surah

Listen to Quran

Ahad, 27 Mac 2011

PILIHANRAYA DAN DUIT..................

Sejak dua menjak ini bukan main rancak dalam media mengenai pilihan raya yang akan diadakan
 banyak benda dijanjikan di taburkan oleh mana-mana pihak yang bertanding. itu tidak juga dengan propaganda dan memburukkan antara pelbagai pihak.
  aku ni bukan lah nak berpihak pada mana-mana pihak sebab aku hanya satu pengundi sahaja yang akan mengundi tak luak pun kalau aku undi mana-mana pihak, aku sekarang pelik dan merasa ragu kenapa setiap pilihan raya ada sahaja pihak yang suka menabur janji tetapi tidak kotakan selepas menang pilihan raya,
  dan dari manakah peruntukan itu diperolehi? sedangkan setiap pekara yang dijanjikan dikatakan setiap projek menelan perbelajaan berjuta ringgit malahan melepasi puluhan juta pun ada. dan paling pelik kenapa ada antara projek yang dinyatakan mempunyai nilai yang tidak masuk akal? sedangkan hanya membaiki sebuah tempat yang tidak perlu menelan kos berjuta tetapi jadi berjuta.
  Bagi aku seorang yang masih muda dalam hidup aku cuma mengharap kan satu cadangan aku diterima, iaitu setiap pilihan raya mana-mana tempat sekali pun kurangkan lah, dengan pelbagai aktiviti yang tidak perlu antara contohnya, pemasangan bendera dan poster perlulah dikurangkan kerana setiap kali habisnya pilihan raya ia akan jadi sampah yang menyakitkan mata dan kerugian yang banyak jika difikirkan modal untuk membuatnya. dan lagi satu jangan lah masa dekat pilihan raya sahaja hendak dijadikan masa turun padang melihat rakyat.
selepas pilihan raya hanya duduk di kerusi pejabat sambil mengoyang kan kaki..............

JANGAN BAZIRKAN RAMAI MEMERLUKAN NYA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan