surah

Listen to Quran

Isnin, 7 Oktober 2013

Apa yang aku rasa...........

asalamualaikum....
 Hari isnin ni nak luahkan lah apa yang hati aku ni rasa sekarang yang terpendam ( pendam lama-lama sakit kang) .. membabitkan kawan-kawan , keluarga , kerja dan macam-macam lagi... bab kawan ni aku tak tahu lah nak cakap macam mana.. kat kawasan rumah aku memang aku tak ada kawan kalau aku kat rumah aku akan pergi jumpa kawan di tasik Titiwangsa sebab ada kawan aku meniaga kedai makan di sana dan kat sana aku tenang sebab aku boleh la bermain dengan anak dia umur 2 tahun ( aku memang minat budak kecil ),, kawan karib pula dulu ada tapi aku rasa dia menipu aku terlalu banyak aku tak tahu apa yang dia nak?.. nak kaya sangat atau apa.. dulu susah sama-sama sekarang menipu menyusahkan orang.. di pejabat kawan semata kawan tak ada apa pun lepas habis kerja balik rumah masing-masing...dan ada yang pernah berkawan dengan aku semata-mata nak ambil kesempatan lepas tu guna nama aku petik macam-macam kes...  ( semak dalam berkawan jika ada kawan makan kawan ).. bab keluarga pulak aku tah la kadang-kadang rasa terpinggir dan adakala aku rasa berat mungkin sebab aku ni anak sulung dan aku seorang je yang bekerja...kat pejabat pula aku terus terang aku xda jiwa nak bekerja.. dulu aku rasa seronok bekerja ini disebabkan dulu ramai kawan-kawan yang setaraf pangkat kerja dengan aku iaitu pekerja sambilan kerajaan tapi rezki mereka lebih luas mereka dah dapat tawaran lain.. kerja tetap manakala aku pula termenung lagi dekat pejabat ni dengan taraf baru kontrak... dan kat opis ni ramai yang dah kahwin.. aku ni bujang je.. tah sampai bila mungkin sampai mati agaknya,,, dalam perhubungan cinta aku ni seorang yang gagal serius aku gagal.. pada sesiapa perempuan yang minat kat aku ni lupakan je lah ( mcm laa ada yang minat ) aku ni tak mampu nak bahgiakan sesiapa pun.. dan dalam sudut kecil hati aku ni aku tak berani dah nak bercinta sebab sakitnya yang terkena pada aku boleh membawa kenangan itu sampai mati..... tak sanggup terkena lagi..... walaupun perasaan cemburu lihat orang lain berkasih sayang aku kena rela..... ( mulut cakap rela dalam hati macam wresling bergaduh ) cuma sekarang aku doa moga ku dapat habiskan baki-baki hidup aku ni dengan lebih berguna........( malas nak taip panjang airmata dah mengalir ngantuk nak tido )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan