surah

Listen to Quran

Khamis, 24 Februari 2011

DALAM HIDUP PENUH BEBAN HUTANG............

Hari  berganti hari tapi pemikiran masih lagi di awangan memikir cara untuk meneruskan hidup
  yang penuh gelora tapi pekara dalam otak aku pekara yang aku takut adalah hutang sebab hutang lah
membuat aku hidup gelisah ( kalau orang lain aku tak tahu ) walaupun rm1 tapi aku risau,
  semua benda dalam hidup kena ada duit kalau tak ada duit apa pun tak boleh nak lakukan, ada juga kawan pernah cakap biar pape asal bergaya, jadi buat lah hutang untuk bergaya tu semua karut bagi aku, sekarang pun kahwin pinjam duit dekat bank kalau difikirkan benda ini perlu cuma sempat ke kita habis bayar hutang kahwin tu? boleh ke nak bayar hutang yang lain contoh motosikal,kereta ,rumah dan macam-macam lagi dan bayar hutang cam benda-benda aku sebut ini kalau diikutkan boleh cecah 20 tahun baru selesai bayar sempat ke?
  ada seorang manusia kononnya kuat sangat agama pernah memarahi aku jangan beli barang bayar bulan-bulan
tu semua mengalakan riba kalau nak beli sahaja dengan cash............ lepas itu boleh samakan hidup dia sebab dia beli motor cash, satu jeee adakah engkau beli dengan duit sendiri? halal atau haram duit engkau sedangkan engkau tak kerja mengharapkan bapak seorang pegawai jadi fikir-fikirkan tu semua bukan duit kau jadi cuba lah cari dengan harta sendiri PALING PENTING HALAL.................


 
HIDUP MANUSIA TIDAK AKAN BEBAS HUTANG
hutang duit,hutang budi,dan hutang pahala dalam hidup 

Isnin, 21 Februari 2011

Manakah sinar harapan?????

mencari sinar harapan yang sudah kelam itulah perasaan aku sekarang
 tiada lagi gembira dalam diri aku cuma luaran sahaja gembira tetapi hanya untuk menyembunyikan kesedihan
daripada orang lain.nampaknya tiada lagi harapan ku untuk kembali padanya......
  sekarang aku cuma akan kembali kepada hidup biasa ku bersama memori bersama dahulu aku mengharapkan
dikau bahgia dengan sesiapa sahaja kerana aku tidaklah sebaik mana yang engkau anggapkan.. janganlah menanggis mengenangkan aku, anggaplah aku sudah tiada di muka bumi ini lagi biarkan aku pergi buat selama-lamanya, terima kasih kerana memberiku kasih sayang yang tidak pernah ku kecapi selama hidup aku dan aku meminta maaf jika aku bersalah kepada mu dari hujung rambut hingga hujung kaki. walaupun dihatiku masih lg mengharap tetapi nampaknya ia sekadar harapan.
 apa yang tinggal pada ku hanya luka dihati  yang tiada ubatnya, cuma satu sahaja nasalah bagiku adalah,
apa yang ingin ku katakan kepada kedua orang tua ku? adakah aku patut mendiamkan diri arggggggghh semua ini membuat aku boleh gila.. Hidup ini bagi ku tiada keadilan bagi aku sekarang aku sudah putus harapan sekarang


Ahad, 20 Februari 2011

menyorok perasaan rindu

nak mengeluh hati ini bila memikirkan berapa rindu hati aku pada dia
 tapi nak buat cam mana aku pun dah tak tahu?  tetapi  takpa lah biar saja aku tanggung perasaan ini
nak sorok pon orang lain perasan
  tetapi aku mengharap kan jangan lah harapan tinggal harapan

Rabu, 16 Februari 2011

Mencari Kesenangan,,,,,,,,,,,,,,dalam hidup

pagi yang indah ni terawal sgt aku pergi kerja.........
  tetapi tengah duduk-duduk ni aku berfikir tentang mencari kesenangan dalam hidup, bukan bermaksud nak kaya tapi nak merasakan lapang hati membuat sesuatu pekara dan boleh mencapai apa yang aku inginkan dalam hidup yang tak tentu lama atau pun sekejap..
 persoalan yang selalu aku tanya dalam diri kenapa aku ini selalu kurang duit? kenapa aku takda kereta? kenapa aku tak kerja tetap, apa watak aku hidup atas dunia? adakah cinta seseorang ada untuk aku? semua aku bertanya dalam diri nak tanya kat luar mesti jawapannya.( kau tak usaha ) sedangkan aku usaha tapi tetap tidak mampu melakukan.
  tetapi bagi aku takpa lah walaupun hidup aku begini tetapi aku mengharap kan tidak menyusahkan sesiapa
dan redha dengan hidup ini walaupun ada terguris dengan ketentuan hidup.... :(

Ahad, 13 Februari 2011

Kemaafan ku pohon bukan niat melukakan hati mu.........

walaupun hati ini berat melepaskan si dia tetapi apakan daya kehendak seseorang tidak boleh dipaksa
atau pun digesa kerana tiada tali pengikat antara kita...
  tetapi dalam pahit untuk menerima kenyataan, hidup perlu diteruskan dengan hati yang hampa 
bagaimana pun aku ingin ucapkan terima kasih atas segalanya yang telah diberi kerana aku tidak pernah menerima sebelum ini didalam hidup.
  dan aku ingin menyatakan aku meminta maaf kerana banyak menyusahkan hidup si dia dan aku tidak dapat menebus kesalahan. aku cuma ingin meminta izin semoga si dia membenarkan memori indah bersama dapat aku kenang kan kerana ia amat manis dah susah untuk dilupakan...
  paling penting berbahgialah selalu kerana aku tidak akan menganggu dengan bebelan, kata-kata menikam jiwa 
dan cemburu lagi kerana hati si dia sudah tawar terhadap aku.............
        MAAFKAN AKU

 

 

Khamis, 10 Februari 2011

Sunyi dan sedih perasaanku......... : (

kenapa lah aku rasa sungguh sunyi dan sedih?
  bila aku terfikir kenapa pekara ini terjadi ini mungkin kerana untuk menebus kesalahan lampau atau pun
takdir yang menentukan? aku sungguh sunyi dan sedih, tetapi aku tak dapat nak luahkan kepada sesiapa kerana
bagi aku pekara yang terjadi tetap akan terjadi
  sekarang aku hidup ini umpama watak sampingan sahaja dalam hidup aku sendiri dalam dunia,
kerana sekarang aku sudah rasa makin jauh di tinggalkan dan tiada sesiapa mempeduli kan aku tetapi mujurlah aku masih bersyukur kerana masih ada lagi satu dua kawan yang boleh dikatakan sebagai kawan ketawa sahaja sanggup menemani aku walaupun aku tidak berkongsi masalah aku.
  aku sedih dengan diri aku sendiri kerana aku tidak pandai membahagiakan sesiapa. tiada kehidupan yang lapang bagi aku. dan paling yang aku sedih dan fikirkan adakah aku ini boleh menerima kasih sayang daripada sesiapa?

tetapi aku akan biarkan sunyi dan sedih menjadi dalam hidup aku dan janganlah perkara ini terjadi kepada orang-orang yang aku sayang.........................................KERANA IA AMAT MENYAKITKAN WALAUPUN LUARAN NAMPAK SEMPURNA : (
 
 
 

Ahad, 6 Februari 2011

Rela ku lepaskan..:(

Dalam perhubungan cinta selalunya bukan indah belaka....
  ada kala ia bagaikan sebuah kapal yang belayar di lautan luas kadang-kandang ia tenang dan damai dan
adakalanya ia akan dibadai taufan...hanya nakhoda dan anak kapal sahaja dapat mengatasinya.
   begitu juga dengan cinta tetapi cinta lebih banyak dugaan yang perlu dihadapi untuk mengecapi
kebahagiaan antaranya hati perlu dijaga dan diri perlu bersedia kerana kata-kata manusia lebih tajam dari pisau
yang ada di muka bumi ini. banyak persediaan yang perlu dilakukan untuk membahgiakan pasangan jika ia
tidak di penuhi ia kira tidak bermakna dalam bercinta.
  cinta adalah bermaksud membahgiakan pasangan masing-masing bukan kepentingan seseorang sahaja dalam
hidup berpasangan. tetapi dalam hidup aku, aku terasa amat bersalah menagih cintanya kerana bila makin panjang perhubungan, aku tersedar diri aku tidak layak menerima cinta kerana aku merasakan hidup aku masih terumbang-ambing dalam hidup.
  segala kelengkapan untuk bersama masih tiada lagi ku dapat sediakan. aku sekarang sudah merasakan
aku sudah tunduk mengalah dalam cinta ku sekarang aku amat sedih hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan ku dan apa yang ingin ku kecapi.
  ingin aku katakan kepada yang tersayang aku tetap sayang pada mu tetapi aku ingin kamu tahu apa perasaan ku sekarang kerana aku tidak mampu untuk luahkan dengan kata-kata bila berjumpa. ku inginkan mu bahagia tetapi adakah mu bahagia dengan ku sekarang? adakah aku elok di pandangan mata mu?
dulu pernah ku katakan pada mu jika berjumpa sesiapa yang lebih baik dari ku aku rela lepaskan bukan aku mahu memutuskan hubungan ini tetapi aku ingin melihat mu lebih bahagia daripada apa yang mu akan dapat dari diri ku yang aku sendiri tidak mampu menagungnya..
  sedih hati sesiapa tidak akan tahu, disini aku ingin memohon maaf jika aku tersalah kata kerana aku masih menyayangi mu demi kebahgiaan yang dikecapi

Selasa, 1 Februari 2011

cepat kaya? ape kejadahnye........

bulan 2, 2 hb aku nak nasihat sikit pada sesiapa yang nak ajak aku masuk
 mana-mana SKIM CEPAT KAYA ATAU MLM jangan ajak aku tak minat sebab aku bukan jenis
mulut manis nak buat kerja-kerja macam itu..
 aku nak tanya lah betul-betul benar ke benda ini boleh buat kaya?
sebab aku tengok la kebanyakan nya ajak orang masuk duduk bawah cari orang, apa yang diniagakan?
setiap perniagaan setahu aku ada jual beli selain itu kenapa setiap kali nak masuk jadi ahli atau nak memulakan
skim ini nak kena ada modal besar? dan paling aku pelik kenapa ramai orang MELAYU je masuk skim ini.
  bangsa asing tak nampak pun masuk? bagi aku kalau nak meniaga buat betul-betul ada jual beli ada akad
bukan main air liur jee cari orang bawah dan paling aku benci kepada sesiapa yang rasa dah kaya sangat dalam mana-mana skim tu jgn gedik-gedik tangkap gambar duit bekeping-keping kat tangan klu betul tak payah tunjuk
sebab dah ketegori riak dan takbur klu sekadar tangkap gambar tu namanya menipu.
 fikir-fikirkan lah klu anda meniaga itu cara menipu nampaknya tiada guna lah dapat duit itu sebab haram
dan satu lagi cara menawarkan skim jangan lah cam terdesak buat orang menyampah..
     sekian harap maaf kepada terasa nak kaya silalah sebab benda ni boleh buat putus sahabat
LU PK LAH SENDIRI............