surah

Listen to Quran

Khamis, 25 Ogos 2011

Kg Kerinchi dalam kenangan ................: (

Hari ni 26/08/2011 genap 10 tahun tragedi pahit yang belaku semasa aku sekolah lagi.
 iaitu rumah yang aku telah dilahir dan aku membesar terbakar. sedih rasanya mengenangkan peristiwa itu
nak menangis pun ada, walaupun aku tinggal kawasan setinggan dulu aku rasa masyarakat dekat sana lebih elok dari tempat aku tinggal skang, luluh hati aku mengenangkan apa yang terjadi, rasa bagaikan semangat aku patah masa itu, banyak juga lah barang yang tidak dapat diselamatkan tapi apa2 pun aku bersyukur semua ahli keluarga aku selamat. tp bagi aku skang pekara yang terjadi tetap akan terjadi dan kena terus kan pekara yang depan

                       Dalam kenangan kg kerinchi : (


Dulu kawasan yang nampak seperti hutan itulah kawasan rumah aku dan jalan raya ini tempat aku dan kawan2 main
Kawasan flat tempat bermain selepas mengaji dulu



Ahad, 21 Ogos 2011

Sesaat tidak lewat, Sesaat tidak akan awal.........................

Pada 18/08/2011 aku menerima kejutan bahawa perginya pakcik aku selamanya dari dunia ini.
sedih rasanya, sayu sedangkan memikirkan hari raya bakal tiba tak lama lagi tapi ALLAH lebih
menyayanginya. yang tidak aku sangka adalah pergi nya adalah amat mengejut hari isnin masuk hospital kerana pengsan selepas sedar 2 hari kemudian dia penat dan terus meninggal pada hari khamis, apa2 pun ia adalah ketentuan ajal dan maut semua ketentuan dari tuhan, ia telah tetapkan tidak akan lewat sesaat dan tidak pula akan awal sesaat cuma kita sahaja tidak tahu tarikhnya......dan bila aku fikirkan kembali arwah nenek sebelah mak aku juga meninggal sehari sebelum raya, sebelah bapa aku juga pada bulan puasa..............ku mengharapkan mereka semua diberkati dan dimasukan kegolongan yang baik dan memasuki syurga.........AL_FATIHAH

Khamis, 11 Ogos 2011

Sebelum teringin...........

Bulan ramadhan ni banyak sangat ragam manusia yang " tak nak puasa "...............
banyak sgt alasan, gastrik laaa , tak larat laaaa dan macam-macam lagi alasan,
pada yang betul-betul sakit tak apa tapi pada yang sihat walafiat.. boleh kerja tu puasa jee bukan susah, yang aku pelik kenapa bila time puasa tak nak puasa bila time tak bulan puasa boleh pulak tak makan sehari sebab duit xda,
dan lagi 1 kepada yang tak puasa hormat lah orang puasa tak kira laa muda atau pun tua,
yang tua tunjuk kematangan diri bukan ketumpulan dalam diri, yang muda berubah laa dari buruk kebaik. dan kepada yang tidak berpuasa fikirkan lah umur kita tidak panjang dan bila-bila masa boleh mati, klu tak mati lagi kita akan tua dan tua jangan selepas ini kita akan rindukan puasa dan paling penting sembahyang. sebab bila dah mati memang bye-bye dunia dan bila tua mesti sakit dan akan terkenang kenapa lah aku tak puasa kenapa lah aku tak sembahyang masa sihat.............

Ahad, 7 Ogos 2011

Menang selalu bukan indah...................

minggu kedua bulan puasa ni saje je aku taip pasal tajuk diatas...
hati suruh taip dah lama tapi buat tak tahu jee.. skang ada masa. rajin laaa aku taipkan.....
sebenarnya aku ni nak mengingatkan kepada yang selalu ingin menang tak nak kalah walaupun pekara yang remeh-temeh. pada yang selalu nak menang diingatkan jangan tidak fikirkan baik buruk dalam kehidupan ini. kehidupan kita umpama roda kadang2 diatas dan kadang2 dibawah jadi setiap kemenangan yang kita kecapi kita fikirkan apa dulu keburukan yang kita lakukan jika tiada baru anda berjaya sebenarnya. tp jika sebaliknya anda kalah........dan kalah pula jangan merasakan lemah. ada kalah untuk kebaikan bukan kalah itu satu kelemahan jika kita lemah kita bangkit dan terus kan usaha. apa2 pun tekadkan dalam diri walau apa terjadi diri aku tidak akan menyusahkan orang tetapi jika boleh aku ingin membantu orang