surah

Listen to Quran

Selasa, 13 Disember 2011

Sendiri lagi..................

Sudah berapa lama hubungan aku terputus dengan pasangan aku............. aku rasa dia marah sangat dengan aku dan benci pada aku kerana perangai aku yang tidak menentu dan ada kala mementing kan diri dan tidak mengambil berat tentang dia sehinggakan satu balasan masage pun tidak dibalas, tapi takpalah aku terima segalanya ini sebab aku tidaklah sesempurna yang di inginkan, aku mengharap kan dia sihat dan bahagia selalu. apa-apa pun aku ingin ucapkan terima kasih kerana dahulu berjaya membuka hati aku untuk bercinta kembali dan tahniah juga dapat menutup serapat-rapat pintu hati ku untuk menerima cinta, dahulu aku takut untuk menerima sesiapa menjadi cinta hati ku kerana aku sedar diri aku tidak seelok orang lain diluar sana yang mempunyai apa yang diingginkan, dan sekarang bila hati ku dibuka dan ditutup kembali mungkin aku rasa aku akan terus hidup aku dengan cara yang amat berbeza dari sekarang, apa-apa pun hidup aku yang sedih ini aku akan lalui dengan tabah biarlah apa yang belaku aku rela , bukan aku tidak mahu membuat keputusan tetapi ada kala keputusan itu harus lah orang lain tentukan kerana setiap keputusan yang dilakukan ada baik dan ada buruknya..................aku akan menyendiri dan teruskan hidup yang masih ada ini untuk ahli keluarga aku selagi aku bernyawa didunia ini..............

Rabu, 7 Disember 2011

Sedih mengenang nasib hidup..................

Sudah bertahun hidup tetapi masih lagi merasakan banyak kekurangan hidup yang dilalui....... perasaan sedih selalu hadir dalam hati yang kecil ini adakala peneman kesedihan adalah air mata sahaja,  hendak diluah tidak tahu pada seiapa, banyak pekara yang difikirkan antaranya kerja, jodoh dan bagaimana hendak meneruskan kehidupan ini, perasaan cemburu dan marah ada sahaja terlintas dihati tika melihat rakan sekerja lain mempunyai jawatan yang tetap, gaji yang dinaikan dan pelbagai kesenangan yang dikecapi mereka tetapi bagi menghalang perasaan itu aku akan berfikir bahawa itu rezeki mereka mungkin aku akan dapat pada suatu hari nanti, walaupun dalam hati meronta2 mengatakan tidak, berkenaan jodoh aku sudah tidak lagi menaruh harapan kerana aku sedar diri aku bukan lah seorang yang elok utk dijadikan pasangan aku tak punyai apa2  yang ramai wanita lain hendakkan aku tidak punyai harta, rupa paras yang menarik dan pelbagai lagi kekurangan pada diri aku , kerja, kerja dan kerja adakala bagai tidak dihargai melakukan kerja yang hanya mampu untuk makan sahaja pekara lain tidak mampu, ada juga teringin hendak membuat pekara yang mendatangkan wang dengan banyak tetapi tidak tahu cara, dan aku risau jika cara yang diambil adalah pekara yang boleh membawa pekara dosa, sebab aku memikirkan umur yang tidak tahu panjang atau pendek ini menampung dosa sebagaimana rupa tak kan aku ingin menambahkan nya lagi jika hendak meluahkan lagi aku rasa amat panjang biarlah tamat disini...........................................

Selasa, 6 Disember 2011

Masa jangan rugikan..............

Semakin kita lama hidup semakin banyak masa yang pernah kita lalui kita tinggalkan adakala masa yang kita tinggalkan itu penuh bermakna adakala ia tidak membawa faedah. tetapi sedarkah kita masa yang kita lalui itu menunjukan masa kita hidup di dunia ini semakin singkat, kita sebagai manusia banyak membuang masa dengan pekara tidak berfaedah, tapi ramai antara kita tidak fikir perlunya masa yang ada untuk kita, jangan lah kita berfikir semasa muda adalah masa untuk besuka ria sahaja dan masa tua adalah masa membuat amal kebaikkan sesungguhnya dalam surah AL"ASR ada memberi tahu berkenaan masa


 Demi masa,Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.

jadi kita sebagai manusia hendaklah kita mengunakan masa itu dengan sebaik2nya yang diberi kepada kita.........

Selasa, 29 November 2011

TANDA 100 HARI.........

Semalam aku ada tengok drama yang mengisahkan tanda-tanda kematian sebelum 100 hari, cerita ni bagi aku amat menginsafkan sedih dan macam2 perasaan , Aku bukan nak menceritakan drama itu tapi nak kongsikan tanda-tanda 100 hari sebelum kematian.......tanda yang diberi oleh ALLAH hanya diberikan kepada semua umat islam dan yang dikehendakinya cuma samada mereka sedar ataupun tidak.........

1..Tanda 100 hari...
     Lazimnya berlaku selepas waktu asar, seluruh anggota badan akan terasa getaran seakan-akan mengigil
akan tetapi getaran yang enak tidak sakit, kepada  mereka yang tidak sedar mereka akan hanyut dengan kenikmatan dan tidak memikirkan pasal kematian. manakala pada mereka yang sedar itu adalah peluang terbaik menguruskan pekara terakhir didunia sebelum meninggalkannya....
2..Tanda 40 hari..
     Tanda ini juga belaku selepas asar , kita akan terasa denyutan di pusat, pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas arash ALLAH. dan ketika ini malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan akan memulakan persediaan keatas kita dengan mengikut kita kemana sahaja, adakala malaikatmaut akan memperlihat wajahnya sekilas pandang dan membuat kita kebingungan seketika
3..Tanda 7 hari..
    Tanda ini nampak dilihat pada orang yang ditimpa musibah seperti sakit daripada tidak mahu makan ia akan makan dengan penuh selera secara mendadak..
4..Tanda 3 hari..
     Pada ketika ini kita akan merasakan denyutan ditengah dahi antara dahi kanan dan kiri, dan ketika ini jugalah boleh dilihatkan mata hitam sudah tidak mempuyai sinar, hidung pula dapat dilihat makin jatuh dan dapat dilihat dari sisi kiri manakala telinga dapat dilihat layu dan hujung telinga masuk kedalam. telapak kaki juga menunjuk kaki apabila ia jatuh kedepan dan sukar hendak ditegakkan....
5..Tanda 1 hari..
     Selepas waktu asar kita akan merasakan denyutan belakang dikawasan umbun2 ketika itulah tanda yang menyatakan kita tidak akan sempat untuk asar keesokannya......
6..Tanda akhir....
     Waktu yang tiba.. ketika ini  kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. pada ketika ini kita hendak lah mengucap khalimah syahadah menunggu saat terakhir kita dijemput menghadap ALLAH..........

Kita sebagai manusia apabila kita mati putuslah hubungan kita dengan dunia hanya amalan,sedekah ,ilmu yang berguna dan anak soleh menjadi bekalan kita disana. dan perlu diingat kematian tidak mengikut umur ALLAH tidak akan melewatkan sesaat kematian seseorang dan tidak akan mempercepat kematian seseorang...... semoga kita sedar hidup didunia ini hanya sementara
   
     

Isnin, 21 November 2011

Hujan adalah rahmat...............jgn dicerca

Sekarang musim hujan tak tentu masa hujan adakala cepat berenti adakala lama laa jugak tp waktu2 macam ni lah aku lihat banyak mulut manusia mencerca hujan, mungkin pekara ini terjadi pada aku juga secara atau tidak sengaja atau pun sengaja antara lah ayat yang pernah aku dengar adalah " adoi hujan plak menyusahkan betul "  bila kita berkata begitu dapat lah dosa sebenarnya sebab hujan ini diturunkan adalah rahmat jika tidak hujan panas nanti komplain jugak kan , dan kita fikirkan lah sedikit kita hari2 mandi kan pokok bunga ramai orang siram tp pokok2 yang besar dalam hutan tu xde sape pun nak siram jadi hujan lah menyiramnya, dan air hujan juga lah jadi sumber minuman kita dan hujan bukan lah hari2 turun jadi sabarlah cuba kita renung hujan tu dan kita lihat pada diri kita, kita diturunkan ALLAH ke bumi supaya menjadi manusia berguna sejernih air hujan yang turun dan ia akan dicorak pelbagai warna kehidupan ada yang baik ada juga yang buruk sama juga seperti hujan ada yang jatuh kebumi
antara doa yang patut kita bacakan semasa hujan turun....................
                                                          
اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا   
maksudnya; Ya ALLAH jadikan ia hujan bermafaat
 
 

Rabu, 16 November 2011

GK= GILA KUASA..........DI PEJABAT

sejak dua hari ni aku tak puas hati jee kat seorang mamat tua yang mula gila kuasa tunjuk diri tu baik sangat, bodek pegawai dan macam2 lagi lah.........wei agak2 laa aku tak kacau kau pasal pe plak ko nak kacau aku jangan sampai ko punya kerja taik aku kasi pecah besepai semua taik tu kat ko... ayat ko yang paling aku benci aku nak ubah orang jadi baik kasi cermin laa muka ko tu baik sgt ke dah laa bodoh sampai water filter untuk air panas pun ko yang patahkan ingat aku tak tau kerja ko lepas tu salahkan orang lain xguna punya manusia. sedar lah skit ramai orang dah benci ko kat opis ni pasal perangai ko nak report pasal kerja orang, kerja ko tu org masih xamik port klu dah tak tahan ramai halau ko......dan lagi satu klu laa ko baik sgt pasal pe ko selalu hilang? ko pergi mana? nasihat kepada kau jangan jaga tepi kain orang jaga kain sendiri sebab nanti kain orang yang elok tambah elok kain sendiri koyak rabak ...........................

Isnin, 7 November 2011

Insaf laaa NABI tak mengaku umat nanti.............

Sejak dua menjak ni kecoh sgt pasal sex bebas dan songsang ni............ dan paling hangat skang siap nak buat perhimpunan plak.............. uyoooo rosak sungguh akhlak manusia skang nasib laa batal. tp aku rasa manusia jenis ni buat gak tapi tempat lain dan tersorok. aku kadang2 pelik kenapa pekara ini terjadi? syok sgt ke buat sex songsang ni sedangkan binatang pun xbuat inikan manusia ada akal dan fikiran. klu agama lain tu aku tak paham laa pemahaman dorang pasal sex songsang ni tapi bagi aku agama islam pekara ini dosa besar tuuu NABI tak mengaku umat. pk laa wahai manusia yang terjerumus dengan pekara ini apa faedah yang anda dapat? kepuasan sementara........ atau saja2 nak test neraka hahahahah ( mana ada test2 neraka masuk je klu buat dosa ) pada lelaki yang jadi gay tak ke gila lubang taik ko rodok kotor tu siot, cer test amik taik tu selet kat hidung mesti best kan hahahahah, lagi satu tak ke gila nak lawan pendang ke hahahah jd pada sapa yang gay tu insaf laaaa, kepada lesbian plak pempuan dengan pempuan ni pun musykil pe yang dorang buat cuci mencuci je ke atau pakai sayur2 sayuran ni semua gila DAN BAGI AKU PALING GILA PENGANJUR PERHIMPUNAN TERSEBUT ada ke patut ko bleh kata untuk hak golongan tersebut sebagai hak asasi manusia  pk laa manusia normal tak da sebegitu rupa dan dalam agama mana pun aku rasa xde hak untuk mcm tu, tu ketegori hak luar tabie yang bodoh blajar je tinggi sampai jadi peguam tp bangang belori-lori dan pada golongan gay atau lesbian klu laa nak ada hak kawin sejenis pk laa mcm mana ko nak dapat anak? pakai sperm pe ? kuda...... pakai telur ape? ayam hahahah bodoh laa wei dan klu yang kata ambil anak angkat waaaa ni perosak peringkat awal jadinya..................mungkin pe yang aku tulis ni ada kelucahan dan kekasaran tapi kalau sapa2 sedar tu pulang lah kepangkal jalan SI BODOH YANG MENGANJURKAN PERHIMPUNAN SEBEGITU SEBENARNYA ADALAH UNTUK MELUCUTKAN NEGARA MALAYSIA SEBAGAI AGAMA RASMI ADALAH ISLAM.....................................

Rabu, 26 Oktober 2011

Kerja diutamakan dan aktiviti lakukan masa terlapang?

Dalam hidup ini kerja mestilah diutamakan kerana kerja adalah sumber rezki kita nak makan nak beli barang dan macam2 lagi berkaitan duit tapi satu pekara yang aku tengok aktiviti dilebih kan kerja ala kadar duit nak lebih fuhhhhh............ gemok laaa, jika kita nak buat kerja buat dulu sampai habis lepas tu nak pergi mana pun tak kisah. takda sape pun bleh nak sound klu kena sound pun leh jawab xde goyang punya dan klu kerja berkumpulan pk kan kawan2 lain jgn pk diri sendiri jeeee. klu ni terjadi kat kumpulan aku laa dah lama kene terajang. nasib laa kumpulan aku ni baik2 tapi pe2 pun tunggu......................... kita tgk apa akan terjadi aku skang nak jadi penonton jeee untuk kumpulan lain mesti akan jadi satu pekara punya tak caya ikut lah. tadi aku ada ckp kat sorg ko tak payah laa ot ko nak buat aktiviti, muka marah mcm tak puas hati......xpe lah marah nanti kumpulan ko bersuara padan muka ko hahahahahah rasanya tiada pulang ke pangkal jalan...............

Isnin, 24 Oktober 2011

Duduk sorang2..............

Cet.............. hari ni aku tunggu sorg2 kat opis dah laa sorg campur sunyi memang terbaik, tapi xpe laa aku redho je laaa tapi kdng2 terkilan jugak dulu ada kes bukan main pungpang nak marah orang tapi bila sendiri buat sama jeeee........ hahaha aku rasa klu laa dia duduk sorg mesti gila, aku ni pun hampir nak gila menunggu duduk sorg ni nasib laa hati ni masih lg tgh rilek harap jangan laa kena kacau lagi.......... xpe lah aku bpk positif yang dah kawin balik aku tak kisah sbb ada tanggungjawab..........yang bujang ni mcm mana klu aku berdua cantik laa ni sorg ni skang goyang gak....tapi xpe lah mungkin diorang letih, maybe dorg sakit perut ke mungkin ada sale tiket wayang ke pe2 pun aku rela jee laaa

sodih pun ada ni............... :(

Rabu, 19 Oktober 2011

Senang atau Kaya.........mana pilihan

Dalam hidup manusia ramai yang ingin mengatakan aku ingin hidup kaya, aku ingin hidup mewah tapi benarkah bila kita kaya kita senang dalam hidup ini? mungkin ya atau pun tidak..... ya mungkin sebab bila kita kaya kita boleh dapat apa yang kita nak sebb berduit, xda duit nak beli gula2 pun tak dapat.. tapi bagi aku pula aku nak hidup senang sebab bila dah hidup kaya dan mewah ni aku risau ye lah sebab dah banyak duit apa yang aku nak boleh aku dapat tak kira dosa atau pun pahala. senang maksud yang aku inginkan hidup ini tiada beban hutang mampu membeli benda yang dikehendaki itu sahaja...... paling penting ialah jika kaya atau senang adalah tidak menyusah orang jika boleh kita membantu menyenang kan orang................

Isnin, 17 Oktober 2011

Terima kasih sudi menyambut hari lahir ku............

15/10/2011 hari lahir aku yang ke 2+, aku fikirkan aku telah dilupakan sebab macam takda apa2 yang belaku,  sedih rasanya tapi tak di sangka masih ada yang ingat iaitu kekasih aku sharimah. terima kasih diucapkan kerana mengingati dan menyambut bersama walaupun hanya kita berdua. terubat rasa pilu

kek aku yg ke 25

Khamis, 13 Oktober 2011

suku abad hidup aku......................

umur aku sudah menjangkau suku abad dah ni... tapi perasaan sedih makin menyelubungi tiada pun perasaan gembira lagi, aku dah tak larat lagi nak menangis dalam hati ni, tapi apa yang boleh aku lakukan sekarang adalah teruskan hidup selagi aku bernafas. aku tak dapat membahgiakan sesiapa dan aku makin sedih dengan hidup aku. aku sekarang bagaikan dilupakan, ditinggalkan dan dibiarkan oleh sesiapa yang rapat dengan aku dulu mungkin aku ada salah dengan diorang ape2 pun jika aku ada lakukan salah aku mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. mungkin saki baki umur aku tidak panjang lagi mana lah kita tau kan

biarlah aku sedih supaya orang lain gembira itulah harapan aku sekarang..............

Isnin, 3 Oktober 2011

Jangan menjadi racun.....................

Hari ni sahaja aku taip kan tentang pekara ini. bukan pasal racun haiwan serangga ataupun racun tumbuh-tumbuhan. tetapi racun yang ada dalam diri kita sebagai manusia... manusia ini sebenarnya boleh menjadi racun dan penawar tetapi penawar bagi racun untuk zaman sekarang amat berkurangan. hidup manusia beracun sebenarnya susah hendak kita lihat hanya sekali imbas atau sekali pandang tetapi ia umpama sejenis racun yang akan menghapus kan sesuatu dengan secara pelahan-lahan. tetapi kepada manusia yang mempunyai sifat racun berbanding penawar fikirkan lah. kita manusia, hidup kita tidak akan selalu menang akan kalah juga satu hari nanti, jika kita merasakan didalam diri kita adalah racun buangkannya dahulu kerana walaupun racun itu adalah isi dalam badan kita ia tidak bermaksud racun itu tidak akan menghakis bekasnya ia akan memakan diri juga suatu hari nanti, dan jika anda racun segeralah cari penawar yang boleh memberi ubat penawar dalam diri jangan lah pula kita menaburkan lagi racun pada orang lain............ ia boleh membawak keaadaan amat buruk masa hadapan

Selasa, 27 September 2011

Jangan sedih................

Jangan sedih kita tidak berjumpa, mungkin satu hari kita akan berjumpa...................
Jangan sedih tiada rezki, mungkin satu hari nanti ada rezki untuk kita...........
Jangan sedih mencari rakan, mungkin kita akan jumpa rakan yang boleh bersedih dan gembira..............
Jangan sedih dengan hidup ini , mungkin ada hikmah sebaliknya.............
jangan sedih  pabila apa yang kita harapkan tidak kesampaian mungkin satu hari kita akan dapat apa yang kita usahakan..............

walau apa pun kesedihan yang kita alami hadapi lah tenang setiap pekara yang belaku ada hikmahnya dan sinar harapan kerana ALLAH maha adil kepada makhluknya.......................


Isnin, 19 September 2011

Ingat kematian semasa hidup........................

Mati...... ramai bila dengar perkataan itu ada yang buat tak kisah dan ada yang mengatakan tengah hidup ni berseronoklah sebelum mati.... tetapi pernahkah kita fikir apa itu rasa mati dan apa terjadi jika mati? Hidup di dunia sementara tetapi selepas mati dunia yang akan kita hadapi adalah dunia selama-lamanya...pernahkah kita ketika hidup ini memikirkan rasa sakitnya mati? apa yang kita ada setelah mati? dan bekalan kita semasa mati?
sekarang kita hidup tetapi kita tidak tahu bila akan mati..... mati tidak kira usia muda atau pun tua, ALLAH merahsiakan mati ini adalah kerana untuk melihat sejauh mana amalan yang kita lakukan selama kita hidup ini, jika kematian diberitahu nescaya ramai akan bertaubat sebelum mereka akan mati,
   sakit menjelang kematian juga tidak tergambar apabila malaikat maut mencabut nyawa tetapi, NABI pernah
bersabda maksudnya: bahawa Rasulullah S.A.W mengingatkkan tentang mati dan keseksaannya iaitu kesakitan mati adalah sakitnya 300 tetakan pedang...... masyaallah sakitnya sedangkan bila kita fikirkan baru sahaja terkena setitik air panas kita sudah melompat inikan tetakan pedang sebanyak 300 kali bayangkan begitu perit nya....
 ada juga menyatakan kepada yang berbuat baik kesakitan semasa mati dikurangkan tetapi kepada sebaliknya pula kesakitannya amat lah kuat disentap serta merta...... bayangkan sakitnya........menangung apa pekara yang pernah kita lakukan.................jadi semasa hidup ini kita ingatkan pe akan terjadi semasa kita akan mati, cukupkan amalan kita? mampukah kita menanggungnya? dan pekara duniawi yang kita akan tinggalkan.................

Rabu, 7 September 2011

perit tekak............... : (

Huhuhuhu. serabut lak aku hari ni makin teruk aku punya sakit tekak skang, dah tiga hari belarutan ni nak pegi klinik malas plak , hari ni yang terburuk aku xleh nak cakap sebab makin teruk sakit nya apa2 pun sabar je laaaa dugaan hidup  sape2 ada petua share laa ye hehehehehe

Jumaat, 2 September 2011

Ops SIkap.................. Jgn Salahkan Penungang Motor sahaja

Aku tiap2 tahun raya balik kg naik motor xnaik keta pun sebab aku sorang, klu naik keta jalan sesak...
  lagi pun jimat, tapi setiap tahun bila ada perayaan mesti ada ops sikap dan paling mengecewakan bila
penungang motor telibat sahaja dalam kemalangan yang dituduhnya penungang motorsikal bawa laju , mat rempit dan macam2 lagi.................wei pikir sikit cuba tanya diri tu dulu kenapa dia kemalangan? aku tahun ni balik hari ahad malam 28/08/11 dari pengamatan aku walaupun banyak jugak orang yang bawak motor ni balik malam tu aku tak lah nampak motor cub duduk line 3, paling selalu line 1 dan kenapa mereka duduk line 1 bukan line kecemasan sebab banyak lakhanat ulat tube tayar cari duit haram dengan menyusahkan orang, dan kepada pemandu kereta jangan lah nak bawak kereta tu dah macam peluru , dalam hujan pun macam taik bawak laju nak mampus ingat sorang je ke nak raya ramai gak yang nak raya, dan peringatan kepada kereta2 mewah dah beli mahal2 tu kasi laa signal klu nak memotong dan nak masuk simpang, beli je kereta mahal signal pun tak reti bagi kenapa jimat bateri ke klu jimat beli je kereta murah signal pun boleh kasi.................lagi 1 yang tak pernah bawak motor tu jangan pandai cakap jeee menyalahkan penungang motorsikal, rasa dulu baru tahu pengalaman anda akan alami.................

Khamis, 25 Ogos 2011

Kg Kerinchi dalam kenangan ................: (

Hari ni 26/08/2011 genap 10 tahun tragedi pahit yang belaku semasa aku sekolah lagi.
 iaitu rumah yang aku telah dilahir dan aku membesar terbakar. sedih rasanya mengenangkan peristiwa itu
nak menangis pun ada, walaupun aku tinggal kawasan setinggan dulu aku rasa masyarakat dekat sana lebih elok dari tempat aku tinggal skang, luluh hati aku mengenangkan apa yang terjadi, rasa bagaikan semangat aku patah masa itu, banyak juga lah barang yang tidak dapat diselamatkan tapi apa2 pun aku bersyukur semua ahli keluarga aku selamat. tp bagi aku skang pekara yang terjadi tetap akan terjadi dan kena terus kan pekara yang depan

                       Dalam kenangan kg kerinchi : (


Dulu kawasan yang nampak seperti hutan itulah kawasan rumah aku dan jalan raya ini tempat aku dan kawan2 main
Kawasan flat tempat bermain selepas mengaji dulu



Ahad, 21 Ogos 2011

Sesaat tidak lewat, Sesaat tidak akan awal.........................

Pada 18/08/2011 aku menerima kejutan bahawa perginya pakcik aku selamanya dari dunia ini.
sedih rasanya, sayu sedangkan memikirkan hari raya bakal tiba tak lama lagi tapi ALLAH lebih
menyayanginya. yang tidak aku sangka adalah pergi nya adalah amat mengejut hari isnin masuk hospital kerana pengsan selepas sedar 2 hari kemudian dia penat dan terus meninggal pada hari khamis, apa2 pun ia adalah ketentuan ajal dan maut semua ketentuan dari tuhan, ia telah tetapkan tidak akan lewat sesaat dan tidak pula akan awal sesaat cuma kita sahaja tidak tahu tarikhnya......dan bila aku fikirkan kembali arwah nenek sebelah mak aku juga meninggal sehari sebelum raya, sebelah bapa aku juga pada bulan puasa..............ku mengharapkan mereka semua diberkati dan dimasukan kegolongan yang baik dan memasuki syurga.........AL_FATIHAH

Khamis, 11 Ogos 2011

Sebelum teringin...........

Bulan ramadhan ni banyak sangat ragam manusia yang " tak nak puasa "...............
banyak sgt alasan, gastrik laaa , tak larat laaaa dan macam-macam lagi alasan,
pada yang betul-betul sakit tak apa tapi pada yang sihat walafiat.. boleh kerja tu puasa jee bukan susah, yang aku pelik kenapa bila time puasa tak nak puasa bila time tak bulan puasa boleh pulak tak makan sehari sebab duit xda,
dan lagi 1 kepada yang tak puasa hormat lah orang puasa tak kira laa muda atau pun tua,
yang tua tunjuk kematangan diri bukan ketumpulan dalam diri, yang muda berubah laa dari buruk kebaik. dan kepada yang tidak berpuasa fikirkan lah umur kita tidak panjang dan bila-bila masa boleh mati, klu tak mati lagi kita akan tua dan tua jangan selepas ini kita akan rindukan puasa dan paling penting sembahyang. sebab bila dah mati memang bye-bye dunia dan bila tua mesti sakit dan akan terkenang kenapa lah aku tak puasa kenapa lah aku tak sembahyang masa sihat.............

Ahad, 7 Ogos 2011

Menang selalu bukan indah...................

minggu kedua bulan puasa ni saje je aku taip pasal tajuk diatas...
hati suruh taip dah lama tapi buat tak tahu jee.. skang ada masa. rajin laaa aku taipkan.....
sebenarnya aku ni nak mengingatkan kepada yang selalu ingin menang tak nak kalah walaupun pekara yang remeh-temeh. pada yang selalu nak menang diingatkan jangan tidak fikirkan baik buruk dalam kehidupan ini. kehidupan kita umpama roda kadang2 diatas dan kadang2 dibawah jadi setiap kemenangan yang kita kecapi kita fikirkan apa dulu keburukan yang kita lakukan jika tiada baru anda berjaya sebenarnya. tp jika sebaliknya anda kalah........dan kalah pula jangan merasakan lemah. ada kalah untuk kebaikan bukan kalah itu satu kelemahan jika kita lemah kita bangkit dan terus kan usaha. apa2 pun tekadkan dalam diri walau apa terjadi diri aku tidak akan menyusahkan orang tetapi jika boleh aku ingin membantu orang

Ahad, 31 Julai 2011

Selamat puasa semua.............

Pagi2 dah sampai opis bulan puase ni.
  sebab klu lepas sahur sambung tido konpom bangun pukul 10pg punyalah hehe........
tapi aku sahur hari ni xbrapa menjadi lepas mkn je aku muntah balik ni mungkin perut tak terima kot mkn
pagi2 sgt. apa2 pun kepada semua umat islam diatas muka bumi ini diharapkan sihat dan puasa yeee.....
jgn main2 puasa xelok.. bukan susah pun puasa tahan makan kejap jeeeee.... dan petang kang jgn plak nak membazir beli makanan utk berbuka macam tak makan setahun jimat2 untuk persiapan benda lain plak......
  selamat berpuasa semua

Rabu, 27 Julai 2011

Keinginan menambah kesedihan,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Kenapalah pekara ini terjadi apa yang aku inginkan tak dapat lagi.
  Aku nak kawin,aku nak berkereta dan nak jadi seorang yang berguna, paling penting dalam
banyak pekara MLM jgn masuk campur dalam hidup aku. korang nak menipu untuk kaya silakan tapi jangan dengan aku. Skang aku serabut sebab aku ni bila laa nak kawin, duit nak save bukannya senang gaji xlah besar
mak bapak aku bukan orang kaya, dan aku pun xnak  kawin orang tua aku bayarkan? orang tua aku kawin pun simpan duit sendiri tp lambat laa kawin umur 30 baru kawin. klu posisi aku plak aku ni anak sulung lelaki, adik2 semua blaja, bapak aku dah pencen agak2 lepas ke adik aku nak blaja? jadi aku laaa yang kena. tapi xpa lah aku sedar diri aku ni sapa. dan kepada yang tak memahami senang jer nak diberitahu................

hidup senang susah seseorang kita tak kan tahu sbb dia bukan diri kita dan kita tak tanggung dan sama juga tiada siapa paham diri kita klu dia bukan diri kita hanya kita sahaja memahami

mungkin hanya mimpi  :(

Isnin, 25 Julai 2011

Masa susah berkawan...........Senang lupa kawan.....

Dalam hidup ini berkawan adalah satu pekara yang mesti akan belaku.
  tetapi banyak dalam berkawan pelbagai ragam akan kita jumpa. ramai orang kata kawan masa senang
boleh jumpa dan bila susah tiada siapa sudi berkawan. tetapi bagi aku, kawan yang susah aku tetap bekawan cuma masalah bila mereka senang mereka akan lupa kan kawan. mereka akan cari kawan yang boleh enjoykan diri mereka. tapi terus terang aku memang terasa tetapi ingat nanti kalau ada masalah cuba lah pergi kepada kawan yang boleh besuka ria tu.
  Dan ingat lah kepada yang rasa dah senang, hidup ini umpama roda. sekarang kita diatas besama rakan
yang boleh besuka ria besama anda yang senang, tetap sekali jatuh fikirkanlah.............diri sendiri memahami

sahabat suka-duka selamanya susah dicari

Khamis, 21 Julai 2011

Bila laaa nak urut.............sakit badan nii..........

Hari ni lemau dan lemah-lemah badan aku.
  Nampak je aku macam ok tapi tanggung sakit ni. maybe sebab aku tak pergi urut selepas 2 kali 
jatuh motorsikal, aku bukan tak nak pegi urut tapi tak jumpa orang yang boleh urut.
   kang pergi pusat urut plak aku tgk semacam jee............ taknak aku pergi, jadi sekarang sakit laa 
letih ngan lemau urat belakang aku macam kembang jeee rasa..... pe2 pun tahan laaa sabar je laaaaa nak wat cam ne, nak cuti sedar taraf hidup aku cam ne jd kerja jee nak duit sebelum passaway hahahhahaha
biarlah dalam sakit aku ni ada gembira lagi selagi boleh tahan dan kuat terus kan ...................... 


bahagian yg aku sakit skang 

Isnin, 18 Julai 2011

tebuan oh.......tebuan sakit woooooo...........

Oh tebuan kenapa laa aku jadi mangsa. ni la sekarang aku rasa.
 sejak aku kerja putrajaya dah banyak kali aku kena sengat tak kira laa dengan tebuan atau penyengat.
ada yang aku bleh tahan ada gak aku kalah. tapi tahan jelah hari isnin lepas aku kena sengat kali ni aku kalah sikit sebab tebuan besar tuu aku tgk bisa yang dia tinggalkan mcm jarum peniti.
  Dan paling aku serabut adalah aku ni kerap sgt kena tebuan masa pergi kerja kat putrajaya.
klu kira2 lebih dari 5 kali tu. klu spiderman konpom tambah kuat ni aku nak jd beeman ke hahahahhahaha
pe2 pun dah nasib xbleh wat pe................pasrah jeeee

bukan main dah tembak aku relek

Ahad, 17 Julai 2011

Bukan semua orang sama.............................

Selama kita hidup diatas muka bumi ini mesti kita ramai mengenali orang yang disekeliling..
  Ada yang baik dan ada juga yang buruk. tetapi ramai antara kita suka menyamaikan seseorang dengan
orang lain. itu semua adalah pantang bagi aku kerana kehidupan aku dan orang lain berbeza dan juga orang lain berbeza, tiada yang sama, kalau semua sama dunia ni tiada kepelbagaian dan ragam manusia.
  Antara pekara yang aku tak suka adalah apabila seseorang perempuan mengatakan semua lelaki sama.
kalau lah lelaki semua sama adakah ayah , abang dan adik anda sama dan begitu juga kepada perempuan adakah anda gembira bila ada lelaki mengatakan semua perempuan sama?
  Jadi pekara ini kita, jangan menyatakan terus sahaja kerana ada yang masih bersama kita.
tidak semua pekara adalah sama dan setiap ciptaan ada perbezaa walaupun seseorang itu kembar seiras tetapi ada karekter yang berlainan

Isnin, 11 Julai 2011

Perasaan celaru...................

Kenapa lah hari selasa ni aku rasa macam nak marah, tak puas hati ngan geram..
  rasa nak marah aku ni meluap-luap rasa cam sape yang buat salah siap laaa. tp aku tak tahu kenapa
aku jadi macam ni? nak kata bersebab xda sebab nak kata ada sape2 salah, tak jugak, aku jadi makin serabut.
mungkin masalah hidup aku yang buat aku celaru dan marah.
  tapi pe2 pun aku cuba kontrol marah aku skang , tapi sape2 yang buat aku makin marah skang memang
aku nak kasi kaki je kat muka

argghhhhhhhhhhh

Selasa, 5 Julai 2011

Adakah diri anda seorang yang baik..............?

Sebagai manusia kebaikan dalam diri adalah yang terpenting.
  tetapi ada segelintir manusia merasakan diri mereka terbaik tetapi tidak sebenarnya. jika kita ingin tahu kebaikan kita mesti bertanya kepada orang yang selalu melihat dan dekat dengan kita. seperti keluarga dan rakan-rakan, bukan diri sendiri menilai kita yang terbaik. 
 jika kita malu atau segan bertanyakan kepada orang lain termasuk keluarga kita, cermin
diri kita adakah kita cukup baik untuk menyatakan diri kita baik atau sebaliknya
dibawah 10 soalan yang perlu dijawab secara jujur oleh anda................................


soalan..................................
1. JUJURKAH aku kepada orang-orang sekeliling?
2. Berbudi bahasakah aku ?
3. PERNAH MENGUMPAT TIDAK AKU?
4. PERNAH MENGATAKAN KEBURUKAN ORANG LAIN KAH AKU?
5. Ikhlaskah aku melakukan sesuatu pekerjaan bukan untuk mendapat balasan?
6. ADAKAH AKU CUBA MENCARI KESALAH ORANG LAIN JIKA AKU MELAKUKAN 
    KESALAHAN?
7. Adakah aku pernah melakukan FITNAH ?
8. ADAKAH AKU MEMBUKA AIB KAWAN AKU?
9. Sabarkah aku?
10. PALING PENTING BERTANYA PADA DIRI. JIKA AKU KUAT BERIBADAT KEPADA 
     TUHAN MELAKUKAN SURUHANNYA, ADAKAH AKU HENDAK MELAKUKAN PEKARA
     YANG TIDAK ELOK?

soalan diatas ini diri sendiri boleh jawab.
paling utama soalan 1 jika anda jujur anda akan dapat jawapan dalam diri anda, JIKA KITA TIDAK JUJUR SEBENARNYA KITA TIPU DIRI KITA

Isnin, 4 Julai 2011

Malang oh.......malang

Hari ini malang betul bagi aku. dah laaaa tengah serabut memikirkan pasal duit..
 kene langgar kereta pulak adeh............sakit stress aku bleh gila dibuatnya............rasa nak menjerit pun ada
dah la sakit badan kemalangan dulu tak habis lagi. tambah pulak dengan sakit aku sebab jatuh terhentak mujur lah tak luka-luka..calar kat lutut sikit jee. motor plak ade yang pecah-pecah........
  pe laaa............... nasib gila dibuatnya.............






Selasa, 21 Jun 2011

Hati kawan susah jaga.......................

Setiap manusia mempunyai hati dan perasaan.
  tapi dalam banyak-banyak hal paling susah adalah menjaga hati kawan. ini kerana kawan adalah
antara orang yang paling rapat dan kita kenal, walaupun kita sudah kenal kawan kita berpuluh tahun sekali pun, hati masing-masing tiada siapa yang tahu.
  macam aku, walaupun muka ni legend tapi hati kiut ( hahahahah ), aku boleh begurau dengan kawan-kawan
kasar pun boleh tetapi dalam bergurau ada sesetengah isu sensetif bagi aku, ye lah aku kan manusia mesti ada perasaan kalau tak ada perasaan aku ni bukan benda hidup betul tak?
  Tapi aku pun tahu kadang-kadang aku bergurau pun ada mengeluarkan kata-kata pedas, sebab bila manusia dah ketawa semua kata-kata merupakan pekara yang remeh ( tak caya cuba ) mesti tekena gak. jadi kepada kawan-kawan yang terasa dengan aku mintak maaf aku pintakan, sebab hati dan perasaan seseorang manusia tiada siapa yang tahu hanya tuan badan sahaja merasakannya..............

Isnin, 6 Jun 2011

Terasa hati bukan tidak sayang...................

Dalam bercinta mesti banyak suka-duka bersama dan ia akan menjadi memori untuk selamanya.
  dalam percintaan apa yang penting adalah persefahaman dalam tempoh pekenalan dan penjagaan hati
pasangan masing-masing, tapi apakan daya manusia diciptakan berbeza watak,gaya dan rupa bentuk. contoh muka brutal ganas tetapi hati kuntum mudah terasa lembut hati, ada muka suci lembut tetapi hati keras bagai batu. tapi itu sebenar lumrah manusia.
  bagi yang jenis mudah terasa hati mereka bukan tidak sayang kepada pasangan yang mempunyai gurauan berbisa cuma ia akan merasa rendah diri dan malu kepada pasangannya dan ia akan megambil serius apa pasangan mereka katakan kerana ia amat menyayanginya dan ingin berusaha memperbaiki walaupun ia tahu ia tidak akan mampu melaksanakannya. oleh itu kepada sesiapa yang mempunyai pasangan yang nudah terasa hati jangan lah bila mereka menyatakan perasaan terasa hati ataupun sedih mereka ingin memeutuskan hubungan tetapi mereka amat menyayangi

Selasa, 31 Mei 2011

Hari Belia Negara

Jumaat 27/05/2011 adalah Hari Belia Negara Perhimpunan Sejuta belia,
  oleh kerana perhimpunan itu dibuat depan pejabat aku bekerja apa lagi amik la masa pergi ronda2
tengok ape yang ada. tapi spoil sikit sebab aku tak gaji lagi jadi aku tengok je laa pe yang ada kang beli barang pe2 mau jugak lepas tu makan pasir heheheheh...........
   banyak jugak pameran yang ada cuma tahun ni kurang sikit dapat goodie bag yang ada pen ( matlamat amik
pen jee ) tapi ok laa dapat la jugak walaupun tak banyak.... dan dsebabkan kawasan tu luas sangat besar dan cuaca panas jadi jalan tak lah sepenuhnya.. yang ok tahun ini ada pameran tentera macam2 kenderaan tentera ada........
 sedikit gambar untuk tatapan semua yang melihat blog ini

proton punya booth ada gadis tuuuu
bakal owner kereta hahahahahah
booth naza dan pilihan moto aku minat yang mungkin mimpi
antara tentera yang tak chat menyertai hahahahahah
ape2 pun yang penting rock mesti ada hahahahaha

ok la malas nak letak gambar banyak2 k ang panjang pulak

Rabu, 25 Mei 2011

Realiti kehidupan pekerja sambilan kerajaan................

     Hari ni aku nak share pengalaman aku sekarang yang hidup kerja sambilan kerajaan 4 tahun..
ramai kata "senang ko kerja kerajaan mesti masyuk" tapi diorang tak tahu ke sebenarnya aku ni kerja sambilan sahaja,  bukan gaji aku  lebih  rm1000 kalau lah tiba dalam satu bulan tu banyak  cuti  rm700 pun tak sampai.
pe mahu hidup, dalam negara yang kononnya akan maju  tapi harga barang terlebih maju dari negara maju.
  dan bila aku cakap macam tu ada pula yang bersuara "ko tak apply ke kerja tak ada ke temuduga" 
ok dengar sini ye bila aku apply tak panggil bila aku temuduga pula penemuduga ini aku pelik kenapa kebanyakan orang yang berasal dari negeri yang boleh dikatakan hidup penuh dengan berlagak dan hanya memilih orang dari negerinya ( datang Putrajaya baru anda akan tahu orag negeri mana yang banyak di sini majoriti hampir 80% mereka sahaja ) dan penemuduga jangan selalu berfikir awak dah kerja kasi la orang lain kerja. ye memang betul kasi orang lain kerja tapi kerja sambilan apa keistimewaan? sakit tanggung sendiri, cuti xada gaji, nak kena buang bila-bila masa boleh, apa yang boleh nak dibuat.
  kalau sesiapa yang membaca fikirkan lah apa yang anda boleh lakukan dengan duit rm1000 itu pun tak sampai
isi minyak je seminggu rm20 tu motor buruk ye nak beli baru tak mampu dan nak beli pun susah sebab payslip gaji tak laku pinjaman bank tak boleh buat dan kalau boleh buat pun nak makan apa lepas tu pasir. kalau yang anda nampak senang tu mungkin dari keluarga kaya, dan rezeki berduit jee turun dari langit atau pun biasa lah siong atau apa2 lagi nak senang.
   aku tahu tiada siapa nak baca luahan hati aku ni tapi paham2 lah kerja sambilan kerajaan bukan senang
aku kerja sebab mengharap ada sinar kehidupan baru seperti yang dijanjikan oleh orang2 atas mempunyai pangkat yang konon akan diserap tapi tu semua tanam tebu tepi bibir manis di mulut pahit dihati..cuma kerja yang aku lakukan ini halal untuk aku kongsi bersama keluarga aku iaitu mak bapak dan adik beradik aku sebab nak kahwin duit tak kan cukup belum masuk malang yang menimpa......................

Ahad, 22 Mei 2011

Bila dekat gaduh bila jauh sebut-sebut.......................( adik-beradik )

Salam isnin yang tak masyuk kering kontang skang tapi ape bleh buat dah nasib badan macam2 menimpa
  aku hari ni bukan nak cerita pasal apa, cuma nak mengambarkan perasaan adik2 aku yang bila
angah dia dapat sambung belajardi UITM , dulu masa dekat rumah aku ingat kerap begaduh ada sahaja yang tak kena gurau2 gaduh, kacau sikit gaduh boleh dikirakan banyak lah adik-adik aku gaduh..
  sekarang kesian pulak aku tengok adik aku selalu sebut pasal angah dia mungkin rindu ataupun sunyi.
sebab tak ada kawan nak gaduh kot hahahahah tapi ape2 pun aku harap dia belajar la betul-betul jangan jadi 
macam aku abang yang haprak heheheh pe sumbangan pada keluarga pun tak ada kot. tu semua aku tak kisahlah janji hidup adik2 aku terjamin masa hadapan aku pun rasa sunyi gak sebab dulu pagi2 aku mesti marah dia sebab lambat pergi sekolah. air dicincang tak kan putus walau pun apa terjadi bersatu juga

kalau adik aku baca ingat pesan ni ............belajar bukan untuk orang lain tapi untuk masa depan sendiri keluarga hanya membantu tak minta balasan

Isnin, 9 Mei 2011

Biarlah diri ku.....................

selepas kemalangan pada hari Jumaat 29/04/11 macam-macam pekara menimpa atas diri aku.
 tapi apakan daya aku kena teruskan hidup walaupun keadaan aku amat tertekan 
kadang-kadang rasa boleh gila dengan semua dugaan yang aku hadapi sekarang, pertama aku tertekan dengan motor aku yang hancus yang memerlukan modal yang memeritkan bagi aku seorang PEKERJA SAMBILAN KERAJAAN, kedua motor ulang-alik aku pergi mencari rezeki pula buat hal bunyi macam orang bertukang aku harapkan tidak lah membebankan aku buat sementara ini sebab tak ada bajet dan yang paling aku fikirkan adalah kesihatan aku, yelah sejak dua menjak aku selepas jatuh aku sakit badan, pegelengan kaki sebelah kanan tidak kuat untuk berdiri pinggang aku kerap sakit dan penglihatan mata sebelah kiri aku makin kabur,
  tapi aku redha sahaja walaupun aku ni ada mempunyai perasaan sesuatu yang tidak puas hati dalam kehidupan sekarang, sebab aku manusia biasa yang bukan baik dari yang baik pernah ada didunia aku cuma mengharap dosa aku dimaafkan didalam hidup ini dan jika hidup aku ini boleh membahgiakan keluarga aku. aku tidak kisah dan aku harap ia diteruskan kerana biar lah hidupku ini dapat mebahgiakan keluarga dan rakan-rakan aku walaupun aku bersedih...................................... kerana aku merasakan aku tiada sumbangan lain selain cuba mengembirakan orang lain dan kepada yang tidak gembira aku pohon maaf dan kepada yang rasa pernah besalah dengan aku, aku maafkan semua.............. 

Isnin, 2 Mei 2011

Penat dan semput................

Hari pertama bekerja dalam bulan mei ini......
  walaupun dah cuti 3 hari sebelumnya, tetapi bagi aku cuti tiada makna sebab aku tak berapa
sihat, aku tiba-tiba semput. penat dan tak larat melakukan apa-apa.
  hari ini pun sebenarnya aku masih semput nafas aku macam sangkut-sangkut tah kenapa lah pekara ini terjadi
letih dibuatnya, tapi bila difikirkan aku kene kerja cari sesuap makanan, jadi aku teruskan hidup aku walaupun aku sekarang umpama kuatkan pada jasad tetapi dalam aku lemah tak bermaya, aku berharap untuk sihat dan tidak menyusahkan sesiapa.......................:( :(

Ahad, 24 April 2011

kata-kata tanda dan kemalangan ...............

Hari jumaat lepas adalah titik hitam bagi aku kerana telibat dalam kemalangan.
  kemalangan yang menyebabkan aku dimasukan ke hospital. sakit jangan dikatalah hanya Allah sahaja 
yang tahu.
  kemalangan terjadi semasa aku hendak pergi kerja dekat Putrajaya. sepanjang perjalanan semua keadaan
elok sahaja tetapi di satu selekoh putrajaya yang menuju persint 2 rupanya ada minyak dijalan. aku yang mebawa motor dalam kelajuan 100-120km/j tidak dapat mengelak dan tayar depan aku mengelepar dan aku tidak dapat mengawalnya dan tayar belakang aku telah tegelincir.
  aku jatuh amat jauh dari masuk simpang hingga keluar dan motosikal ku hancur sebelah kanan.
tetapi aku bersyukur kerana aku selamat dan pakaian menungang aku dikirakan lengkap.
   tetapi selepas kemalangan aku terkenang sesuatu yang bagi aku selalu terjadi sebelum kemalangan 
antaranya sebelum hari kejadian aku bersungguh-sungguh nak lepak dengan kawan-kawan tetapi tak dibuat
dan aku ada hantar pesanan ringkas kepada kawan aku " esok aku takda lepak dah buat jangka lama "
  dan hari kemalangan aku bagai meningalkan semua keperluan aku seperti jam, cincin dan paling ketara 
minyak wangi pun aku tak pakai. semangat membawa moto kesayangan aku sahaja yang meluap dan bukan motor selalu aku pergi kerja.
  sekarang motor rosak nak kos baiki rm1000 pening nya........ handset pecah duit jugak tu.......
banyak betul nak guna duit gambar ada tapi dekat member kalau ada masa aku upload :( :( :( :(
 

Rabu, 20 April 2011

Sihat ke cara hidup K.I.T.A..................

Rakyat Malaysia ini berbilang bangsa berbilang agama.
 dengan itu negara ini memang unik dengan pelbagai jenis kebudayaan yang dapat dilihat
terutama dengan pemakanan seharian masing-masing.
  dan sejak 2-3 hari lepas aku ada melihat televisyen yang ada mengatakan sekolah dilarang menjual
nasi lemak kerana boleh menyebabkan obersiti dalam istilah lain kegemukan. bagi aku kenapa pekara ini baru hendak dibangkitkan? adakah nasi lemak sekarang lebih lemak dan nasinya adalah beras siam yang harganya murah dari nasi lemak dahulu atau pun nasi lemak dahulu memang tiada rasa lemak kerana mengunakan susu sejat tanpa lemak? semua ini bagi aku mengarut umpama satu benda digali tetapi tak dapat nak tutup gali yang lain.
   sekarang paling utama adalah ubah cara pemakanan bukan terus melarang jualan. nak makan boleh
tapi disertai dengan aktiviti yang boleh menyihatkan, zaman dahulu diikutkan kurang pasal kes obersiti sebab cara hidup sebenarnya, tak kira tua atau pun muda, cuma zaman sekarang makan cara zaman dahulu kerja pula duduk di depan meja pegang pen bukan seperti dulu pegang cangkul,
  Dan bukan itu sahaja sekarang bahan makanan penuh dengan bahan-bahan kimia yang
merbahaya seperti perwarna dan perasa boleh meyebabkan sakit

akhir kata pilih gaya hidup sihat kita akan sihat

nasi lemak cukup kenyang kalau makan baca bismillah

 

Isnin, 18 April 2011

PLKN memori indah..............KISANA BEACH RESORT SIRI SATU 2004

Tengah lepak-lepak kat pejabat ni kerja kurang teringat pula zaman PLKN dulu.
  seronok pun ada yelah walaupun dah 6 tahun tinggalkan memori tu masih lagi aku simpan.
masa mula-mula nak pergi tu memang malas, mana tak nya dah la aku kena campak dekat kelantan member pun tak ada, dan lepas sekolah kira dah gila nak start cari kerja nak merasa ada duit sendiri .
tapi apa-apa pun aku rela pergi tapi hari pertma je naik bas aku dah dapat kawan sebab satu kepala
ayat pertama yang dia tanya ada lighter aku pulak tanya dia ada rokok dengan itu berkawan hahahahaha kira jahat jugak lah masa tu.
  dah penat seharian dalam perjalanan sampai la dekat kem dulu kem tak macam sekarang pakai katil lipat
askar je, almari tak ada pakai laci je dia kasi tidur bukan dalam bangunan tapi dalam khemah askar klu time hujan lebat memang best konpom khemah bergoyang lagi satu kem kisana ni dekat pantai memang terbaek la kalau waktu hujan,
  dan lagi terbaik aku ni dicampak dalam kumpulan c ( chalie ) kumpulan yang bermasalah hahahaha
lambat bangun, aktiviti tak hadir dan macam-macam lagi tapi tak bestnya aku kena PLKN kat kelantan tak dapat campur dengan perempuan dapat tengok pun jauh-jauh. nak minat pun tak kesampaian hahahah biasa lah budak-budak masa tu. ada je hati nak mengorat nak bercinta hahahaha tapi apa-apa pun aku happy dekat kem.
     tapi dulu lain kem 1 bulan 1/2 dekat pengajian tinggi pulak 1 bulan 1/2 jugak aku kena dekat UITM SHAH ALAM tu duduk dalam bilik ada katil cuma kat sana ramai la brader-brader kononnya jaga budak-budak PLKN belagak tapi takpa sebab diorang merasakan tua kot sebab tu belagak.

     Kepada rakan-rakan yang terbaca BLOG ini aku harapkan heppy selalu dengan hidup sekarang
kenangan dahulu menjadi kenangan geng-geng yang kenal aku dengan panggilan ultraman,feimau dan hafiz
gambar nanti aku cari balik :)

Ahad, 17 April 2011

Kiamat permulaan ( kecil ) ditunjukkan marilah kita sedar ..........

Kiamat kecil telah banyak belaku tetapi ramai yang masih buat tak tahu.
  lebih lagi kepada umat islam mari kita lihat pekara Kiamat kecil yang telah berlaku supaya kita
sedar dunia ini bukan akan kekal selama-lamanya................

1- Penaklukan baitulmaqaddis
2-  Zina bermaharajalela  
3- Pemimpin yang terdiri dari orang yang fasik dan jahil
4- Bermaharajalela alat muzik 
5- Menghias masjid dan membanggakannya 
6- Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
7- Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
8- Ramai orang soleh meninggal dunia 
9- Orang hina mendapat kedudukan terhormat
10- Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalinya sahaja
11- Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
12- Bulan sabit kelihatan besar
13- Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
14- Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
15- Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
16- Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkatan biasa
17- Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
18- Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
19- Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk 
      rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.                                         
20- Akan terdapat banyak pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam   
      masyarakat.
21- Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan 
      dengan yang rapat dan disayangi
22- Orang akan melakukan homoseksual.
23- Akan terdapat ramai anak luar nikah.
24- Berkurangnya sifat amanah
25- Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
26- Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
27- Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
28- Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
29- Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
30- Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
31- Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
32- Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
33- Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
34- Memandang rendah kepada darah
35- Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih 
      besar)
36- Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
37- Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
38- Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
39- Banyaknya berlaku gempa Bumi
40- Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
41- Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
42- Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
43- Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat

semua pekara yang telah dicatatkan telah berlaku tetapi ramai yang belum menyedari atau mungkin sudah menyedari tetapi membuat tidak tahu ingat lah walaupun sedetik tiada siapa dapat mengelak dari kematian dan kiamat...............................

Rabu, 13 April 2011

Pantang larang orang dulu-dulu dan maksudnya.........

Dalam hidup orang melayu ada sahaja pantang larang kadang-kadang maksud lain tapi orang dulu punya 
  ayat bukan main mengerikan sampai putus jari laa. pasal kematian laa dan banyak lagi hari ni sahaja nak kongsi 10 pantang larang.............
apa salahnya hepy2 sikit

1- Jangan menyanyi masa memasak nanti kahwin orang tua-- hahaha tak sanggup aku tapi sebenar  
     yang dimaksudkan jangan menyanyi  masa memasak adalah  supaya masa menyanyi air liur tu tak la 
      menyembur dalam masakan ........
2-  Jangan duduk atas bantal nanti bisul  - pergh sakit tu bisul kalau kena kat buntut susah nak duduk
      tetapi sebenarnya tak elok duduk atas bantal sebab kita baring atas bantal mana la tau tengah duduk 
      kentut pula lepas tu baring tak naya bau kentut dekat kepala hahahah
3-  Jangan tunjuk pelangi nanti putus jari- ini betul-betul ngeri tunjuk pelangi pakai jari pun boleh putus 
     jari bahaya tapi bila difikirkan ini sebenarnya menasihat kan anak supaya tak keluar rumah kerana pelangi        selalu terjadi bila hujan panas nanti demam siapa yang susah.....
4- Jangan makan banyak tempat duduk nanti kawin banyak- waaaa ni best bagi lelaki kalau 
     perempuan aku  tak tahu best ke tak tp kalau betul cantik. hahahah saja gurau makan banyak tempat ni    
     tak elok sebab  kalau la jenis makan terabur macam budak-budak tak ke letih nak kemas kan tempat 
     yang dia pindah
5- Makan nasi sampai habis kalau tak menangis nasi tu- pekara ini sebenarnya untuk kita jangan
    membazir bukan semua orang mampu makan nasi setiap hari tapi kalau nasi tu betul-betul nangis aku terus
    tak makan hahahahah 
6- Nasi kat bibir besepah nak dapat anak tiri- ni dah kira pakej ni hahahahah ni untuk penampilan
     tak kan la nak makan sampai nasi penuh kat bibir nampak sangat tak pernah makan hahahahah
7- Jangan potong kuku waktu malam nanti kuku rosak- pekara ini sebenarnya ada betul juga tetapi 
    ramai yang potong kuku waktu malam kerana tiada masa tetapi orang dulu tidak benarkan sebab dulu 
    risau potong waktu malam sebab mata kita malam tak terang, lagi pun dulu ada tempat tak ada lampu mana
    la tahu masa potong kuku potong sekali isi-isi yang ada
8- Mandi dulu baru makan kalau tak jadi kerbau- ini ayat memang kasar cakap jadi kerbau hahahaha 
    tapi ayat yang terselindung di sebalik kata-kata tu adalah bila kita makan lepas tu mandi selalunya mesti  
    lapar dan perangai tu sama je macam kerbau jadi segar kan badan mandi lepas tu makan.....hehehhe  
    jangan jadi kerbau..................
9- Perempuan mengandung dilarang lalu bawah ampaian nanti anak gagap- bab anak gagap ni aku
     no komen tapi kita pun tahu ampaian pakaian bukan tinggi pun manalah tahu tersangkut leher kat
     tali ampaian tak kan susah ini semua soal keselamatan
10- Anak dara jangan nak melawa waktu malam nanti tiada seri- ini aku sokong anak dara buat apa 
      malam lawa-lawa? malam nak tidur kalau malam pun nak pakai cantik-cantik buat apa ni mesti ada benda 
      baik ni hahahahahahah

semua di atas ini adalah antara yang aku pernah dengar dan bila difikirkan ada betulnya walaupun kadang ayat yang diberikan ngeri...........
ini pantang jumpa buah hehehehehhe

Isnin, 11 April 2011

Lelaki tempatan VS Lelaki asing.............mana pilihan Perempuan?

Hari ni aku terdetik nak taip pasal tajuk diatas pasal aku ada terbaca dalam surat kabar
  berkenaan kes ini, dan ada ramai perempuan sokong mengatakan lelaki tempatan kurang baik dari lelaki asing.
Wahhhhhhhhhhhh hebat sangat ke lelaki asing sehingga ada perempuan tempatan sanggup cakap macam tu?
ape yang hebat cer citer....cer citer?..nak jugak teman tau.
   ramai sangat ke lelaki asing yang hebat ? betul ke hebat ? sebenarnya aku nak kata tak kisah ada jugak
kisahnya sebab aku tak nak la kawin dengan orang asing kalau boleh orang tempatan.sebab salah satu nya kalau lah time raya takkan aku nak kawin dengan orang eskimo jauh tu nak balik raya time dia. hahahahaha..........mau tiap2 tahun masa time balik kampung dia aku kena bakor kena bakor..hahahha..
  bagi aku lah serius ni hehehe kalau nak kawin dengan orang asing pun pandai-pandai lah pilih pasangan..
dalam agama pun tak marah klu nak kawin orang asing cuma seagama laa ye jangan pulak agama lain-lain tu bahaya...lagi satu jangan lah memandang rendah lelaki tempatan memang tak dapat disangkalkan perempuan lebih ramai pandai sekarang cuma pandai sahaja dalam diri tak guna kalau tak pandai mengawal diri.
  jangan percaya 100% lelaki asing sahaja boleh mebawa kebahgiaan kita tengok berapa ramai yang dulu gila
dengan lelaki asing lari kenegara mereka akhirnya merayu nak pulang balik.. sebab hidup sana teramat lah bahgia sampai nak balik kan hahahaha dan jangan pula suka yang muka ala-ala pelakon hindustan nampok bebenor pengaruh dvd hahahahahah...........apa-apa pun hak anda perempuan yang aku baca menyokong lelaki asing selamat mencuba ( jgn kawin lari penat )..................nak cari pasangan pilih lah betul2 sebab manusia macam-macam ada memang bebaloi kadang-hampagas..............

lepas ni minat makhluk asing pulak hahahahhahaha

Ahad, 10 April 2011

Sakit mata.................:(

HUH.................pening kepala aku,
  sakit mata... serabut tu tapi bukan sakit mata pasal apa ni semua punca main futsal hari jumaat lepas
main futsal macam main bola pandang rembat kuat-kuat akhirnya singgah dekat mata tak berpusing mata ke belakang dibuatnya,
   datang kerja kene pakai spek mata sebab tak boleh tgk cahaya terang keluar malam pun pakai spek
kadang-kadang rasa macam orang gila pun ada tap apa boleh buat nak baik kena la macam ni tapi aku bila pakai spek mata hitam ni satu je masalah rasa cepat ngantuk yelah pandangan kelam-kelam gelap mendung je mana tak ngantuk...ni pun kuyu mata aku menaip rasa nak tidur pejabat pulak sejuk dengan aircond waaa tambah ngantuk aku harap cepat la baik mata aku ni semoga senang kerja nak di buat.................

Ini mata ada kuasa hahahahahhaha

Selasa, 5 April 2011

Tidur atau Membuta.....................

Setiap manusia yang hidup mesti akan tidur. tetapi ada juga yang selalu tidur....
  nak kata pelik tak la sebab dah biasa tengok :) aku pun suka tidur . tapi dalam banyak-banyak tidur la satu je aku marah tidur sambil menyusahkan orang.. macam mana orang yang tidur menyusahkan orang? bukan tidur bedengkur sebab itu aku tak kisah sangat mungkin dia letih atau berpenyakit. ini tidur masa kerja. 
  Hello sesiapa yang tidur bangun kalau datang kerja bukan datang nak tidur mata kena celik ini bukan hotel,
kalau nak tidur balik, dan aku pelik dan musykil kenapa orang yang bila tidur dekat pejabat bila ditanya kenapa tidur alasan mudah je sebab malam tak tidur keluar jalan-jalan, wahhh seronok betul alasan tu nanti bila dunia makin maju buat macam ini sahajalah sesiapa yang tak tidur malam pergi kerja waktu malam. sebab bila siang tak guna sesiapa yang tido siang datang kerja nanti tidur macam dah mati.
  Kalau alasan kerja malam agak-agak la jugak dengan masa kerja dipejabat supaya diri terurus dan sihat selalu
dan paling penting kalau kaki tidur jugak( itu pun kalau aku BOS mana-mana syarikat besar )nak tidur boleh kerja kasi habis dulu ini bukan kerja tak habis membuta suruh orang lain pula buat banyak gemuk gaji kau dapat aku dapat apa sekali-sekala tak apa kalau hari-hari bill gates pun boleh jadi mapiow hahahahaha

ok lah pada yang nak tidur selamat tidur tapi jangan lah tidur sampai tak ingat dunia kang tak bangun terus selama-lamanya dah ken buat kenduri meninggalkan dunia heheheheh dengan itu tidur elok-elok hidup sekejap takan nak penuh masa tidur sahaja................................
ngantuk sangat hahahahah

Ahad, 3 April 2011

Mana Hak Lelaki Sekarang???

Selalu aku dengar berkenaan hak-hak wanita,
 tetapi bila difikirkan mana hak lelaki sekarang? sekarang semua pekara banyak berkaitan wanita
bab lelaki semua macam kurang, kenapa benda ini terjadi? adakah kerana wanita mengangapkan mereka sekarang lebih hebat? adakah ingin menunjukkan "woman power".
  bila difikirkan macam-macam hak wanita telah diperbaharui mengikut masa dan zaman, tetapi hak
lelaki bagai diketepikan, contoh sekarang pemimpin setempat pun sekarang wanita, bila sekarang lelaki cuba bersuara wanita akan lebih dari lelaki kenapa ini terjadi? adakah kerana ramai wanita lebih bijak dan berkerjaya dari lelaki. dan setiap tahun ada sahaja sambutan hari wanita sedunia, tetapi lelaki pula macam mana? aku dengar ada pada 19 nov tetapi bersamaan hari tandas sedunia apa punya malang lah hari.
  pernah juga ada kes aku baca perempuan jadi imam didalam sebuah masjid. ini kira betul-betul nak
kuasa, dan bab pekerjaan pula sekarang penuh didominasi wanita sahaja lelaki semakin tipis peluang pekerjaan  apalah nasib lelaki.
 dan baru-baru ini pula ada pula kes apabila lelaki menyatakan wanita membawa kenderaan merbahaya tetapi telah dimarahi oleh wanita kerana lelaki lebih bahaya, bagi aku sama je tetapi sekarang pemandu wanita lebih advance dengan apa yang pernah aku hadapi selama aku menungang motor antaranya bawa di lorong laju tetapi pelahan.................................. 

malas nak taip panjang-panjang sebab aku tahu wanita di dunia ini sekarang dah berkuasa, siapa lah aku karang kena marah pula  tetapi satu sahaja lah kepada wanita islam di dunia jangan terlalu mementing kan hak di dunia sahaja sebab ada antara negara yang ingin kebebasan sehingga ingin membuka aurat dan hak-hak yang ada jangan lah sampai mengabaikan anak-anak bagi mereka yang sudah bekhawin. paling penting bagi yang islam jangan lah keluarkan perkataan ini

TIADA PEREMPUAN TIADA LELAKI KERANA LELAKI DILAHIRKAN PEREMPUAN

fikirkan lah siapa yang dicipta dahulu oleh yang MAHA ESA



Jangan lah mencari HAK wanita SEHINGGA bergini
 
 



 
 

Isnin, 28 Mac 2011

Sedih Dalam HATI................................

kenapalah aku rasa sedih je sekarang,
   hati rasa macam nak menangis sahaja mengenangkan nasib hidup yang tak menentu, orang berkata
syukurlah kau dapat hidup dan bernafas lagi. ye aku syukur cuma aku dah rase letih dengan hidup aku ni banyak halangan teringin nak rasa hidup senang sedikit, contoh hidup yang lengkap tiada masalah.tiada yang dengki dan tiada yang bermusuhan.
    aku cuma nak rasa tenang pemikiran, sekarang rambut aku pun dah banyak gugur banyak fikir.
aku ada cakap lebih baik mati sahaja dari hidup tetapi ada yang marah menyatakan hidup yang diberi ini sekali sahaja tiada ulangan. tetapi jika hidup tertekan lebih baik tiada terus diatas dunia kerana ia boleh menyebabkan perasaan marah meluap dan banyak pekara bodoh yang akan dilakukan.
     sekarang aku mengharapkan sinar bahagia dalam kehidupan aku. paling utama sebenarnya aku
nak kedua orang tua aku dapat menunaikan Haji itu sahaja lah harapan aku.  .......................AKU REDHA

Kenapa sakit hati dengan moto AKU

Pagi-pagi hari siap-siap nak pergi kerja dengan hati yang lapang itu yang aku mahu hari-hari.
  tapi apa kan daya hidup aku ni ada sahaja manusia nak buat aku marah, rosak kan mood aku pagi-pagi
turun sahaja lif keluarkan kunci motor, tetapi sedih melanda motor aku tumbang, patah side miror, agak-agak siapalah beruk yang duduk atas motor buruk aku tu dah la sen sekarang kurang motor aku pula nak dijahanamkan
kan banyak lagi motor parking kat situ kenapa kau pilih motor aku..
  nasib lah motor aku pergi kerja kalaulah moto yang aku punya lagi satu motor mahu aku bercuti mengenang kan nasib dan duit kepada yang melakukannya aku tak maaf kan sampai mati kalau mati hidup balik pun tiada maaf bagi mu. kau dah aniyai aku sekarang dah berapa kali aku kena, sabar pun ada had kalau aku jahat aku santau baru tahu...........macam beruk
aku rasa ini yang duduk atas motor aku

Ahad, 27 Mac 2011

PILIHANRAYA DAN DUIT..................

Sejak dua menjak ini bukan main rancak dalam media mengenai pilihan raya yang akan diadakan
 banyak benda dijanjikan di taburkan oleh mana-mana pihak yang bertanding. itu tidak juga dengan propaganda dan memburukkan antara pelbagai pihak.
  aku ni bukan lah nak berpihak pada mana-mana pihak sebab aku hanya satu pengundi sahaja yang akan mengundi tak luak pun kalau aku undi mana-mana pihak, aku sekarang pelik dan merasa ragu kenapa setiap pilihan raya ada sahaja pihak yang suka menabur janji tetapi tidak kotakan selepas menang pilihan raya,
  dan dari manakah peruntukan itu diperolehi? sedangkan setiap pekara yang dijanjikan dikatakan setiap projek menelan perbelajaan berjuta ringgit malahan melepasi puluhan juta pun ada. dan paling pelik kenapa ada antara projek yang dinyatakan mempunyai nilai yang tidak masuk akal? sedangkan hanya membaiki sebuah tempat yang tidak perlu menelan kos berjuta tetapi jadi berjuta.
  Bagi aku seorang yang masih muda dalam hidup aku cuma mengharap kan satu cadangan aku diterima, iaitu setiap pilihan raya mana-mana tempat sekali pun kurangkan lah, dengan pelbagai aktiviti yang tidak perlu antara contohnya, pemasangan bendera dan poster perlulah dikurangkan kerana setiap kali habisnya pilihan raya ia akan jadi sampah yang menyakitkan mata dan kerugian yang banyak jika difikirkan modal untuk membuatnya. dan lagi satu jangan lah masa dekat pilihan raya sahaja hendak dijadikan masa turun padang melihat rakyat.
selepas pilihan raya hanya duduk di kerusi pejabat sambil mengoyang kan kaki..............

JANGAN BAZIRKAN RAMAI MEMERLUKAN NYA

Rabu, 23 Mac 2011

Nasib Rumah Flat PPRT..............................Menyedihkan......

Semalam aku balik rumah macam biasa tiada apa yang istimewa macam hari-hari selalu
  tetapi sebenarnya kalau orang luar yang biasa duduk rumah teres, mungkin terkejut dengan budaya tinggal di rumah Flat PPRT sebab gaya macam orang kaya mewah tetapi satu sahaja perangai yang kurang sivil masih ada. dulu aku tinggal rumah setinggan sahaja walaupun setinggan bagi aku lebih menarik dari sejak aku tinggal rumah flat ni, dulu masa dekat setinggan kawasan memang sempit tetapi tiada la manusia yang suka buang sampah merata-rata sebab dulu setinggan yang tinggal orang melayu yang kurang kemampuan.dan kebersihan
adalah pekara yang utama kerana memikirkan kesihatan sebab orang miskin tak nak sakit sebab kalau sakit  hilang lah punca pendapatan.....
  tetapi sejak aku tinggal Flat PPRT ni aku rasa terkilan kenapa ramai perangai yang masih diketegorikan zaman jahiliah? buang sampah merata-rata dan lagi teruk corong sampah disediakan di setiap buah unit rumah tetapi kenapa nak buang juga melalui tingkap dan belakang rumah? tiada otak ke? kalau budak-budak orang tua boleh larang ini orang tua buat perangai, kalau aku tegur karang cakap kurang ajar panggil geng suruh pukul orang yang tegur, semua bagi aku memang bodoh. bila sampah dah banyak terabur bau dah busuk komplain pula dekat pihak PBT ( pihak bertanggung jawab ) sedangkan diri sendiri dari dulu tak reti jaga kawasan sekarang nak marah-marah..
  dan mreka tidak sedarkah asal-usul mereka? kalau dah kaya tak payah tinggal rumah PPRT ( projek perumahan rakyat termiskin ) beli sahaja rumah yang besar-besar. sedih aku bila keadaan macam ini berlaku dan paling aku kesian sesiapa yang parking kereta sebab masalah orang buang sampah dari rumah kalau rumah tu satu tingkat mungkin tiada masalah kepada kereta. ini dah la tinggal tingkat 17 baling epal dari rumah kene cermin kereta konpom pecah, jadi siapa nak disalahkan? 
   dan pekara yang penting adalah mengunakan lif. ini tidak dah tahu rumah macam rumah burung tinggi tapi lif dirosakkan macam kera dapat bunga, bila ada masalah lif rosak marahkan kebajikan mereka diabaikan. kepada yang cakap macam tu aku rasa patut mati sahaja, sebab cakap tak guna otak kepada yang tinggal rumah PPRT aku harap saling lah tegur menegur bukan apa untuk kesenangan masa hadapan juga jangan lah nak menunjukkan sikap aku lebih hebat sebat manusia tidak akan hebat selamanya. ibarat sekarang kita pijak tanah tak pandang tanah tapi bila mati ke tanah juga.....sekian terima kasih

Wonderpet boleh kerjasama Manusia tak boleh ke?