surah

Listen to Quran

Isnin, 28 Mac 2011

Sedih Dalam HATI................................

kenapalah aku rasa sedih je sekarang,
   hati rasa macam nak menangis sahaja mengenangkan nasib hidup yang tak menentu, orang berkata
syukurlah kau dapat hidup dan bernafas lagi. ye aku syukur cuma aku dah rase letih dengan hidup aku ni banyak halangan teringin nak rasa hidup senang sedikit, contoh hidup yang lengkap tiada masalah.tiada yang dengki dan tiada yang bermusuhan.
    aku cuma nak rasa tenang pemikiran, sekarang rambut aku pun dah banyak gugur banyak fikir.
aku ada cakap lebih baik mati sahaja dari hidup tetapi ada yang marah menyatakan hidup yang diberi ini sekali sahaja tiada ulangan. tetapi jika hidup tertekan lebih baik tiada terus diatas dunia kerana ia boleh menyebabkan perasaan marah meluap dan banyak pekara bodoh yang akan dilakukan.
     sekarang aku mengharapkan sinar bahagia dalam kehidupan aku. paling utama sebenarnya aku
nak kedua orang tua aku dapat menunaikan Haji itu sahaja lah harapan aku.  .......................AKU REDHA

Kenapa sakit hati dengan moto AKU

Pagi-pagi hari siap-siap nak pergi kerja dengan hati yang lapang itu yang aku mahu hari-hari.
  tapi apa kan daya hidup aku ni ada sahaja manusia nak buat aku marah, rosak kan mood aku pagi-pagi
turun sahaja lif keluarkan kunci motor, tetapi sedih melanda motor aku tumbang, patah side miror, agak-agak siapalah beruk yang duduk atas motor buruk aku tu dah la sen sekarang kurang motor aku pula nak dijahanamkan
kan banyak lagi motor parking kat situ kenapa kau pilih motor aku..
  nasib lah motor aku pergi kerja kalaulah moto yang aku punya lagi satu motor mahu aku bercuti mengenang kan nasib dan duit kepada yang melakukannya aku tak maaf kan sampai mati kalau mati hidup balik pun tiada maaf bagi mu. kau dah aniyai aku sekarang dah berapa kali aku kena, sabar pun ada had kalau aku jahat aku santau baru tahu...........macam beruk
aku rasa ini yang duduk atas motor aku

Ahad, 27 Mac 2011

PILIHANRAYA DAN DUIT..................

Sejak dua menjak ini bukan main rancak dalam media mengenai pilihan raya yang akan diadakan
 banyak benda dijanjikan di taburkan oleh mana-mana pihak yang bertanding. itu tidak juga dengan propaganda dan memburukkan antara pelbagai pihak.
  aku ni bukan lah nak berpihak pada mana-mana pihak sebab aku hanya satu pengundi sahaja yang akan mengundi tak luak pun kalau aku undi mana-mana pihak, aku sekarang pelik dan merasa ragu kenapa setiap pilihan raya ada sahaja pihak yang suka menabur janji tetapi tidak kotakan selepas menang pilihan raya,
  dan dari manakah peruntukan itu diperolehi? sedangkan setiap pekara yang dijanjikan dikatakan setiap projek menelan perbelajaan berjuta ringgit malahan melepasi puluhan juta pun ada. dan paling pelik kenapa ada antara projek yang dinyatakan mempunyai nilai yang tidak masuk akal? sedangkan hanya membaiki sebuah tempat yang tidak perlu menelan kos berjuta tetapi jadi berjuta.
  Bagi aku seorang yang masih muda dalam hidup aku cuma mengharap kan satu cadangan aku diterima, iaitu setiap pilihan raya mana-mana tempat sekali pun kurangkan lah, dengan pelbagai aktiviti yang tidak perlu antara contohnya, pemasangan bendera dan poster perlulah dikurangkan kerana setiap kali habisnya pilihan raya ia akan jadi sampah yang menyakitkan mata dan kerugian yang banyak jika difikirkan modal untuk membuatnya. dan lagi satu jangan lah masa dekat pilihan raya sahaja hendak dijadikan masa turun padang melihat rakyat.
selepas pilihan raya hanya duduk di kerusi pejabat sambil mengoyang kan kaki..............

JANGAN BAZIRKAN RAMAI MEMERLUKAN NYA

Rabu, 23 Mac 2011

Nasib Rumah Flat PPRT..............................Menyedihkan......

Semalam aku balik rumah macam biasa tiada apa yang istimewa macam hari-hari selalu
  tetapi sebenarnya kalau orang luar yang biasa duduk rumah teres, mungkin terkejut dengan budaya tinggal di rumah Flat PPRT sebab gaya macam orang kaya mewah tetapi satu sahaja perangai yang kurang sivil masih ada. dulu aku tinggal rumah setinggan sahaja walaupun setinggan bagi aku lebih menarik dari sejak aku tinggal rumah flat ni, dulu masa dekat setinggan kawasan memang sempit tetapi tiada la manusia yang suka buang sampah merata-rata sebab dulu setinggan yang tinggal orang melayu yang kurang kemampuan.dan kebersihan
adalah pekara yang utama kerana memikirkan kesihatan sebab orang miskin tak nak sakit sebab kalau sakit  hilang lah punca pendapatan.....
  tetapi sejak aku tinggal Flat PPRT ni aku rasa terkilan kenapa ramai perangai yang masih diketegorikan zaman jahiliah? buang sampah merata-rata dan lagi teruk corong sampah disediakan di setiap buah unit rumah tetapi kenapa nak buang juga melalui tingkap dan belakang rumah? tiada otak ke? kalau budak-budak orang tua boleh larang ini orang tua buat perangai, kalau aku tegur karang cakap kurang ajar panggil geng suruh pukul orang yang tegur, semua bagi aku memang bodoh. bila sampah dah banyak terabur bau dah busuk komplain pula dekat pihak PBT ( pihak bertanggung jawab ) sedangkan diri sendiri dari dulu tak reti jaga kawasan sekarang nak marah-marah..
  dan mreka tidak sedarkah asal-usul mereka? kalau dah kaya tak payah tinggal rumah PPRT ( projek perumahan rakyat termiskin ) beli sahaja rumah yang besar-besar. sedih aku bila keadaan macam ini berlaku dan paling aku kesian sesiapa yang parking kereta sebab masalah orang buang sampah dari rumah kalau rumah tu satu tingkat mungkin tiada masalah kepada kereta. ini dah la tinggal tingkat 17 baling epal dari rumah kene cermin kereta konpom pecah, jadi siapa nak disalahkan? 
   dan pekara yang penting adalah mengunakan lif. ini tidak dah tahu rumah macam rumah burung tinggi tapi lif dirosakkan macam kera dapat bunga, bila ada masalah lif rosak marahkan kebajikan mereka diabaikan. kepada yang cakap macam tu aku rasa patut mati sahaja, sebab cakap tak guna otak kepada yang tinggal rumah PPRT aku harap saling lah tegur menegur bukan apa untuk kesenangan masa hadapan juga jangan lah nak menunjukkan sikap aku lebih hebat sebat manusia tidak akan hebat selamanya. ibarat sekarang kita pijak tanah tak pandang tanah tapi bila mati ke tanah juga.....sekian terima kasih

Wonderpet boleh kerjasama Manusia tak boleh ke?
 
 
 

Selasa, 22 Mac 2011

Harga barang makin mahal...................Apalah nasib.........:(

Hari-hari harga barang makin mahal bagi aku...... kenapa lah harga makin mahal yee?
  bila di fikir-fikir gaji aku dapat ni untuk tujuan hidup sahaja semata-mata, tiada benda lain aku dapat nak beli
tu laa dulu orang pernah cakap belajar rajin-rajin nanti dah tua kerja senang gaji pun banyak. tapi bagi aku
aku punya hidup dah macam ini nak buat macam mana lepas itu aku fikir kalau lah semua orang pandai kaya siapa nak kerja yang susah-susah? siapa nak jadi kuli? siapa nak jadi tukang sapu? nak ke orang yang belajar sampai master jadi tukang sapu? jadi fikirkan lah..
  bab harga mahal bagi aku kadang-kadang macam tak masuk akal bagi negara malaysia ni. kenapa aku cakap macam ini sebab.....
1-Harga gula naik sebab tiada stock, tapi kilang gula ladang tebu ada dekat malaysia
2-Beras harga naik sama macam gula. stok tiada tapi rasanya malaysia banyak keluarkan beras dan lagi
    satu apa salahnya kalau orang seludup beras Thailand masuk malaysia ni boleh mengurang kan harga beras
3-Minyak petrol naik, bahagian ni memang sensitif sebab bila naik je semua barang harga naik sebab kos
   pengankutan makin meningkat tapi pelik juga malaysia ini dengar banyak minyak dan berkualiti mana pergi
   semua minyak itu? dan minyak apa kita pakai?
4-Minyak masak ni lagi satu benda aku pelik nak kata kita beli buah sawit dari luar tak pula semua berkaitan
    sawit bab tanam penuh dalam malaysia ini? pengusaha sawit dapat duit bukan sikit tapi minyak sawit buat 
    apa? mandi ke?
5-bahan makanan mentah seperti Ikan,Ayam,Daging dan Sayur ini pun aku rasa pelik aku dengar pengusaha 
    tani berjaya ramai tapi tak kan nak bekalkan kepada negara sendiri pun tak cukup? kenapa nak buat
    makan sendiri ke? kalau buat makan sendiri jangan isytihar kan diri anda pengusaha tani berjaya
6-ini lagi aku pelik lagi-lagi nak perayaan harga barang macam khas untuk orang kaya tak masuk akal



baik lah aku malas nak panjang berjela-jela kang sakit hati bertambah pulak yang kaya tetap kaya nampaknya di malaysia yang tercinta yang susah makin merana itu sahaja aku nampak idea kebanyakan bila di fikir panjang sebenarnya banyak menyusahkan jadi redha je lah dengan ketentuan di dunia siapa yang menindas gembira lah mati kubur beza seksa pun lain kan jadi berbahagia lah sebelum anda disiksa...............
PUNCA UTAMA YEEEEE AKU MAHAL

Ahad, 20 Mac 2011

Pesta belon udara putrajaya...............

Hari Jumaat lepas aku luangkan masa melihat pesta belon udara panas di Putrajaya tetapi seorang sahaja :(.........
  seronok juga dapat tengok belon-belon udara panas itu naik cantik-cantik semua nya dari setiap negara
Jepun pun ada walaupun negaranya mengalami bencana tsunami yang paling besar pernah dicatat tetapi ia turut menyertai pertunjukan belon udara panas...........rasa nak naik tapi duit tak ada jadi tengok laaa
sedikit gambar buat tatapan.........


maaf la ye kamera telefon murah,,,,, bila la agak nya aku nak beli kamera yang terbaik sikit ?????????

Jumaat, 18 Mac 2011

Kenapa makin ramai manusia menunjukan diri mereka KEJAM.................

terdetik aku nak taip tajuk diatas ini kerana sejak dua menjak aku tengok youtube..
 ramai antara manusia yang mungkin nak perhatian dunia mmemuat turun video berasaskan 
penyiksaan binatang sehingga mati tidak kira lelaki mahupun perempuan...
  apa maksud mereka melakukan begitu? kepuasan atau perhatian? sudah tiada perasaan manusia lagi ke?
kalu binatang itu untuk dimakan pun jangan lah siksa, kalau dalam islam binatang yang halal hendak disembelih pun tidak boleh mengunakan pisau tumpul dan membunuhnya dengan cara boleh dikatakan merasakan sakit telalu lama sebelum mati.
  pernah kah kita sebagai manusia tahu perasaan hendak menuju ke arah kematian? sakit ke tak?
sedangkan baru deman sikit pun dah mengeluh inikan mati, itu belum mati disiksa lagi ditikam,dikoyak kan kulit, dipijak-pijak, jadi sebagai manusia fikir-fikirkan lah kita diberi akal dan fikiran dan otak kita adalah organ paling atas diletak dalam tubuh kita.
   sedangkan jika kita lihat binatang pun ada perikan kemanusiaan jadi renung-renungkan lah
 dan selamat beramal.......( takda gambar nak letak sebab benda tak perikemanusiaan buat apa nak tunjuk )

satu ayat yang aku rasa kene dengan tajuk aku adalah :
 dalam dunia haiwan tiada berjiwa manusia, tetapi didalam dunia manusia ada yang berjiwa haiwan

Rabu, 16 Mac 2011

Laluan Jalan Motorsikal Di putrajaya..................

Hari ini terpaksa aku lalu jalan motosikal di Putrajaya sebab ada polis dan jpj buat operasi...
  selalu aku tak lalu jalan motor, aku lalu jalan besar.... kenapa aku tak lalu jalan motor dekat Putrajaya......
  ni sebab aku tak suka dan banyak benda, aku tak puas hati pasal jalan motosikal.
antara sebabnya hari tu hujan lebat sangat jadi aku fikir aku lalu je lah jalan motor tetapi nak dijadikan cerita 
  jalan motor macam anak sungai dah lah motor aku buruk je EX5 plug kat bawah aku redah nasib tak jatuh dan motor aku masih boleh berjalan, dan lagi bagi aku jalan motor menampakkan perjalanan rasa makin jauh sebab dengan koner dan terowong berpusing-pusing.
  bab paling penting adalah penjagaan jalan bagi pihak berwajib fikirkan lah sikit kalau nak buat jalan kasi lah seluas satu line jalan kereta ini tidak aku dah ibarat jalan itu macam denai sahaja siap pasir, lubang dan macam-macam lagi mak nenek yang ada, senang cerita kami pengguna jalan raya juga bayar roadtax dan insurans dengan harga tak masuk akal jadi kalau nak sediakan jalan motosikal berikan keutamaan dari ciri-ciri keselamatan sebab kami ada juga keluarga nak sara makan dan minum..
  kepada pengguna kereta hormat sikit kami penunggang motosikal sebab kami manusia sama sahaja
dengan anda ada hati dan perasaan darah sama merah walaupun pangkat,harta dan darjat berbeza darah sama merah dan mati ke tanah juga bukan hantar ke bulan sekian lah dari hati ku.....................................

cantik tak macam haram kalau nak test drift boleh laaa

CIRI-CIRI ANAK MANJA ( ANAK EMAS ).......................

Aku edit balik apa yang aku tulis hari tu sebab mungkin ada yang terasa kot....
 baiklah aku selama hidup ni bukan lah anak manja sebab aku anak sulung dan ada adik-adik lain
jadi selama beberapa tahun aku hidup ini aku tengok banyak ragam manusia ada yang baik,nakal,dan jahat
tetapi masalah sekarang aku tengok ibu bapa zaman moden ni lain macam la didik anak.
  kenapa aku cakap lain macam sebab....
1- Anak tak buat kerja sekolah cikgu marah mak bapa serang sekolah...dah macam sakai
2- anak kurang ajar cikgu juga dipersalahkan sebab tak ajar anak dia orang.....diri sendiri bodoh salah
    orang lain
3- tak soal siasat anak buat apa, mak bapa tahu anak dia belajar pandai sudah la...sikap lepas tangan

itu antara pekara yang terjadi sekarang tak pula bab memanja kan anak, dulu aku masa sekolah mak bapa aku
siap sound cikgu bukan marah cikgu tapi kena kat aku mak bapa aku pesan kalau aku jahat hukum lah dia dengan setimpal .. waa goyang cikgu dah dapat lesen tapi baik juga kalau tak macam tu apa lah aku jadi sekarang..
    sekarang aku nak memberitahu apa akan terjadi jika anak anda terlalu dimanjakan mungkin anda juga dari
kecil sampai besar
1- Kurang ajar dengan sesiapa sahaja yang tidak disukai
2- Merasakan diri mereka betul dan tiada salah kerana bila dulu kecil buat salah mak bapa akan cakap
     dia masih kecil tak salah pun
3- Boros dalam perbelajaan, tak cukup dengan apa yang ada kerana bila tiada minta saja dengan orang tua
4- Malas tapi bila ditegur ia akan menyalahkan orang lain malas juga
5- Berlagak pandai dalam bidang agama konon boleh mengatakan diri sebagai ketua keluarga tetapi diri
     sendiri tidak terurus
6- Berani melakukan pekara yang bodoh, belum kena takpa dah kene jangan merana....
7- Rasa diri itu kuat sedangkan bila sendirian air mata pun boleh menitik

bagi sesiapa yang ada list di atas berubah lah sebab makin lama ia boleh makin teruk ...........sekian harap maaf pada yang terasa.............

kalau anak emas macam ini boleh aku gadai


Isnin, 14 Mac 2011

Hujan dan penungang motosikal............

Aku hari ini nak melepaskan perasaan tidak berapa puas hati kepada pemandu kereta yang bodoh.....
( bukan semua hanya segelintir )
  yang tidak memikirkan penunggang motosikal di waktu hujan, selama ini aku bersabar sehinggalah semalam
hujan lebar dari Putrajaya hingga ke kuala lumpur.
  aku penunggang motosikal bila waktu hujan aku akan berhenti dibawah jabatan yang disediakan
atau stesen minyak yang ada sepanjang perjalanan aku tapi semalam aku malas nak berhenti kerana aku dah basah kuyup tak sempat nak berhenti mana-mana tempat untuk berteduh, sepanjang perjalanan aku rasa sungguh azab kerana ramai pemandu kereta tidak ada perasaan kemanusiaan, fikirkan lah walau pun jalan sesak jangan lah nak guna laluan kecemasan kerana nak cepat ikut lah lorong anda, pemandu kereta perlu fikir kenderaan mereka ada bumbung, ada penghawa dingin ada radio malah jika yang lebih mewah siap dengan dvd player.
  jadi tak payah lah nak tergopoh-gapah bukan seperti penunggang motosikal yang basah tiada apa-apa
keistimewaan di jalan raya, dan pelik bagi aku kenapa kereta mewah tidak reti guna signal semasa nak
tukar haluan adakah kereta itu dicipta tanpa signal? atau pun kereta akan rosak jika guna signal? sedangkan
motor buruk aku pun aku guna signal jika hendak tukar haluan, karang terlanggar penunggang juga yang salah
sebab langgar belakang walaupun pemandu kereta tidak memberi signal..
  dan kepada pemandu kereta mewah atau apa-apa pun jangan sesekali mengatakan AKU BAYAR 
ROADTAX DAN INSURANS LEBIH MAHAL DARI PEMANDU MOTOR KECIL bagi aku engkau fikir la engkau boleh beli kereta mahal roadtax dengan insurans ko nak murah plak apa kes..... aku yang tak ada duit pun bayar roadtax dengan insurans juga tapi tengok lah jenis kenderaan aku motor buruk tu pun bagi aku mahal sebab aku tak mampu banyak benda lain aku nak bayar..
  dan pada kereta yang ada escort polis jangan lah suruh penunggang motosikal ini ketepi semata-mata nak
bagi laluan. jalan dalam negara ini sama sahaja manusia pun sama darah warna merah tak kira pangkat atau darjat jadi fikir-fikirkan lah hormat sedikit pada penunggang motosikal jangan pula berfikiran penunggang motosikal semua jahat mat rempit tapi yang bawa kereta itu nak cop kan sebagai apa? mat sempit..............
minta maaf pada yang terasa......
sekadar gambar hiasan

Ahad, 13 Mac 2011

rumah untuk golongan muda..................satu persoalan?

waaaa sekarang PM dah bagi tahu semua golongan muda sekarang boleh beli rumah dalam harga 
 RM200000 ke bawah, bunyi macam best tapi aku terfikir mampu ke aku nak beli kerja pun tak seberapa, bila aku tengok syarat untuk golongan muda memiliki rumah pertama aku terkejut jugak gaji dibawah RM3000 perghhhhh gaji aku nak sampai seribu pun tak cukup aku rasa golongan pegawai muda yang berkhidmat dalam gred 41 boleh la beli dan  nampak nye golongan cam aku ni konpom tak dapat nak beli.... kalau cakap gaji maksima bawah RM1500 tu mungkin mampu laa dimiliki tu pun kalau tiada hutang lain macam bayar kenderaan lagi pun sekarang kalau nak kahwin pun hutang bank nak bayar dekat bank lagi semua duit,sedangkan bila aku fikir-fikirkan gaji seorang pembantu am pejabat pun di bawah peringkat kemiskinan gaji pokok hanya rm750 tp klu campur elaun dapat la rm1200 tu belum lagi pekerja sambilan dalam kerajaan apa pun tiada keistemewaan gaji hari lepas tu berkhidmat lebih 4 tahun gaji pun tak naik sakit tanggung sendiri cuti tak ada rasanya kalau nak buat sesuatu perubahan dan kesenangan rakyat tanya mereka face to face jangan semata-mata mendengar kata-kata orang yang telah senang sebab ia akan menyusahkan orang lain
yang hidup atas muka bumi malaysia ini
  sekian terima kasih ini hanya luahan hati aku dan hak untuk aku bersuara bukan nak memburukkan keadaan

Khamis, 10 Mac 2011

politikus .....................

Aku ni bukan seorang ahli politik tapi hari ini aku nak menyatakan politik ini kebanyakannya bukan lah baik sangat tidak kira apa pun semua aku nampak hanya kepada kesenangan dan kepentingan diri sendiri, tidak kira lah pembangkang atau pemerintah ( tetapi ada juga yang mempunyai hati manusia )
  bagi aku politik pada zaman sekarang boleh menyebabkan keadaan tidak menentu kerana ia menyebabkan pelaga-lagaan manusia untuk memerintah sesuatu tempat, dan paling aku kecewa lah kenapa sekarang tidak macam dahulu untuk pihak media kenapa ada semacam berat sebelah kepada sesuatu pihak didalam pilihan raya kenapa ia tidak seperti dulu hanya menyatakan selamat mengundi kepada semua? dan jangan lah menyatakan marilah mengundi parti ini atau itu ,
  benda ini sebenarnya bagi aku buat dosa kering jeeee manusia yang celik nampak hanya yang dilitupi dengan wang sahaja yang buta, dan dari segi agama pula bagi aku malaysia negara islam tidak salah digunakan undang-undang islam tetapi bagi yang agama lain gunakan lah dengan sistem sivil kerana apa perlu ditakutkan jika tidak melakukan salah hanya bersalah saja yang takut kepada hukuman
  dengan itu kepada sesiapa sajalah tidak kira pangkat,darjat dan keturunan yang ingin menjadi ahli politik tidak kira dari pihak mana jangan lah rakus dalam hidup.
kalau ia baik akan jadi politik baik kalau kotor akan jadi kotor

( ps/ sebenarnya aku taknak cakap lebih2 bahaya kalau pasal politik ini )