surah

Listen to Quran

Ahad, 6 Februari 2011

Rela ku lepaskan..:(

Dalam perhubungan cinta selalunya bukan indah belaka....
  ada kala ia bagaikan sebuah kapal yang belayar di lautan luas kadang-kandang ia tenang dan damai dan
adakalanya ia akan dibadai taufan...hanya nakhoda dan anak kapal sahaja dapat mengatasinya.
   begitu juga dengan cinta tetapi cinta lebih banyak dugaan yang perlu dihadapi untuk mengecapi
kebahagiaan antaranya hati perlu dijaga dan diri perlu bersedia kerana kata-kata manusia lebih tajam dari pisau
yang ada di muka bumi ini. banyak persediaan yang perlu dilakukan untuk membahgiakan pasangan jika ia
tidak di penuhi ia kira tidak bermakna dalam bercinta.
  cinta adalah bermaksud membahgiakan pasangan masing-masing bukan kepentingan seseorang sahaja dalam
hidup berpasangan. tetapi dalam hidup aku, aku terasa amat bersalah menagih cintanya kerana bila makin panjang perhubungan, aku tersedar diri aku tidak layak menerima cinta kerana aku merasakan hidup aku masih terumbang-ambing dalam hidup.
  segala kelengkapan untuk bersama masih tiada lagi ku dapat sediakan. aku sekarang sudah merasakan
aku sudah tunduk mengalah dalam cinta ku sekarang aku amat sedih hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan ku dan apa yang ingin ku kecapi.
  ingin aku katakan kepada yang tersayang aku tetap sayang pada mu tetapi aku ingin kamu tahu apa perasaan ku sekarang kerana aku tidak mampu untuk luahkan dengan kata-kata bila berjumpa. ku inginkan mu bahagia tetapi adakah mu bahagia dengan ku sekarang? adakah aku elok di pandangan mata mu?
dulu pernah ku katakan pada mu jika berjumpa sesiapa yang lebih baik dari ku aku rela lepaskan bukan aku mahu memutuskan hubungan ini tetapi aku ingin melihat mu lebih bahagia daripada apa yang mu akan dapat dari diri ku yang aku sendiri tidak mampu menagungnya..
  sedih hati sesiapa tidak akan tahu, disini aku ingin memohon maaf jika aku tersalah kata kerana aku masih menyayangi mu demi kebahgiaan yang dikecapi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan