surah

Listen to Quran

Isnin, 30 September 2013

catatan hati.....

Asalamualaikum semua.....
harap sihat-sihat selalu, sebenarnya aku tak ada idea nak taip apa-apa cuma aku terasa sedih dengan apa yang berlaku atas diri aku... ( sedih memanjang je kan ) biasalah soal hati semuanya tersimpan tanggung sendiri...... tak lama lagi umur aku cukup 27 tahun dan tahun ini banyak mengajar aku erti kedukaan dan kesedihan yang menimpa diri aku.... adakala posting dulu-dulu aku ni nampak macam aku ni periang........( periang lah sangat ) tapi banyak dalam ketegori lakonan untuk mengawal kesedihan dihati...
  untuk mengawal kesedihan ini aku cuba melawati dalam memori indah zaman sebelumnya.. rasa amat indah
bagai ingin kembali balik kepada zaman itu.. tapi yang lepas tetap akan pergi.. ada bahgia dan ada yang derita.. sekarang aku rasa derita itu tapi kena kuat lah jugak sebab aku ni anak sulung dan banyak lagi tanggungjawab ( kuat-kuat masuk habuk jugak mata aku ni )....... tapi walau bagaimana pun aku sorok rasa sedih ni, ada juga yang perasan dan nasihat.. yang selalu aku dengar nasihat mereka adalah setiap penderitaan itu pasti akan datang bahgia........ cuma tak tahu bila ( ermmm aku terima je lah ).. tapi sejak dua-menjak ni walaupun hati ni merana aku boleh pula banyak idea berpantun.... tapi semua duka-duka je lah antaranya yang aku buat sendiri

Teluka hati tiada berdarah...
Terluka tubuh boleh dilihat...
Jiwa hati terasa parah....
Diri mengharap mendapat berkat..

Ketika sayang tidak ditinggal...
Bila benci diri dimaki...
Bagai jasad roh ditanggal,,,
Tiada hati bagai mati....

Menangis keluar air mata,,,
Sedih terasa tidak terhingga,,,
Tiada ucapan selain kata...
semoga diri mu berbahgia,,,,

Dalam hati ada taman...
Taman dihati tidak dijaga..
Masa lalu sudah berzaman...
tinggal sendiri tiada bersapa,,,,,

sebenarnya banyak lagi cuma malas nak keluarkan kalau keluar boleh buat buku heheheheh ( konpom tak laku )......... apa-apa pun aku sekarang cuma nak tenangkan diri sebelum aku pergi... hahahaha..
ok lah malas nak mengarut lagi
 waalaikumusalam.......

Jumaat, 6 September 2013

Harga minyak petrol naik hati aku terasa dan ku luah dengan jari menaip di blog......

Asalamualaikum semua...
  hahahah agak panjang pula tajuk entri aku hari ni... bukan apa cuma luahan je apa yang aku terasa,,
pasal minyak naik 20sen ..... orang kata 20sen jeee bukan 50sen pun.. orang yang cakap macam ni sebenarnya amat kurang bijak... 20sen seliter bukan maksud harga tu kalau kita isi minyak rm10 cuma tambah 20sen.. dan kerana minyak petrol ni naik harga barang pun aku terasa naik antaranya teh ais dulu rm1.80 sekarang rm2 punah rasanya.. gaji aku bukan banyak pun.. walaupun aku ni kerja kerajaan tapi aku ni kontrak gaji cuma dalam rm1060.00 bawah paras kemiskinan tu dah berkhidmat 7 tahun.... ( ermm... kejap aku fikir apa nak taip lagi,,, ) ..........pada manusia yang tidak merokok jangan pula marah pada perokok.. jika perokok marah pasal minyak petrol naik... dengan ayat " beli rokok boleh isi minyak tak boleh " alasan  aku jangan marah kerana bila hargo rokok naik tak melibatkan dengan kenaikan harga makanan dan macam-macam lagi pekara yang perlu dibayar... pernah ke dengar harga ayam naik kerana rokok harga naik? tak pernah kan.......... dan rokok yang dihisap tak tentu semua hisap mahal ada yang hisap rokok seludup cuma pesan aku jaga kesihatan kalau boleh berhenti merokok ( termasuk aku hahahah ) sekarang nak pergi kerja.. naik ex5 isi penuh minyak kalau betul-betul kosong rm8 dari dulu rm6 amat terasa...

p/s: amaran pada MLM jangan pasal entri aku ni nak suruh aku join aku tak berminat penipu hahahahahah geng-geng MLM pun menyalak pasal minyak dan ini jadi modal kau tarik perhatian orang yang buta hati nak kaya



Isnin, 2 September 2013

gambar sepupu aku khawin 31/08/2013 ..... Ipoh perak

hari ni nak share sikit gambar sepupu aku kahwin yang belangsung pada 31/08/2013
    semoga mereka berbahgia ke anak cucu.... asyikin dan faridul.......












ni je lah gambar yang aku dapat ditangkap