surah

Listen to Quran

Selasa, 29 November 2011

TANDA 100 HARI.........

Semalam aku ada tengok drama yang mengisahkan tanda-tanda kematian sebelum 100 hari, cerita ni bagi aku amat menginsafkan sedih dan macam2 perasaan , Aku bukan nak menceritakan drama itu tapi nak kongsikan tanda-tanda 100 hari sebelum kematian.......tanda yang diberi oleh ALLAH hanya diberikan kepada semua umat islam dan yang dikehendakinya cuma samada mereka sedar ataupun tidak.........

1..Tanda 100 hari...
     Lazimnya berlaku selepas waktu asar, seluruh anggota badan akan terasa getaran seakan-akan mengigil
akan tetapi getaran yang enak tidak sakit, kepada  mereka yang tidak sedar mereka akan hanyut dengan kenikmatan dan tidak memikirkan pasal kematian. manakala pada mereka yang sedar itu adalah peluang terbaik menguruskan pekara terakhir didunia sebelum meninggalkannya....
2..Tanda 40 hari..
     Tanda ini juga belaku selepas asar , kita akan terasa denyutan di pusat, pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas arash ALLAH. dan ketika ini malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan akan memulakan persediaan keatas kita dengan mengikut kita kemana sahaja, adakala malaikatmaut akan memperlihat wajahnya sekilas pandang dan membuat kita kebingungan seketika
3..Tanda 7 hari..
    Tanda ini nampak dilihat pada orang yang ditimpa musibah seperti sakit daripada tidak mahu makan ia akan makan dengan penuh selera secara mendadak..
4..Tanda 3 hari..
     Pada ketika ini kita akan merasakan denyutan ditengah dahi antara dahi kanan dan kiri, dan ketika ini jugalah boleh dilihatkan mata hitam sudah tidak mempuyai sinar, hidung pula dapat dilihat makin jatuh dan dapat dilihat dari sisi kiri manakala telinga dapat dilihat layu dan hujung telinga masuk kedalam. telapak kaki juga menunjuk kaki apabila ia jatuh kedepan dan sukar hendak ditegakkan....
5..Tanda 1 hari..
     Selepas waktu asar kita akan merasakan denyutan belakang dikawasan umbun2 ketika itulah tanda yang menyatakan kita tidak akan sempat untuk asar keesokannya......
6..Tanda akhir....
     Waktu yang tiba.. ketika ini  kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. pada ketika ini kita hendak lah mengucap khalimah syahadah menunggu saat terakhir kita dijemput menghadap ALLAH..........

Kita sebagai manusia apabila kita mati putuslah hubungan kita dengan dunia hanya amalan,sedekah ,ilmu yang berguna dan anak soleh menjadi bekalan kita disana. dan perlu diingat kematian tidak mengikut umur ALLAH tidak akan melewatkan sesaat kematian seseorang dan tidak akan mempercepat kematian seseorang...... semoga kita sedar hidup didunia ini hanya sementara
   
     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan