surah

Listen to Quran

Rabu, 25 Mei 2011

Realiti kehidupan pekerja sambilan kerajaan................

     Hari ni aku nak share pengalaman aku sekarang yang hidup kerja sambilan kerajaan 4 tahun..
ramai kata "senang ko kerja kerajaan mesti masyuk" tapi diorang tak tahu ke sebenarnya aku ni kerja sambilan sahaja,  bukan gaji aku  lebih  rm1000 kalau lah tiba dalam satu bulan tu banyak  cuti  rm700 pun tak sampai.
pe mahu hidup, dalam negara yang kononnya akan maju  tapi harga barang terlebih maju dari negara maju.
  dan bila aku cakap macam tu ada pula yang bersuara "ko tak apply ke kerja tak ada ke temuduga" 
ok dengar sini ye bila aku apply tak panggil bila aku temuduga pula penemuduga ini aku pelik kenapa kebanyakan orang yang berasal dari negeri yang boleh dikatakan hidup penuh dengan berlagak dan hanya memilih orang dari negerinya ( datang Putrajaya baru anda akan tahu orag negeri mana yang banyak di sini majoriti hampir 80% mereka sahaja ) dan penemuduga jangan selalu berfikir awak dah kerja kasi la orang lain kerja. ye memang betul kasi orang lain kerja tapi kerja sambilan apa keistimewaan? sakit tanggung sendiri, cuti xada gaji, nak kena buang bila-bila masa boleh, apa yang boleh nak dibuat.
  kalau sesiapa yang membaca fikirkan lah apa yang anda boleh lakukan dengan duit rm1000 itu pun tak sampai
isi minyak je seminggu rm20 tu motor buruk ye nak beli baru tak mampu dan nak beli pun susah sebab payslip gaji tak laku pinjaman bank tak boleh buat dan kalau boleh buat pun nak makan apa lepas tu pasir. kalau yang anda nampak senang tu mungkin dari keluarga kaya, dan rezeki berduit jee turun dari langit atau pun biasa lah siong atau apa2 lagi nak senang.
   aku tahu tiada siapa nak baca luahan hati aku ni tapi paham2 lah kerja sambilan kerajaan bukan senang
aku kerja sebab mengharap ada sinar kehidupan baru seperti yang dijanjikan oleh orang2 atas mempunyai pangkat yang konon akan diserap tapi tu semua tanam tebu tepi bibir manis di mulut pahit dihati..cuma kerja yang aku lakukan ini halal untuk aku kongsi bersama keluarga aku iaitu mak bapak dan adik beradik aku sebab nak kahwin duit tak kan cukup belum masuk malang yang menimpa......................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan