Dalam hidup orang melayu ada sahaja pantang larang kadang-kadang maksud lain tapi orang dulu punya
ayat bukan main mengerikan sampai putus jari laa. pasal kematian laa dan banyak lagi hari ni sahaja nak kongsi 10 pantang larang.............
apa salahnya hepy2 sikit
1- Jangan menyanyi masa memasak nanti kahwin orang tua-- hahaha tak sanggup aku tapi sebenar
yang dimaksudkan jangan menyanyi masa memasak adalah supaya masa menyanyi air liur tu tak la
menyembur dalam masakan ........
2- Jangan duduk atas bantal nanti bisul - pergh sakit tu bisul kalau kena kat buntut susah nak duduk
tetapi sebenarnya tak elok duduk atas bantal sebab kita baring atas bantal mana la tau tengah duduk
kentut pula lepas tu baring tak naya bau kentut dekat kepala hahahah
3- Jangan tunjuk pelangi nanti putus jari- ini betul-betul ngeri tunjuk pelangi pakai jari pun boleh putus
jari bahaya tapi bila difikirkan ini sebenarnya menasihat kan anak supaya tak keluar rumah kerana pelangi selalu terjadi bila hujan panas nanti demam siapa yang susah.....
4- Jangan makan banyak tempat duduk nanti kawin banyak- waaaa ni best bagi lelaki kalau
perempuan aku tak tahu best ke tak tp kalau betul cantik. hahahah saja gurau makan banyak tempat ni
tak elok sebab kalau la jenis makan terabur macam budak-budak tak ke letih nak kemas kan tempat
yang dia pindah
5- Makan nasi sampai habis kalau tak menangis nasi tu- pekara ini sebenarnya untuk kita jangan
membazir bukan semua orang mampu makan nasi setiap hari tapi kalau nasi tu betul-betul nangis aku terus
tak makan hahahahah
membazir bukan semua orang mampu makan nasi setiap hari tapi kalau nasi tu betul-betul nangis aku terus
tak makan hahahahah
6- Nasi kat bibir besepah nak dapat anak tiri- ni dah kira pakej ni hahahahah ni untuk penampilan
tak kan la nak makan sampai nasi penuh kat bibir nampak sangat tak pernah makan hahahahah
7- Jangan potong kuku waktu malam nanti kuku rosak- pekara ini sebenarnya ada betul juga tetapi
ramai yang potong kuku waktu malam kerana tiada masa tetapi orang dulu tidak benarkan sebab dulu
risau potong waktu malam sebab mata kita malam tak terang, lagi pun dulu ada tempat tak ada lampu mana
la tahu masa potong kuku potong sekali isi-isi yang ada
8- Mandi dulu baru makan kalau tak jadi kerbau- ini ayat memang kasar cakap jadi kerbau hahahaha
tapi ayat yang terselindung di sebalik kata-kata tu adalah bila kita makan lepas tu mandi selalunya mesti
lapar dan perangai tu sama je macam kerbau jadi segar kan badan mandi lepas tu makan.....hehehhe
jangan jadi kerbau..................
9- Perempuan mengandung dilarang lalu bawah ampaian nanti anak gagap- bab anak gagap ni aku
no komen tapi kita pun tahu ampaian pakaian bukan tinggi pun manalah tahu tersangkut leher kat
tali ampaian tak kan susah ini semua soal keselamatan
10- Anak dara jangan nak melawa waktu malam nanti tiada seri- ini aku sokong anak dara buat apa
malam lawa-lawa? malam nak tidur kalau malam pun nak pakai cantik-cantik buat apa ni mesti ada benda
baik ni hahahahahahah
semua di atas ini adalah antara yang aku pernah dengar dan bila difikirkan ada betulnya walaupun kadang ayat yang diberikan ngeri...........
ini pantang jumpa buah hehehehehhe |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan