surah

Listen to Quran

Ahad, 22 Jun 2014

Kehilangan yang amat dirasai tetapi ada pengajaran disebaliknya............

Asalamualaikum semua pembaca blog aku yang tak seberapa ni...
  aku sebenarnya sekarang amat sedih sangat sekarang menaip ni pun menitik airmata... mana taknya masih lagi mengenangkan pemergian ayahanda tercinta pada tarikh 15/6/2014...  perginya tidak kusangka bagai angin lalu menyapa diri ku... pada 14/5/2014 sempat juga aku melawat di hospital bertanya khabar abah ku dia menyatakan hanya penat dan masih tak kuat tetapi keesokannya dia pergi tanpa sebarang kata-kata .. dalam pemergian dia baru aku tahu apa guna hidupku sebagai anak dalam hidupnya walaupun bagi ku tugas ini amat menyayat hati tetapi aku terus dengan memandikan jasad terakhir abah ku solatkan dan sehinggalah ke liang lahad,, ( adakala aku terfikir jika tiada anak yang melakukan apakah akan terjadi ? ) dan sekarang aku telah menjadi ketua keluarga tugas yang selama ini digalas oleh abah ku.... amat terasa sukar untuk digalas tetapi dengan semangat dan darah yang mengalir dalam hidup ini adalah darah daging gabungan mak dan abah aku teruskan jua... sekarang ku hanya mampu berdoa moga roh abah diletakkan dikalangan orang yang beriman dan soleh hanya al-fatihah menjadi sedekah kepada abah ku anak mu amat menyayangi mu doa ku sentiasa bersama mu......
abah senyum mu selalu diingatan.........

Khamis, 12 Jun 2014

sukan kementerian kewangan 7/6/2014 ( tarik tali )

Asalamualaikum dan salam sejahtera lama sudah aku tidak menaip selepas menjadi suami ni....
  munkin kerana ada sifat malas dan perut aku pun makin kedepan hahahahahah..( takpa nanti aku kurang makan bnyk2 baru kau taw ) ni nak letak aktiviti sukan kementerian yang berlangsung hari tu... tapi gambar sukan tarik tali je lah yeee ( sebab aku masuk aku up  )  kekuatan seorang badang yang lemau dah ni traning sehari jeeeeee ( mana nak kuat traning pun xsampai sejam ) malas nak ngomel ni tgk gambar yang diambil oleh PA aku ( puan besar ) tapi gambar dia tak da sebab dia blekang kamera hahahahahaha

sampai-sampai dah kena panaskan badan


salam sebelum lawan


peraturan yang susah untuk tahun ini




team lelaki semua serabai dah ni

jadi lah no 3

poyo mcm juara hahahahah

team lelaki dan perempuan


ok lah ni jeee yg nak aku citer hari ni esok-esok aku tak taw lagi bila nak update.........