surah

Listen to Quran

Khamis, 29 Mac 2012

Didik anak ke Jalan ALLAH...........

Asalamualaikum....
  hari ni aku ingin coretkan sedikit pekara yang ramai orang beragama islam yang lupa tuntutan
agama dalam mendidik anak.
  Walaupun aku ini masih lagi bujang aku ingin mengingatkan diri aku dan sesiapa yang membaca blog ini.
ramai antara yang mempunyai anak inginkan mereka berjaya, senang dalam kehidupan dan dapat membantu mereka dalam kehidupan, tapi sebenarnya adakah kita berfikir dapatkah mereka membantu kita menghadapi kematian? dan alam kematian kita?
  Cuba renungkan disaat kematian kita, Kita mempunyai anak tetapi tidak tahu membaca YASSIN mahupun
AL-FATIHAH........... apa yang mungkin kita rasakan? mungkin anak kita kaya boleh memberi duit kepada orang supaya dapat membaca tetapi sampai bila? Dan apabila kita mahu disolat jenazah.. Tapi anak kita tidak dididik bagaimana solat macam mana hendak dilakukan? cuba kita selami perasaan ini kita ditempat jenazah
adakah kita gembira? atau sedih ?....
  Tetapi jika kita mendidik mereka dengan sebaik-baiknya dunia dan akhirat INSYAALLAH kita akan lebih tenang diakhirat kelak dan paling terbaik pernah aku dengari adalah jika kita meninggal dan mempunyai anak seelok2nya anak menguruskan jenazah kita...........
   sekadar renungan jika ada kesalah mohon maaf dipinta


Isnin, 26 Mac 2012

Jangan sedih SPM gagal..............

Lama tak update tapi hari ni nak tulis sikit lah pasal SPM ni. baru2 ni keputusan SPM dah dikeluarkan kepada yang berjaya tahniah, tapi kepada yang kurang berjaya tu tak payah laa sedih2 dan tak payah la menyesal benda sudah lepas teruskan pada masa hadapan banyak lagi yang boleh dilakukan cuma jangan malas dan buat pekara yang boleh mebawa kepada kebaikan itu sahaja.
   aku ni pun bukan lah seorang yang berjaya dalam SPM , semua keputusan aku hancus dan aku ni lagi malu
sebab aku ni dalam banyak sedara-mara aku adalah yang paling teruk. bila balik kg jee mesti kena bambu baik punya sampai malas laa nak balik kg tp satu hari mak aku cakap " tak payah sedih2 dulu xnak belajar skang rasakan lah cuma satu jee klu kita kena bambu pun ckp mcm ni jee klu semua orang pandai semua berjaya nak jadi bos siapa nak jadi kuli " dengan kata2 itu aku mula rasakan xpalah apa yang terjadi tetap terjadi jadi teruskanlah dengan masa hadapan....
 Paling penting walau apa pun terjadi kita perlu berubah kepada kebaikan... ingat pada ALLAH.
dan INSYAALLAH setiap yang berlaku ada hikmahnya cuma kita kena berusaha kepada yang lebih baik.......