surah

Listen to Quran

Ahad, 17 April 2011

Kiamat permulaan ( kecil ) ditunjukkan marilah kita sedar ..........

Kiamat kecil telah banyak belaku tetapi ramai yang masih buat tak tahu.
  lebih lagi kepada umat islam mari kita lihat pekara Kiamat kecil yang telah berlaku supaya kita
sedar dunia ini bukan akan kekal selama-lamanya................

1- Penaklukan baitulmaqaddis
2-  Zina bermaharajalela  
3- Pemimpin yang terdiri dari orang yang fasik dan jahil
4- Bermaharajalela alat muzik 
5- Menghias masjid dan membanggakannya 
6- Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
7- Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
8- Ramai orang soleh meninggal dunia 
9- Orang hina mendapat kedudukan terhormat
10- Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalinya sahaja
11- Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
12- Bulan sabit kelihatan besar
13- Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
14- Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
15- Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
16- Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkatan biasa
17- Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
18- Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
19- Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk 
      rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.                                         
20- Akan terdapat banyak pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam   
      masyarakat.
21- Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan 
      dengan yang rapat dan disayangi
22- Orang akan melakukan homoseksual.
23- Akan terdapat ramai anak luar nikah.
24- Berkurangnya sifat amanah
25- Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
26- Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
27- Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
28- Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
29- Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
30- Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
31- Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
32- Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
33- Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
34- Memandang rendah kepada darah
35- Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih 
      besar)
36- Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
37- Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
38- Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
39- Banyaknya berlaku gempa Bumi
40- Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
41- Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
42- Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
43- Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat

semua pekara yang telah dicatatkan telah berlaku tetapi ramai yang belum menyedari atau mungkin sudah menyedari tetapi membuat tidak tahu ingat lah walaupun sedetik tiada siapa dapat mengelak dari kematian dan kiamat...............................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan