surah

Listen to Quran

Isnin, 18 April 2011

PLKN memori indah..............KISANA BEACH RESORT SIRI SATU 2004

Tengah lepak-lepak kat pejabat ni kerja kurang teringat pula zaman PLKN dulu.
  seronok pun ada yelah walaupun dah 6 tahun tinggalkan memori tu masih lagi aku simpan.
masa mula-mula nak pergi tu memang malas, mana tak nya dah la aku kena campak dekat kelantan member pun tak ada, dan lepas sekolah kira dah gila nak start cari kerja nak merasa ada duit sendiri .
tapi apa-apa pun aku rela pergi tapi hari pertma je naik bas aku dah dapat kawan sebab satu kepala
ayat pertama yang dia tanya ada lighter aku pulak tanya dia ada rokok dengan itu berkawan hahahahaha kira jahat jugak lah masa tu.
  dah penat seharian dalam perjalanan sampai la dekat kem dulu kem tak macam sekarang pakai katil lipat
askar je, almari tak ada pakai laci je dia kasi tidur bukan dalam bangunan tapi dalam khemah askar klu time hujan lebat memang best konpom khemah bergoyang lagi satu kem kisana ni dekat pantai memang terbaek la kalau waktu hujan,
  dan lagi terbaik aku ni dicampak dalam kumpulan c ( chalie ) kumpulan yang bermasalah hahahaha
lambat bangun, aktiviti tak hadir dan macam-macam lagi tapi tak bestnya aku kena PLKN kat kelantan tak dapat campur dengan perempuan dapat tengok pun jauh-jauh. nak minat pun tak kesampaian hahahah biasa lah budak-budak masa tu. ada je hati nak mengorat nak bercinta hahahaha tapi apa-apa pun aku happy dekat kem.
     tapi dulu lain kem 1 bulan 1/2 dekat pengajian tinggi pulak 1 bulan 1/2 jugak aku kena dekat UITM SHAH ALAM tu duduk dalam bilik ada katil cuma kat sana ramai la brader-brader kononnya jaga budak-budak PLKN belagak tapi takpa sebab diorang merasakan tua kot sebab tu belagak.

     Kepada rakan-rakan yang terbaca BLOG ini aku harapkan heppy selalu dengan hidup sekarang
kenangan dahulu menjadi kenangan geng-geng yang kenal aku dengan panggilan ultraman,feimau dan hafiz
gambar nanti aku cari balik :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan