surah

Listen to Quran

Rabu, 16 Mac 2011

Laluan Jalan Motorsikal Di putrajaya..................

Hari ini terpaksa aku lalu jalan motosikal di Putrajaya sebab ada polis dan jpj buat operasi...
  selalu aku tak lalu jalan motor, aku lalu jalan besar.... kenapa aku tak lalu jalan motor dekat Putrajaya......
  ni sebab aku tak suka dan banyak benda, aku tak puas hati pasal jalan motosikal.
antara sebabnya hari tu hujan lebat sangat jadi aku fikir aku lalu je lah jalan motor tetapi nak dijadikan cerita 
  jalan motor macam anak sungai dah lah motor aku buruk je EX5 plug kat bawah aku redah nasib tak jatuh dan motor aku masih boleh berjalan, dan lagi bagi aku jalan motor menampakkan perjalanan rasa makin jauh sebab dengan koner dan terowong berpusing-pusing.
  bab paling penting adalah penjagaan jalan bagi pihak berwajib fikirkan lah sikit kalau nak buat jalan kasi lah seluas satu line jalan kereta ini tidak aku dah ibarat jalan itu macam denai sahaja siap pasir, lubang dan macam-macam lagi mak nenek yang ada, senang cerita kami pengguna jalan raya juga bayar roadtax dan insurans dengan harga tak masuk akal jadi kalau nak sediakan jalan motosikal berikan keutamaan dari ciri-ciri keselamatan sebab kami ada juga keluarga nak sara makan dan minum..
  kepada pengguna kereta hormat sikit kami penunggang motosikal sebab kami manusia sama sahaja
dengan anda ada hati dan perasaan darah sama merah walaupun pangkat,harta dan darjat berbeza darah sama merah dan mati ke tanah juga bukan hantar ke bulan sekian lah dari hati ku.....................................

cantik tak macam haram kalau nak test drift boleh laaa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan