik bongsu yang kekenyangan dan besday girl pun dah lentok

Ahad, 26 Mei 2013

nset android rm19...

hahaha baca tajuk pun mcm xpercaya kan tp realiti laa ni
  sabtu aku p jomheboh putrajaya sebab ingat nak beli nset kat digi alcatel tp tiba2 hati kata p maxis je lah
rupanya nset kat maxis ok skit jd aku beli je lah... harga nset rm19 aku topup rm30 pastu aku beli no special skit rm10 jd total rm59 nak kata xbebaloi apa nak kisah janji nset aku ada topup walaupun murah
nset yg dibeli adalah ZTE v793 tgk spec kat laman web boleh laa tahan menarik untuk nset murah

ok laa kot.........

Khamis, 2 Mei 2013

Selamat mengundi PRU 13..............

Asalamualaikum....
mesti ramai yang sibukkan ye lah dah nak dekat-dekat piliharaya ni kan nak balik mengundi dan macam2 lagi apa2 pun selamat mengundi..... aku mengundi petama kali tahun ni dalam hidup, PRU 12 dulu aku xdaftar heheheheh... masa tu jiwa muda lagi kot tak ada jiwa sangat nak mengundi.... apa aku undi tahun ni? aku pun tak tahu sebab bila aku baca manifesto kedua-dua pihak ada pro dan kontra dia cuma nak tegur sikit laaa ye dalam berpolitik jangan lah sampai nak bergaduh keji mengeji dan bersulam caci maki,,,, tak elok lagi kita ni satu negara,,,,, bab manifesto yg aku suka tp kena ubah skit,,

pemerintah skang...
1.. bantuan brim- bagi aku ok cuma mengharapkan ia sampai kepada golongan sasar bukan yang bergaji besar
2..rumah prima- kelayakan diperhalusi balik sebab masih lg ramai tak mampu
3,, melanjutkan tempoh para pegawai kontrak dan menyerapkan kepada yang cekap kepada yang tetap-
ini amat menarik dengar cuma mengharapkan ia terjadi sebab masa PRU 12 ada dikatakan tapi masih lg sama

pembangkang pula
1.. memansuhkan PTPTN- macan tak relevan tapi diubahkan sekolah rendah dan menengah diberikan percuma manakala PTPTN ini diberi pelepasan bagi pelajar yang berjaya kerana ini memberi semangat kepada pelajar supaya lebih hendak berjaya
2.. menghapuskan tol- tak payah la nak hapuskan nak hapuskan juga hapuskan tol bandaran contoh  mcm jalan kucing dulu ke cuma PLUS kurangkan harga tol seminima mungkin sebab jalan nak gak diselengara pekerja nak juga dibayar gaji,,
3..peluang kerja- ni hampir sama dengan yang pemerintah cuma terus nak diserap


apa-apa pun hak mengundi hak anda jadi buatlah pemilihan anda.. jangan nak gaduh-gaduh aku ni permerhati je undi kan rahsia janji malaysia selamat dan aman tu penting rakyat pun terbela jgn salah angap apa aku tulis

Khamis, 4 April 2013

Tiada lagi Kasih... hanya yang hadir adalah sedh

Makin lama makin sedih hati aku mengenang apa yang belaku sekarang....
   orang yang aku sayang kini menjadi tunangan orang.. kini tinggal aku sendiri mengharap sinar yang tak pasti
ini mungkin perasaan sayang selama 5 tahun bersamanya tidak pernah lekang terhadapnya, Apa-apa pun aku doakan dia bahagia dengan pilihannya... aku tidak akan salahkan dia dengan apa yang belaku kerana aku merasakan ini semua berpunca dari aku yang telampau lewat terhadapnya.. rasa nak menangis je bila menaip ni tapi masih lagi boleh bertahan dimata tapi dihati siapalah yang tahu... nak taip panjang-panjang hati rasa makin patah cukup lah sekadar ni.

asalamualaikum,,,,,,,,,,,,
             biarlah aku membawa hati yang luka bersama-sama mencari penawar tiada pastinya...

Selasa, 12 Mac 2013

Kematian.......iaitu perpindahan

Asalamualaikum semua....
 apakhabar? harap semua sihat selalu........ mesti yg pernah baca blog ak ni tekejutkan tak pernah-pernah aku buat tajuk macam ini tapi hari ni terlintas pula dihati... jadi jari pula rajin nak menaip kat blog ni...
tajuk blog ni aku telintas sebab pagi-pagi ak selalu juga tgk siaran ulangan tanyalah usztad di tv 9 dan semalam tajuk dia pasal kematian..... ramai diantara manusia termasuk ak takut mati ( nak kata ramai tak boleh jugak sebab semua manusia takut mati tapi ada yang cakap berani mati jadi ak taip ramai je la ) tapi semalam dengar ceramah tu aku terpaku apa yg usztad cakapkan kenapa kita perlu takut mati? alasan yang banyak digunakan amalan tak cukup, muda lagi... tapi kenapa semasa hidup tak bual amal ibadat cakap usztad tu balik... asyik ingat hidup je? dan kematian itu kenapa dirahsiakan ini kerana itu adalah rahsia ALLAH sebab dibagikan contoh sekian nama si polan akan mati pada umur 50 tahun jd si polan ini akan tahu 40tahun kita enjoy dulu buat maksiat sampai masa kita taubat lah buat taubat betul-betul.... jadi adakah elok keadaan begitu? usztad itu berkata kita ni ada dua kematian.. 1 kematian kecil dan 2 kematian besar
kematian kecil ni masa kita tidur dan bangun dan kematian besar ini pula adalah tidur tidak bangun selamanya
jadi masa nak tidur bacalah surah-surah lazim supaya tidur kita diberkati kerana masa tidur beberapa peratus roh kita akan keluar dan dijaga malaikat..  dan hakikat kematian ini adalah satu perpindahan kita sebagai manusia dan benda-benda hidup sebelum kita dicipta kita tiada...... kita mula-mula mati sebelum dihidupkan didalam rahim ibu sebelum melihat dunia kemudian sampai masa kita akan dimatikan dan pada hari akhirat kita dihidupkan kembali kita hidup 2 kali dan mati 2 kali..... dan dalam banyak ayat usztad itu katakan jika kita mati harapkanlah matinya kita dalam keadaan sempurna dan elok mati melakukan kebaikan bukan mati kerana keburukan kebaikan antara contoh mati ketika solat, menunaikan haji dan melakukan pekara yang baik bukan sebaliknya seperti merompak, membunuh dan perbuatan maksiat...............



Selasa, 19 Februari 2013

jiwa... hati... dan perasaan.....

asalamualaikum kepada rakan-rakan yang sudi melawati blog saya ni.....
  yang dah lama berhabuk.. bukan tak nak kemaskini cuma masa nak menaip makin kurang dan jika ada masa aku lebih suka menyendiri...banyak pekara yang belaku selepas menjelang tahun 2013 ini.. antaranya aku kemalangan, kerja tak dapat buat ot, jiwa keseorangan dan banyak lagi masalah cuma sekarang masalah aku paling besar adalah pada kesihatan.. aku tak tahu apa akan terjadi pada aku masa hadapan masih ada lagi atau tidak tapi harapan aku biarlah umur aku panjang sebab banyak dosa lagi yang tak tertanggung..soal jodoh aku akan lupakan dulu jika aku sihat aku kan cuba jika tidak aku lupakan... pada 19/2/2013 aku pergi hospital ampang nak buat pemeriksaan kesihatan pasal kesihatan tetapi tah la aku rasa kurang gembira mungkin dengan apa doktor katakan sebab aku masih lagi dalam kencing ada pendarahan doktor mengatakan jika ada masalah aku mungkin akan ditahan di hospital nanti... dan doktor ada menyatakan beberapa penyakit berkaitan kencing berdarah ini.... aku makin menjadi risau.. dah lah hidup bukan senang sakit pulak tu aku ni anak sulung banyak tanggungjawab..... yang betul paham tentang diri aku tiada dah.. dan pekara ini aku rahsia pada mak dan abah sebab tak nak dia orang risau... tapi tak apalah ini semua dugaan hidup aku.. aku ni ketegori kemurungan oleh doktor tapi luaran ramai mengangap aku gembira ye lah biar luaran gembira janji dalaman aku hanya yang tahu senang atau susahnya hidup aku,,,,,

biar airmata kegembiraan milik yang tersayang dan kedukaan menjadi milik aku......


Selasa, 15 Januari 2013

2 minggu MC menangung kesakitan.............

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua......
bulan 1 2013 ni laa blog permulaan aku pening kepala MC dah lama sangat sebab terbabit dalam kemalangan masa join race kapcai andurance anjuran KBS dekat litar speedway usj.... aku dah jatuh motor dan dilanggar dibahgian belakang badan sakit woooooooo.... hasil yg aku dapat tisu otot belakang koyak ketegori teruk dan buah pinggang aku bengkak tp sekarang dah ok sedikit walaupun batuk ngan bersin terasa urat tarik.. harap lepas ni cepat2 laa aku sihat nak teruskan pe yg aku nak buat bab gambar tgk dulu laa mcm malas nak letak gambar aku kat hospital sebab xensem pun kat sana heheheheheheh