surah

Listen to Quran

Selasa, 31 Mei 2011

Hari Belia Negara

Jumaat 27/05/2011 adalah Hari Belia Negara Perhimpunan Sejuta belia,
  oleh kerana perhimpunan itu dibuat depan pejabat aku bekerja apa lagi amik la masa pergi ronda2
tengok ape yang ada. tapi spoil sikit sebab aku tak gaji lagi jadi aku tengok je laa pe yang ada kang beli barang pe2 mau jugak lepas tu makan pasir heheheheh...........
   banyak jugak pameran yang ada cuma tahun ni kurang sikit dapat goodie bag yang ada pen ( matlamat amik
pen jee ) tapi ok laa dapat la jugak walaupun tak banyak.... dan dsebabkan kawasan tu luas sangat besar dan cuaca panas jadi jalan tak lah sepenuhnya.. yang ok tahun ini ada pameran tentera macam2 kenderaan tentera ada........
 sedikit gambar untuk tatapan semua yang melihat blog ini

proton punya booth ada gadis tuuuu
bakal owner kereta hahahahahah
booth naza dan pilihan moto aku minat yang mungkin mimpi
antara tentera yang tak chat menyertai hahahahahah
ape2 pun yang penting rock mesti ada hahahahaha

ok la malas nak letak gambar banyak2 k ang panjang pulak

Rabu, 25 Mei 2011

Realiti kehidupan pekerja sambilan kerajaan................

     Hari ni aku nak share pengalaman aku sekarang yang hidup kerja sambilan kerajaan 4 tahun..
ramai kata "senang ko kerja kerajaan mesti masyuk" tapi diorang tak tahu ke sebenarnya aku ni kerja sambilan sahaja,  bukan gaji aku  lebih  rm1000 kalau lah tiba dalam satu bulan tu banyak  cuti  rm700 pun tak sampai.
pe mahu hidup, dalam negara yang kononnya akan maju  tapi harga barang terlebih maju dari negara maju.
  dan bila aku cakap macam tu ada pula yang bersuara "ko tak apply ke kerja tak ada ke temuduga" 
ok dengar sini ye bila aku apply tak panggil bila aku temuduga pula penemuduga ini aku pelik kenapa kebanyakan orang yang berasal dari negeri yang boleh dikatakan hidup penuh dengan berlagak dan hanya memilih orang dari negerinya ( datang Putrajaya baru anda akan tahu orag negeri mana yang banyak di sini majoriti hampir 80% mereka sahaja ) dan penemuduga jangan selalu berfikir awak dah kerja kasi la orang lain kerja. ye memang betul kasi orang lain kerja tapi kerja sambilan apa keistimewaan? sakit tanggung sendiri, cuti xada gaji, nak kena buang bila-bila masa boleh, apa yang boleh nak dibuat.
  kalau sesiapa yang membaca fikirkan lah apa yang anda boleh lakukan dengan duit rm1000 itu pun tak sampai
isi minyak je seminggu rm20 tu motor buruk ye nak beli baru tak mampu dan nak beli pun susah sebab payslip gaji tak laku pinjaman bank tak boleh buat dan kalau boleh buat pun nak makan apa lepas tu pasir. kalau yang anda nampak senang tu mungkin dari keluarga kaya, dan rezeki berduit jee turun dari langit atau pun biasa lah siong atau apa2 lagi nak senang.
   aku tahu tiada siapa nak baca luahan hati aku ni tapi paham2 lah kerja sambilan kerajaan bukan senang
aku kerja sebab mengharap ada sinar kehidupan baru seperti yang dijanjikan oleh orang2 atas mempunyai pangkat yang konon akan diserap tapi tu semua tanam tebu tepi bibir manis di mulut pahit dihati..cuma kerja yang aku lakukan ini halal untuk aku kongsi bersama keluarga aku iaitu mak bapak dan adik beradik aku sebab nak kahwin duit tak kan cukup belum masuk malang yang menimpa......................

Ahad, 22 Mei 2011

Bila dekat gaduh bila jauh sebut-sebut.......................( adik-beradik )

Salam isnin yang tak masyuk kering kontang skang tapi ape bleh buat dah nasib badan macam2 menimpa
  aku hari ni bukan nak cerita pasal apa, cuma nak mengambarkan perasaan adik2 aku yang bila
angah dia dapat sambung belajardi UITM , dulu masa dekat rumah aku ingat kerap begaduh ada sahaja yang tak kena gurau2 gaduh, kacau sikit gaduh boleh dikirakan banyak lah adik-adik aku gaduh..
  sekarang kesian pulak aku tengok adik aku selalu sebut pasal angah dia mungkin rindu ataupun sunyi.
sebab tak ada kawan nak gaduh kot hahahahah tapi ape2 pun aku harap dia belajar la betul-betul jangan jadi 
macam aku abang yang haprak heheheh pe sumbangan pada keluarga pun tak ada kot. tu semua aku tak kisahlah janji hidup adik2 aku terjamin masa hadapan aku pun rasa sunyi gak sebab dulu pagi2 aku mesti marah dia sebab lambat pergi sekolah. air dicincang tak kan putus walau pun apa terjadi bersatu juga

kalau adik aku baca ingat pesan ni ............belajar bukan untuk orang lain tapi untuk masa depan sendiri keluarga hanya membantu tak minta balasan

Isnin, 9 Mei 2011

Biarlah diri ku.....................

selepas kemalangan pada hari Jumaat 29/04/11 macam-macam pekara menimpa atas diri aku.
 tapi apakan daya aku kena teruskan hidup walaupun keadaan aku amat tertekan 
kadang-kadang rasa boleh gila dengan semua dugaan yang aku hadapi sekarang, pertama aku tertekan dengan motor aku yang hancus yang memerlukan modal yang memeritkan bagi aku seorang PEKERJA SAMBILAN KERAJAAN, kedua motor ulang-alik aku pergi mencari rezeki pula buat hal bunyi macam orang bertukang aku harapkan tidak lah membebankan aku buat sementara ini sebab tak ada bajet dan yang paling aku fikirkan adalah kesihatan aku, yelah sejak dua menjak aku selepas jatuh aku sakit badan, pegelengan kaki sebelah kanan tidak kuat untuk berdiri pinggang aku kerap sakit dan penglihatan mata sebelah kiri aku makin kabur,
  tapi aku redha sahaja walaupun aku ni ada mempunyai perasaan sesuatu yang tidak puas hati dalam kehidupan sekarang, sebab aku manusia biasa yang bukan baik dari yang baik pernah ada didunia aku cuma mengharap dosa aku dimaafkan didalam hidup ini dan jika hidup aku ini boleh membahgiakan keluarga aku. aku tidak kisah dan aku harap ia diteruskan kerana biar lah hidupku ini dapat mebahgiakan keluarga dan rakan-rakan aku walaupun aku bersedih...................................... kerana aku merasakan aku tiada sumbangan lain selain cuba mengembirakan orang lain dan kepada yang tidak gembira aku pohon maaf dan kepada yang rasa pernah besalah dengan aku, aku maafkan semua.............. 

Isnin, 2 Mei 2011

Penat dan semput................

Hari pertama bekerja dalam bulan mei ini......
  walaupun dah cuti 3 hari sebelumnya, tetapi bagi aku cuti tiada makna sebab aku tak berapa
sihat, aku tiba-tiba semput. penat dan tak larat melakukan apa-apa.
  hari ini pun sebenarnya aku masih semput nafas aku macam sangkut-sangkut tah kenapa lah pekara ini terjadi
letih dibuatnya, tapi bila difikirkan aku kene kerja cari sesuap makanan, jadi aku teruskan hidup aku walaupun aku sekarang umpama kuatkan pada jasad tetapi dalam aku lemah tak bermaya, aku berharap untuk sihat dan tidak menyusahkan sesiapa.......................:( :(