surah

Listen to Quran

Rabu, 26 Januari 2011

CINTA jarak JAUH....

Tengah rehat-rehat kerja pun tak ada rasa nak ceritakan pengalaman CINTA JARAK JAUH..
 sebab ini adalah antara pengalaman aku, dan bagi aku ia amat manis dalam hidup ini....
dulu ramai cakap boleh kekal ke cinta jarak jauh ini? bagi aku ia boleh kekal jika setiap seseorang ada jiwa yang ikhlas dan jujur dalam hubungan pada masa yang sama pekara paling penting adalah kepercayaan tanpa kepercayaan ia tidak akan menjadi. 
 semasa bercinta jarak jauh semestinya banyak halangan antaranya adalah komunikasi, perasaan rindu
dan perselisihan paham tapi pekara ini boleh dielakkan dengan masing-masing munasabah diri mencari kebahagiaan 
dalam bercinta jarak jauh ini. hati kena kental dari dugaan dan godaan dari mana-mana makhluk yang ingin menggoda dan utama ialah berdoa supaya perhubungan dicari mendapat keredhaan darinya . tapi dalam dugaan ini ada manisnya juga antara pengalaman aku adalah semasa berlaku perselisihan 
faham bersama pasangan,
  kerana masing-masing akan tunjuk ego tak nak berhubung tetapi dalam hati hanya tuhan yang tahu bertapa peritnya dan yang indah apabila seseorang mengalah dan cuba memujuk, rasa sungguh gembira dan tidak dpt digambarkan bertapa lebih gembira dapat berjumpa walaupun mungkin dalam setahun sekali kerana jarak masih menjadi penghalang. dengan itu kepada sesiapa yang mempunyai hubungan cinta jarak jauh jangan menganggap ia sebagai sa beban dalam kehidupan kerana dugaan dan halangan yang kita lalui dalam hidup akan mengajar kita untuk lebih matang dari sekarang

 

2 ulasan: