surah

Listen to Quran

Selasa, 12 Mac 2013

Kematian.......iaitu perpindahan

Asalamualaikum semua....
 apakhabar? harap semua sihat selalu........ mesti yg pernah baca blog ak ni tekejutkan tak pernah-pernah aku buat tajuk macam ini tapi hari ni terlintas pula dihati... jadi jari pula rajin nak menaip kat blog ni...
tajuk blog ni aku telintas sebab pagi-pagi ak selalu juga tgk siaran ulangan tanyalah usztad di tv 9 dan semalam tajuk dia pasal kematian..... ramai diantara manusia termasuk ak takut mati ( nak kata ramai tak boleh jugak sebab semua manusia takut mati tapi ada yang cakap berani mati jadi ak taip ramai je la ) tapi semalam dengar ceramah tu aku terpaku apa yg usztad cakapkan kenapa kita perlu takut mati? alasan yang banyak digunakan amalan tak cukup, muda lagi... tapi kenapa semasa hidup tak bual amal ibadat cakap usztad tu balik... asyik ingat hidup je? dan kematian itu kenapa dirahsiakan ini kerana itu adalah rahsia ALLAH sebab dibagikan contoh sekian nama si polan akan mati pada umur 50 tahun jd si polan ini akan tahu 40tahun kita enjoy dulu buat maksiat sampai masa kita taubat lah buat taubat betul-betul.... jadi adakah elok keadaan begitu? usztad itu berkata kita ni ada dua kematian.. 1 kematian kecil dan 2 kematian besar
kematian kecil ni masa kita tidur dan bangun dan kematian besar ini pula adalah tidur tidak bangun selamanya
jadi masa nak tidur bacalah surah-surah lazim supaya tidur kita diberkati kerana masa tidur beberapa peratus roh kita akan keluar dan dijaga malaikat..  dan hakikat kematian ini adalah satu perpindahan kita sebagai manusia dan benda-benda hidup sebelum kita dicipta kita tiada...... kita mula-mula mati sebelum dihidupkan didalam rahim ibu sebelum melihat dunia kemudian sampai masa kita akan dimatikan dan pada hari akhirat kita dihidupkan kembali kita hidup 2 kali dan mati 2 kali..... dan dalam banyak ayat usztad itu katakan jika kita mati harapkanlah matinya kita dalam keadaan sempurna dan elok mati melakukan kebaikan bukan mati kerana keburukan kebaikan antara contoh mati ketika solat, menunaikan haji dan melakukan pekara yang baik bukan sebaliknya seperti merompak, membunuh dan perbuatan maksiat...............