surah

Listen to Quran

Ahad, 31 Julai 2011

Selamat puasa semua.............

Pagi2 dah sampai opis bulan puase ni.
  sebab klu lepas sahur sambung tido konpom bangun pukul 10pg punyalah hehe........
tapi aku sahur hari ni xbrapa menjadi lepas mkn je aku muntah balik ni mungkin perut tak terima kot mkn
pagi2 sgt. apa2 pun kepada semua umat islam diatas muka bumi ini diharapkan sihat dan puasa yeee.....
jgn main2 puasa xelok.. bukan susah pun puasa tahan makan kejap jeeeee.... dan petang kang jgn plak nak membazir beli makanan utk berbuka macam tak makan setahun jimat2 untuk persiapan benda lain plak......
  selamat berpuasa semua

Rabu, 27 Julai 2011

Keinginan menambah kesedihan,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Kenapalah pekara ini terjadi apa yang aku inginkan tak dapat lagi.
  Aku nak kawin,aku nak berkereta dan nak jadi seorang yang berguna, paling penting dalam
banyak pekara MLM jgn masuk campur dalam hidup aku. korang nak menipu untuk kaya silakan tapi jangan dengan aku. Skang aku serabut sebab aku ni bila laa nak kawin, duit nak save bukannya senang gaji xlah besar
mak bapak aku bukan orang kaya, dan aku pun xnak  kawin orang tua aku bayarkan? orang tua aku kawin pun simpan duit sendiri tp lambat laa kawin umur 30 baru kawin. klu posisi aku plak aku ni anak sulung lelaki, adik2 semua blaja, bapak aku dah pencen agak2 lepas ke adik aku nak blaja? jadi aku laaa yang kena. tapi xpa lah aku sedar diri aku ni sapa. dan kepada yang tak memahami senang jer nak diberitahu................

hidup senang susah seseorang kita tak kan tahu sbb dia bukan diri kita dan kita tak tanggung dan sama juga tiada siapa paham diri kita klu dia bukan diri kita hanya kita sahaja memahami

mungkin hanya mimpi  :(

Isnin, 25 Julai 2011

Masa susah berkawan...........Senang lupa kawan.....

Dalam hidup ini berkawan adalah satu pekara yang mesti akan belaku.
  tetapi banyak dalam berkawan pelbagai ragam akan kita jumpa. ramai orang kata kawan masa senang
boleh jumpa dan bila susah tiada siapa sudi berkawan. tetapi bagi aku, kawan yang susah aku tetap bekawan cuma masalah bila mereka senang mereka akan lupa kan kawan. mereka akan cari kawan yang boleh enjoykan diri mereka. tapi terus terang aku memang terasa tetapi ingat nanti kalau ada masalah cuba lah pergi kepada kawan yang boleh besuka ria tu.
  Dan ingat lah kepada yang rasa dah senang, hidup ini umpama roda. sekarang kita diatas besama rakan
yang boleh besuka ria besama anda yang senang, tetap sekali jatuh fikirkanlah.............diri sendiri memahami

sahabat suka-duka selamanya susah dicari

Khamis, 21 Julai 2011

Bila laaa nak urut.............sakit badan nii..........

Hari ni lemau dan lemah-lemah badan aku.
  Nampak je aku macam ok tapi tanggung sakit ni. maybe sebab aku tak pergi urut selepas 2 kali 
jatuh motorsikal, aku bukan tak nak pegi urut tapi tak jumpa orang yang boleh urut.
   kang pergi pusat urut plak aku tgk semacam jee............ taknak aku pergi, jadi sekarang sakit laa 
letih ngan lemau urat belakang aku macam kembang jeee rasa..... pe2 pun tahan laaa sabar je laaaaa nak wat cam ne, nak cuti sedar taraf hidup aku cam ne jd kerja jee nak duit sebelum passaway hahahhahaha
biarlah dalam sakit aku ni ada gembira lagi selagi boleh tahan dan kuat terus kan ...................... 


bahagian yg aku sakit skang 

Isnin, 18 Julai 2011

tebuan oh.......tebuan sakit woooooo...........

Oh tebuan kenapa laa aku jadi mangsa. ni la sekarang aku rasa.
 sejak aku kerja putrajaya dah banyak kali aku kena sengat tak kira laa dengan tebuan atau penyengat.
ada yang aku bleh tahan ada gak aku kalah. tapi tahan jelah hari isnin lepas aku kena sengat kali ni aku kalah sikit sebab tebuan besar tuu aku tgk bisa yang dia tinggalkan mcm jarum peniti.
  Dan paling aku serabut adalah aku ni kerap sgt kena tebuan masa pergi kerja kat putrajaya.
klu kira2 lebih dari 5 kali tu. klu spiderman konpom tambah kuat ni aku nak jd beeman ke hahahahhahaha
pe2 pun dah nasib xbleh wat pe................pasrah jeeee

bukan main dah tembak aku relek

Ahad, 17 Julai 2011

Bukan semua orang sama.............................

Selama kita hidup diatas muka bumi ini mesti kita ramai mengenali orang yang disekeliling..
  Ada yang baik dan ada juga yang buruk. tetapi ramai antara kita suka menyamaikan seseorang dengan
orang lain. itu semua adalah pantang bagi aku kerana kehidupan aku dan orang lain berbeza dan juga orang lain berbeza, tiada yang sama, kalau semua sama dunia ni tiada kepelbagaian dan ragam manusia.
  Antara pekara yang aku tak suka adalah apabila seseorang perempuan mengatakan semua lelaki sama.
kalau lah lelaki semua sama adakah ayah , abang dan adik anda sama dan begitu juga kepada perempuan adakah anda gembira bila ada lelaki mengatakan semua perempuan sama?
  Jadi pekara ini kita, jangan menyatakan terus sahaja kerana ada yang masih bersama kita.
tidak semua pekara adalah sama dan setiap ciptaan ada perbezaa walaupun seseorang itu kembar seiras tetapi ada karekter yang berlainan

Isnin, 11 Julai 2011

Perasaan celaru...................

Kenapa lah hari selasa ni aku rasa macam nak marah, tak puas hati ngan geram..
  rasa nak marah aku ni meluap-luap rasa cam sape yang buat salah siap laaa. tp aku tak tahu kenapa
aku jadi macam ni? nak kata bersebab xda sebab nak kata ada sape2 salah, tak jugak, aku jadi makin serabut.
mungkin masalah hidup aku yang buat aku celaru dan marah.
  tapi pe2 pun aku cuba kontrol marah aku skang , tapi sape2 yang buat aku makin marah skang memang
aku nak kasi kaki je kat muka

argghhhhhhhhhhh

Selasa, 5 Julai 2011

Adakah diri anda seorang yang baik..............?

Sebagai manusia kebaikan dalam diri adalah yang terpenting.
  tetapi ada segelintir manusia merasakan diri mereka terbaik tetapi tidak sebenarnya. jika kita ingin tahu kebaikan kita mesti bertanya kepada orang yang selalu melihat dan dekat dengan kita. seperti keluarga dan rakan-rakan, bukan diri sendiri menilai kita yang terbaik. 
 jika kita malu atau segan bertanyakan kepada orang lain termasuk keluarga kita, cermin
diri kita adakah kita cukup baik untuk menyatakan diri kita baik atau sebaliknya
dibawah 10 soalan yang perlu dijawab secara jujur oleh anda................................


soalan..................................
1. JUJURKAH aku kepada orang-orang sekeliling?
2. Berbudi bahasakah aku ?
3. PERNAH MENGUMPAT TIDAK AKU?
4. PERNAH MENGATAKAN KEBURUKAN ORANG LAIN KAH AKU?
5. Ikhlaskah aku melakukan sesuatu pekerjaan bukan untuk mendapat balasan?
6. ADAKAH AKU CUBA MENCARI KESALAH ORANG LAIN JIKA AKU MELAKUKAN 
    KESALAHAN?
7. Adakah aku pernah melakukan FITNAH ?
8. ADAKAH AKU MEMBUKA AIB KAWAN AKU?
9. Sabarkah aku?
10. PALING PENTING BERTANYA PADA DIRI. JIKA AKU KUAT BERIBADAT KEPADA 
     TUHAN MELAKUKAN SURUHANNYA, ADAKAH AKU HENDAK MELAKUKAN PEKARA
     YANG TIDAK ELOK?

soalan diatas ini diri sendiri boleh jawab.
paling utama soalan 1 jika anda jujur anda akan dapat jawapan dalam diri anda, JIKA KITA TIDAK JUJUR SEBENARNYA KITA TIPU DIRI KITA

Isnin, 4 Julai 2011

Malang oh.......malang

Hari ini malang betul bagi aku. dah laaaa tengah serabut memikirkan pasal duit..
 kene langgar kereta pulak adeh............sakit stress aku bleh gila dibuatnya............rasa nak menjerit pun ada
dah la sakit badan kemalangan dulu tak habis lagi. tambah pulak dengan sakit aku sebab jatuh terhentak mujur lah tak luka-luka..calar kat lutut sikit jee. motor plak ade yang pecah-pecah........
  pe laaa............... nasib gila dibuatnya.............