surah

Listen to Quran

Isnin, 14 Mac 2011

Hujan dan penungang motosikal............

Aku hari ini nak melepaskan perasaan tidak berapa puas hati kepada pemandu kereta yang bodoh.....
( bukan semua hanya segelintir )
  yang tidak memikirkan penunggang motosikal di waktu hujan, selama ini aku bersabar sehinggalah semalam
hujan lebar dari Putrajaya hingga ke kuala lumpur.
  aku penunggang motosikal bila waktu hujan aku akan berhenti dibawah jabatan yang disediakan
atau stesen minyak yang ada sepanjang perjalanan aku tapi semalam aku malas nak berhenti kerana aku dah basah kuyup tak sempat nak berhenti mana-mana tempat untuk berteduh, sepanjang perjalanan aku rasa sungguh azab kerana ramai pemandu kereta tidak ada perasaan kemanusiaan, fikirkan lah walau pun jalan sesak jangan lah nak guna laluan kecemasan kerana nak cepat ikut lah lorong anda, pemandu kereta perlu fikir kenderaan mereka ada bumbung, ada penghawa dingin ada radio malah jika yang lebih mewah siap dengan dvd player.
  jadi tak payah lah nak tergopoh-gapah bukan seperti penunggang motosikal yang basah tiada apa-apa
keistimewaan di jalan raya, dan pelik bagi aku kenapa kereta mewah tidak reti guna signal semasa nak
tukar haluan adakah kereta itu dicipta tanpa signal? atau pun kereta akan rosak jika guna signal? sedangkan
motor buruk aku pun aku guna signal jika hendak tukar haluan, karang terlanggar penunggang juga yang salah
sebab langgar belakang walaupun pemandu kereta tidak memberi signal..
  dan kepada pemandu kereta mewah atau apa-apa pun jangan sesekali mengatakan AKU BAYAR 
ROADTAX DAN INSURANS LEBIH MAHAL DARI PEMANDU MOTOR KECIL bagi aku engkau fikir la engkau boleh beli kereta mahal roadtax dengan insurans ko nak murah plak apa kes..... aku yang tak ada duit pun bayar roadtax dengan insurans juga tapi tengok lah jenis kenderaan aku motor buruk tu pun bagi aku mahal sebab aku tak mampu banyak benda lain aku nak bayar..
  dan pada kereta yang ada escort polis jangan lah suruh penunggang motosikal ini ketepi semata-mata nak
bagi laluan. jalan dalam negara ini sama sahaja manusia pun sama darah warna merah tak kira pangkat atau darjat jadi fikir-fikirkan lah hormat sedikit pada penunggang motosikal jangan pula berfikiran penunggang motosikal semua jahat mat rempit tapi yang bawa kereta itu nak cop kan sebagai apa? mat sempit..............
minta maaf pada yang terasa......
sekadar gambar hiasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan